BAB 7

Romance Completed 5052

Tiga bulan kemudian

“Awak, pinjam handphone jap?” Diana meminta telefon bimbit dengan Saiful ketika mereka dalam perjalanan untuk pulang setelah keluar berjalan-jalan petang Ahad hari itu.

“Nak wat pe?” Saiful bertanya kembali namun masih menumpukan pada pemanduannya.

“Takkan nak tengok handphone boyfriend pun tak boleh kut? Saya tak pernah pegang handphone awak. Entah kali ini saya macam nak tengok pulak”

“Bolehhhh”

Saiful dengan rasa serba salah terpaksa memberikan telefon bimbitnya kepada kekasihnya itu. Sebenarnya ada rahsia yang disembunyikan dari Diana dan Saiful belum bersedia memberitahu Diana akan hal itu. Saiful takut hal itu akan melukakan hati Diana dan juga dirinya seandainya Diana tidak boleh menerimanya. Cintanya pada Diana adalah ikhlas dan dia juga dapat rasakan cinta Diana juga ikhlas terhadap dirinya. Oleh sebab itu dia merahsiakan perihal dirinya sebelum tiba masa yang sesuai. Dia akan menceritakan kepada Diana apabila tiba masanya nanti.

Diana pula yang tidak pernah mengongkong temannya kerana dia percayakan Saiful. Tetapi hari ini tergerak hatinya untuk memeriksa telefon bimbit milik kekasihnya itu. Dia sangat percaya cinta lelaki itu adalah miliknya kerana sepanjang hubungan mereka Saiful sangat mengambil berat akan dirinya, sangat menyayanginya dan sering juga menasihatinya. Lelaki itu amat mementingkan solat. Saiful akan mengajaknya solat tidak kira dimana mereka berada dan kerana itu juga dia amat menyayangi Saiful Azim. Sememangnya lelaki begitu yang diharapkan untuk membimbingnya nanti.

Diana seakan tergerak hati mahu melihat pesanan ringkas atau mesej dari ‘inbox’ Saiful. Sedang asyik meneroka Diana tertarik dengan mesej yang diterima dari ‘Girl’. Tanpa disangka banyak mesej dari ‘Girl’ yang diterima oleh Saiful. Tanpa membuang masa Diana berpaling ke sebelah dan bertanyakan Saiful. Diana perlukan penjelasan kerana dalam hatinya sudah mula rasa curiga.

“Awak..awak ada awek lain ke? Siapa ‘Girl’ dalam handphone awak nie?” Diana mula bertanya menyebabkan Saiful terkejut dan merampas telefonnya dari Diana.

“Saya….”

“Cakap betul-betul awak” Diana masih cuba berlembut.

“Kalau awak dah ada awek lain, saya ni pulak saper pada awak???” Diana masih cuba bertanya lembut walaupun hatinya berdebar-debar menanti jawapan dari Saiful.

“Awak buah hati saya lah”

“Bis tu ‘Girl’ tu saper?? Kalau dah nama pun Girl mesti la awek awak kan??”

“Sebenarnya ada sesuatu yang saya sembunyikan dari awak. Tetapi bukan niat saya untuk berahsia. Saya tak mahu awak terluka sayang. Saya sayang awak. Saya takut awak tak boleh menerimanya nanti”

Dengan suara perlahan Saiful menceritakan kisah hidupnya padaku. Baru kini aku tahu kisah hidupnya yang disembunyikan dari aku. Aku rasa tertipu. Aku telah ditipu hidup-hidup oleh Saiful. Walaupun dia ikhlas sayang aku tetapi aku tetap rasa tertipu. Aku amat tidak menyangka aku akan menghadapi ujian ini dalam cinta pertamaku.

“Sebenarnya, saya pernah berkahwin sebelum ni dan saya ada dua orang anak. Semasa berkenalan dengan awak, saya dalam proses penceraian. Saya berkahwin dengan pilihan keluarga. Masa tu umur saya baru 24 tahun. Kerana saya sudah mempunyai pekerjaan tetap, ibubapa saya mendesak saya untuk berkahwin dengan pilihan keluarga. Oleh sebab saya tidak mempunyai pilihan lain saya menurut kehendak keluarga. Saya cuba menjadi ketua keluarga yang baik tetapi hubungan kami tidak mampu bertahan lama dan hanya bertahan 5 tahun. Bermacam-macam cara sudah kami lakukan untuk menyatukan balik tetapi tidak menemui jalan dan akhirnya kami ambil keputusan untuk bercerai secara baik tanpa berdendam. Anak saya kini bersama dengan isteri. Walaupun kami masih lagi dalam proses penceraian tapi kami sudah tinggal berasingan.” Saiful menerangkan kisah hidupnya.

Mendengarkan kata-katanya itu mencurah-curah air mata membasahi pipiku. Aku tidak dapat menahan sebak. Bermacam-macam perasaan terkumpul didada ku waktu itu sedih, marah, geram, sakit hati, tertipu semua bercantum dalam dadaku. Aku langsung tidak mengesyakki Saiful yang sebenarnya sudah berkahwin. Aku rupanya bercinta dengan suami orang. Suami orang? Oh tidak..kenapa ini terjadi?? Dugaan apakah ini?? Oh Tuhan.

“Apa?? Awak dah kawen?? Awak tak tipu saya Saiful??” Diana seperti tidak percaya apa yang didengarnya sebentar tadi.

“Ya..saya dah pernah kawen” Itulah jawapan Saiful Azim yang aku puja-puja.

“Naper awak tipu saya?? Setelah saya betul-betul sayang awak? Awak melukakan hati saya” Ujar Diana walaupun sebak sudah mula bertandang.

“Diana…saya betul-betul sayangkan awak, sayang saya pada awak bukan satu penipuan cuma saya belum jumpa masa yang sesuai untuk menceritakan pada awak akan hal ini. Saya minta maaf banyak-banyak awak. Saya faham kalau awak tidak boleh menerima saya selepas ini. Saya sedar saper diri saya” Dengan suara yang sayu Saiful meluahkan padaku.

“Tapi…saya pun tak tahu kenapa awak boleh merahsiakan hal sebesar ini dari saya. Awak dah kawen Saiful. Awak dah ada anak pun. Kenapa saya yang jadi mangsa?? Kenapa??” Hancur luluh hati Diana.

“Saya minta maaf banyak-banyak Diana. Saya yang salah sebab berahsia tapi saya dah cuba untuk memberitahu awak tapi saya tidak sampai hati bila melihat awak gembira, lihat awak seronok sebab itu sampai sekarang saya tidak menceritakan hal sebenar. Saya tidak mahu membunuh keriangan awak Diana lagipun hubungan saya dengan isteri dah retak. Saya tidak mungkin bersama dengan dia lagi. Dapat kenal dengan awak saya sangat bahagia Diana, saya betul-betul sayangkan awak Diana”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience