BAB 1

Romance Completed 14272

“Aku terima nikahnya Khairun Khazrini Binti Abdullah dengan mas kahwin sebanyak RM80 tunai”

“sah?… sah” jawab saksi-saksi berdekatan.

“Alhamdulillah” terdengar suara abah lembut.

Sudah seminggu aku berada dirumah besar ini, bermakna seminggu jugalah aku sudah bergelar seorang isteri kepada Adam Zakuan Bin Abdul Manaf. Anak Tuk penghulu kampungku yang disegani ramai.

Masih terbayang-bayang lagi bagaimana aku merayu pada bapaku agar mengubah keputusannya yang menerima pinangan ketua kampung untuk menjodohkan aku dengan anak terunanya.

“Abah tolonglah Rini, Rini berhak menentukan siapa teman hidup Rini. Abah tak sepatutnya menerima pinangan tersebut tanpa pengetahuan Rini. Rini juga ada perasaan dan keinginan untuk bersama orang yang Rini sayang dan cintai”. Rayuku,

“Sudah, abah sudah bersetuju dan berjanji dengan pakcik Manaf..malu kalau tak jadi tau” . tegas abah.

“Tapi bah..”aku ingin bersuara.

“Rini, abah tak pernah mintak apa pun dari Rini sebelum ni..Hanya ini yang abah mohon,jangan malukan abah dan keluarga kita..abah sudah membuat janji dengan menerima pinangan tu..kita mesti pegang pada janji tu..kalau lembu pada talinya,kita manusia pada janjinya Rini..”potong abah dengan lembutnya memujukku.

“Betul tu Rini, mak harap Rini janganlah terus berkeras macam ni..kami inginkan yang terbaik untuk Rini. Hanya Rini saja yang belum berkahwin,abang-abang dan kakak-kakak Rini semuanya berkahwin dengan orang jauah-jauh, semuanya bukan senegeri dengan kita..sebab tu la mak dengan abah nak Rini Kahwin dengan anak pakcik Manaf tu, dekat pun dekat lagipun si Adam tu baik budaknya,mak yakin Adam mampu bahagiakan Rini”. Usul mak pulak..

“Mak,takkan la sebab tu,mak ngan abah sanggup belakangkan Rini dalam memilih jodoh Rini sendiri?” marahku..

“Mak tahu,kami memang bersalah sebab tak bincang dengan Rini dulu, tapi mak fikir tentu Rini setuju memandangkan Rini pun berkawan rapat dengan adam dulu kan?” sanggah mak..

“mak, tu zaman bila mak? Zaman Rini main pondok-pondok? Semua tu dah berlalu la mak..Rini pun dah tak pernah jumpa dia selepas kami tamat tingkatan 5 dulu.jadi camne kami nak kahwin mak?” aku meluahkan ketidakpuasan hatiku.

“sudah Rini,abah dah buat keputusan, walau apapun alasan yang Rini bagi..semua tu tak kan ubah keputusan abah lagi”. abah kembali bertegas denganku.

Setitis air mataku gugur menyedarkan aku kembali dari lamunanku..

“sampai hati mak dengan abah buat Rini macam ni,sanggup abah dengan mak hancurkan masa depan Rini” gogoiku sendirian..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience