BAB 11

Romance Completed 14272

” sejak kesian tengok abang jatuh dari kerusi tadi” usikku. Aku pun tak pasti, tapi tekakku ingin sekali mencuba sup belut yang selalu disebut-sebut oleh adam.

” Reen ni, tak abis-abis nak kenakan abang eh”. Marah Adam manja sambil mencuit hidungku. Kelak tawa kami sentiasa menghiasi rumahtangga kami, dan semoga kehadiran cahayamata ini memeriahkan lagi rumahtangga kami.

Kami menghirup udara segar di Cameron Highland. Adam di sisiku sedang leka mengusap perutku yang memboyot 7 bulan. Kami berada di Cameron untuk menikmati percutian sempena ulangtahun kelahiran Adam.

‘’Sayang, agak-agak anak ni nanti ikut muka siapa ya?” soal Adam .

‘’ erm..mestilah Reen..sebab Reen ibunya!..’’ cepat aku menjawab.

‘’Apa pulak,, abang pulak bapanyer!” Potong Adam.

” Okaylah kalau macam tu 50% muka abang dan 50% muka Reen, tapi harapnya tak ikut rambut kerinting abang tu, patah sikat kang..’’ selorohku

“Reen, kenakan abang lagi!’’ marah Adam mencubitku.

“betol tu sayang..” Adam mengiakan.

“yang, abang nk bagitau satu perkara ni..”sambung suamiku.

” kiranya, nk bt pengakuan kea apa nie?” kataku tersengih berserta debaran.

” Reen nak tau knapa abang kahwin dengan Reen?, mesti selama nie Reen tertanya-tanya kenapa tiba-tiba ayah pinangkan Reen untuk abang kan?” Adam memulakan cerita.

“Ermmm” reaksiku menumpukan perhatian pada cerita adam.

” sebenarnya, sejak zaman sekolah lagi abang menyukai Reen, abang meminati Reen dalam diam. Reen merupakan insan pertama yang membuatkan jantung abang berdegup kencang. Senyuman Reen masa kat kantin hari tu benar-benar membuatkan abang tak tentu arah..” ceritanya.

“kantin??” aku pura-pura tidak mengetahuinya.

” ya, kantin. Masa tu abang tertumpahkan air pada pakaian Reen, abang sangka pasti Ren marah. Yea la, semua orang tahu yang reen adalah pelajar yang paling garang kat sekolah kita dulu. Tapi sangkaan abanag meleset, bukan amarah Reen yang abang terima tapi senyuman manis Reen yang terpamer di bibir Reen. Sejak hari tu, abang pasti di sebalik kekerasan hati Reen, Reen sebenar orang yang paling manis dan mempunyai kelembutan hati”

“camner abang pasti cam tu skali?” soalku lagi ingin megenakannya.

” yeala,klo tak mesti abang dah dapat habuan maki hamun Reen.” Jawabnya.

” lor, kan bang dah mntak maaf, takkan la Reen tak maafkan. Lagipun bukannya abang sengaja.” Giatku lagi.

” tu la pasal, ntah kenapa abang betol2 sukakan senyuman Reen hari tu, sampai terbayang-bayang dalam mimpi tau.” Cerita Adam bersungguh-sungguh.

” abang ada tuliskan sepujuk surat untuk Reen, niatnya ingin Reen tahu isi hati abang sebelum abang berangkat ke luar Negara tapi abang tak sempat untuk menghantarnya pada Reen sebab abang terpaksa bertolak seminggu sebelum tarikh yang sebenarnya. Kalo tak mesti Reen tahu dari awal lagi dan tak payahlah abang bersusah-susah pikat Reen selepas kita kahwin.” Sambung Adam lagi.

Kini barulah aku tahu kenapa Adam tidak mengirimkan surat yang aku jumpai dalam bilik stor dulu.

“o0oo.. camtu la ceritanya..sampai abang nekad nak kahwin dengan Reen ek..? ” aku menduganya.

“iyalah sayang, tak mungkin abang akan lupakan cinta pertama abang dan Reenlah orangnya.” Terang Adam lagi.

“Err.. abang nk tau satu perkara tak..kiranya, pengakuan jugak la nie..” aku memandangnya serius.

” apa die Reen? Reen suka abang jugak eh dulu?” Adam bertanya tidak sabar.

” sebenarnya Reen dah tahu semua cerita abang tu!!!” gelakku..

“REen kenakan abang sekali lagi yer!” marah Adam bingkas bangun dan duduk setentang denganku.

Tapi macammana Reen tahu semua tu?” Tanya Adam lagi

” dulu Reen ada kemaskan barang-barang dalam setor kat bilik belakang rumah kita tu..dan tanpa disangka Reen terjumpa surat abang, sejak tula Reen cuba terima cinta abang..Reen tak Tanya abang sebab Reen nak abang sendiri yang ceritanya..tak sangka abang ceritakan hari nie, lama juga abang ambik masa nak ceritakan semua tu yer..?” kataku dengan suara yang nakal untuk terus mengusiknya.

” abang nak tunggu sampai Reen Betol-betol boleh terima abang..” tak sangka lak rupanya Reen dah tahu semua tu..” mUncung Adam seperti lgak anak-anak merajuk.

“ala bang, yang penting kita dah bahagia sekarang, Reen dah terima segalanya berkenaan dengan abang, Reen sayangkan abang dan baby kita ni. Reen harap rumahtangga kita akan berkekalan selamaya.” Kataku mencium tangannya untuk memujuknya.

“abang pun harap kita akan bahagia selamanya sayang”. Balas Adam dengan senyuman yang paling bermakna.

Setelah itu kami bangun dan berjalan beriringan untuk pulang ketempat penginapan. Semoga perkahwinan yang di bina ini mendapat keberkatan dan sentiasa de Redhai oleh ALLAH s.wt.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience