BAB 8

Romance Completed 14272

Suatu malam, yang seharusnya Adam menghadiri seminar di utara Tanah air. Saat yang sangat-sangat ku tunggu iaitu berseorangan di bilik besar ini. Selama ini aku rasakan perlakuanku terbatas dek sorotan mata Adam. Walaupun Adam tidak pernah mengambil kesempatan terhadap diriku namun aku tahu yang dia sentiasa memerhatiku setiap kali aku keluar dari bilik air. Pada mulanya aku kekok dengan jelingan Adam, namun lama kelamaan aku menjadi lali malah ternanti-nanti jelingan tajam Adam. Pandangannya yang penuh kelembutan dan kerinduan terpamer indah pada matanya yang kuyu dan mempersonakan itu, aku perasan yang Adam memiliki sebuah mata yang sangat mempersonakan dan matanya yang coklat itu mengambarkan sebuah cinta yang sangat sukar dimenngertikan. Kini aku rasakan seolah-oleh ada sesuatu yang menarik yang tak dapat aku tafsirkan dengan kata-kata.

Setiap kali aku ingin merungkai apakan perasaan yang sering buat aku kebingungan itu, aku pasti menemui jalan buntu. Aku takut ingin mengakui yang aku mula jatuh cinta terhadap Adam!

Aku teringat yang pada satu petang aku menyimpan barang-barangku dan kemudian meletaknya di bilik kosong yang dijadikan Adam bilik stor. Di dalam bilik tersebut aku terjumpa sebuah kotak lama yang merungkai kenapa Adam ingin menjadikan aku isterinya, Rupanya Adam sememangnya menyintai aku sejak di zaman persekolahan lagi. Banyak gambar-gambarku tersimpan didalam kotak tersebut, bersamanya kujumpai sepucuk surat. Surat tersebut tertulis .

Assalamualaikum..

Kehadapan temanku Nurin Nazrini, namamu sentiasa menjadi semagatku. Engkaulah insan yang menyinari malamku,setiap malam hanya wajahmu yang bermain di layar mataku. Entah sejak bila perasaan ini timbul padaku tidak aku sedari, namun aku pasti yang aku sebenarnya menyintaimu. Sifatmu yang keras sering kali megundang perdebatan, kata-katumu yang teratur dan jelas mencairkan hatiku. Walaupun kata-katamu keras tapi pernah suatu hari aku tertumpah air di bajumu, kusangka kau akan memarahi dan memaki hamunku, tapi nyata sangkaanku melesat. Kau langsung tidak memarahiku sebaliknya menerima maafku dengan hati yang senang..mungkin sejak itu, aku kagum dan ini mengenalimu lebih dekat lagi, aku pasti dalam kekerasan hatimu terselit kelembutan yang pasti mendamaikan.Aku tak pasti ape reaksimu setelah mendapat warkah ini.

Bagiku, kau adalah insan yang terlalu istimewa, kelembutanmu tertutup dengan kekerasan hatimu. Buat pengetahuan kau juga, aku akan melanjutkan pelajaranku ke Rusia dalam bidang kejuteraan kimia. Sebelum aku berangkat ke Luar Negara, ingin sekali aku menatap wajahmu Rini. Aku akan pastikan cinta yang terputik dihatiku akan terus bercambah sehingga ke gerbang perkahwinan, aku harap kau mengetahui betapa dalamnya cintaku. Aku tidak mengharapkan balasan cintamu, namun aku sekadar ingin kau mengetahui perasaan hatiku terhadapmu. Kau adalah cinta pertamaku. Sekian lama kupendamkan perasaan ini, namun terluah juga pada warkah ini. Aku bukan pengecut kerana tidak berjumpa denganmu tetapi aku tidak punyai masa yang sesuai untuk bersua denganmu.

Akhir kalam, ku harap kau megerti ketulusan hatiku untuk melamar cintamu. Sekian sahaja warkah ini dariku yang akan sentiasa merinduimu dari perantauan..

Tanpa kusedari gugur air mataku takkala membaca warkah tersebut, namun hatiku tertanya-tanya mengapakah surat tersebut tidak sampai kepadaku dan kenapa surat tersebut berada dalam simpanan Adam sendiri, adakah semua ini hanya permainan Adam atau Adam tidak lagi menyintaiku seperti mana dalam suratnya itu. Hal tersebutlah yang sentiasa menyesakkan fikiranku biarla Adam yang merungakai segalanya, aku akan cuba membalas cintanya,,itu tekadku..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience