BAB 6

Romance Completed 5052

Kami telah sampai di KLCC. Ramai juga orang hari minggu macam ni. Pertama kali aku menjejakkan kaki ke KLCC yang menjadi mercu tanda kebanggaan rakyat Malaysia ini. Sungguh bangga aku melihat menara Berkembar Petronas ini.

“Awak tak pernah sampai sini yer?” Saiful bertanya kepada Diana.

“Tak..ni pertama kali..terima kasih bawa saya ke sini”

“Semoga disini akan menjadikan kenangan indah buat kita..saper tahu kan” Saiful menyatakan harapannya. Memang itu harapannya dan KLCC akan menjadi lambang cintanya sekejap lagi.

“InsyaAllah”

“Jom” Saiful mengajak sambil tangannya mencapai tanganku. Aduhai..Mamat ni suka- suka pegang tangan oranglah.

“Saiful..saya leh jalan sendiri lah..tak perlu di pimpinlah”

“Saya saja nak pegang awak..lebih pada ambik kesempatan..hehehe” Jawabnya dengan tersengih dan satu cubitan hinggap di lengannya.

“Adoii..sakitla sayang”

“Saya takut awak hilang..tempat ni ramai orang..awak pun tak biasa kat tempat ni kan? Kalau awak sesat camner? Saya nak jawab apa kat kawan awak nanti? Kat mak ayah awak?” Saiful menerangkan rasional tingkah lakunya itu untuk menyakinkanku.

“Yelah” Malas aku nak ambik pusing aku membiarkan aja..betul jugak tuh..kalau aku sesat tak pe lagi tapi camne aku aku kena culik tempat ni macam-macam orang..tak kurang juga orang asing..mati aku…fuh..takutttt…

“Naper muka cam takut je tu? Jangan risau..saya akan jaga awak lah” Saiful memandang ke arahku dan mengenggam erat tanganku. Aku membalas mencari kekuatan. Rupanya ini perasaan dilindungi aku rasa bahagia. Sayangku pada Saiful Azim semakin bercambah apabila dia menunjukkan rasa sayangnya padaku.

“Saya terbayang kena culik” Bisikku padanya.

“MasyaAllah..sampai ke situ pulak awak..dah jangan fikir bukan-bukan ye..saya ada”

“Hmm..macih awak”

“Sayang saya tak?” Tetiba Saiful bertanya. Aku hanya menjuihkan bibir. Akhirnya kami ketawa bersama-sama.

Kami menjamu selera dan juga menonton wayang bersama. Kami juga tidak melepaskan peluang menaiki jambatan KLCC. Apabila berada di atas kami dapat melihat pemandangan di sekitar Kuala Lumpur. Sungguh indah aku rasakan. Kami juga tidak melepaskan peluang bergambar bersama di atas pencakar langit itu.

“Nur Diana Amira..sudi tak jadi awak kekasih saya?” Saiful bertanya padaku ketika kami selesai bergambar. Aku hanya mampu memandang tanpa menjawab pertanyaannya. Aku tidak menyangka Saiful akan bertanya soalan keramat ini. Walaupun ada rasa sayang tapi bukankah terlalu awal tetapi aku juga tidak mahu kehilangannya.

“Awak sayang saya?” Diana kembali bertanya. Ternyata dia tidak bertepuk sebelah tangan.

“Sayang…setinggi KLCC ni saya sayang kat awak tau” Saiful menjawab.

“Pandai la awak…nanti bila jumpa orang yang lagi cantik, awak pasti tinggalkan saya, tak de dah sayang yang setinggi KLCC tuh.” Balas Diana.

“Sudi ke tak ni?” Saiful kembali bertanya kepada pokok persoalannya tadi.

Aku hanya mengangguk menandakan aku sudi menjadi teman wanitanya. Aku tidak mampu menipu diri sendiri yang aku juga mempunyai perasaan yang sama dengannya. Setelah berfikir sejenak rasanya tidak salah kalau kami berkongsi perasaan ini. Saiful mengucapkan terima kasih lalu mengucup tanganku. Saiful nampak gembira sekali begitu juga denganku kerana impian kami sama dan KLCC menjadi saksi perjanjian antara kami untuk saling sayang menyayang antara satu sama lain.

“Saya rasa macam nak jerit je biar semua orang tahu awak milik saya dan saya sangat gembira hari ni..macih sayang!” kata Saiful.

“Eh jangan lah..malu kat orang tau…saya pemalu tau..cukup la antara kita berdua jer”

“Baik darling”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience