BAB 9

Romance Completed 5052

Selesai makan Saiful menghantarku pulang. Sebelum Saiful berlalu sekali lagi dia memohon maaf dariku. Aku hanya mengangguk tanda memaafkannya. Sesampai di rumah aku merebahkan badan dan membuka radio. Peristiwa tadi kembali terimbas di mindaku.

“Seterusnya saya akan mainkan lagu yang diminta oleh seorang jejaka yang diberi nama Zaki dari Sabak Bernam. Semoga Zaki dan anda semua terhibur. Dengarkan Setelah hati terluka dari AXL’s” Kedengaran DJ radio Sinar FM bersuara.

Mestikah air mata ini

Basah di pipiku

Perlukah ku meratap hiba

Setelah hati terluka

Ku sedar siapa diri ini

Hanya mampu memberi cinta

Namunku tak mampu manatap bahagia

Tiada guna aku ratapi

Kasih dan sayang takkan kembali

Mungkin ini sudah suratan yg azali

Bukanku mengemis simpati sesiapa

Buat penawar duka yang amat lara

Kerana aku sedari diri umpama kaca

Tak bercahaya

Pudar warnanya

Lagu itu bagai sesuai denganku. Sama dengan keadaanku waktu ini. Hatiku baru dilukai beberapa minit tadi. Bila mendengar lagu itu secara tidak sedar air mata ku kembali menitis membasahi pipiku. Nasib menyebelahiku kerana teman sebilik tiada kalau tidak malunya aku sebab menangis kerana seorang lelaki. Aku buntu dan tidak tahu hendak berbuat apa. Hendak dilepaskan sayang hendak diteruskan hubungan itu aku rasakan tidak patut. Saiful ada tanggungjawab yang perlu dipikulnya sedangkan aku orang ketiga antara mereka.

Kenangan manis bersamanya terutama semasa di KLCC kembali berputar diingatanku. Di saat kami mula menyemai benih-benih cinta dugaan ini pula yang datang untuk mengujiku. Padaku Saiful seorang lelaki yang baik. Sesiapa pun yang mengenalinya aku pasti akan terpikat dengan sikapnya itu. Dia seorang yang kelakar, periang, peramah dan yang aku paling suka dia seorang yang penyayang. Aku rasa dihargai apabila bersamanya. Saiful….Diana sayang Saiful…apa yang patut Diana buat???? Ya Tuhan..tolong tenangkan hambaMu yang lemah ini.

Triit..Triit…Deringan telefon menandakan ada pesanan baru masuk. Pesanan ringkas dari Saiful Azim.

‘Sayang…Saiful dah selamat sampai rumah ni. Masih bersedih lagi ke?? Maafkan Saiful sekali lagi. Saiful sayang Diana tapi kalau Diana tak boleh terima Saiful selepas ini pun Saiful faham. Memang salah Saiful pun.’

‘Ok..selamat malam..’ Itu saja balasan yang kuberikan padanya walaupun dalam hatiku ingin berkata aku jugak sayang padanya.

‘Sayangggg…..awak..maafkan Saiful yer? Oklah selamat malam.’ Saiful masih memohon kemaafan dariku dan berusaha memujukku sebelum menamatkan perbualan pada hari itu.

Aku tidak lagi membalas pesanan dari Saiful kerana hatiku sudah hancur. Aku kembali memejamkan mata cuba untuk melupakannya tetapi kenangan bersamanya dan juga peristiwa siang tadi kembali berputar-putar di dalam ingatanku. Entah pukul berapa aku terlelap. Aku sedar apabila azan subuh kedengaran.

“Oit..camner date semalam??” Syuhada sudah mula bertanya.

“Ok” Diana cuba menyembunyikan kesedihannya.

“Naper ni?? Kau macam sedih jer?? Apa dah jadi??”

“Dia tipu aku Da..selama ni dia tipu aku Daa…” Diana membuka cerita. Hanya Syuhada tempatnya mengadu lagipun Syuhada tahu kisahnya dan Saiful.

“Tipu kau?? Maksud kau??” Tanya Syuhada untuk mengetahui kisah sebenarnya.

“Dia pernah kawen sebelum ni..aku pulak mati-mati ingat dia bujang Ada..aku ditipu bulat-bulat selama ini. Setelah hati ini aku berikan padanya, kasih sayang ini aku curahkan padanya tapi dia melukakan hatiku Ada.” Luah Diana kepada temannya.

“Sabar lah Diana..aku tak tau pun. Aku ada nak bitau kau sesuatu ni. Saiful tu sebenarnya kawan aku dan Saiful yang mintak aku memperkenalkan kau kepadanya. Tapi pasal hal ini aku jugak tak tahu menahu pun. Mungkin terlalu peribadi untuknya memberitahu kau. Mungkin jugak dia takut penerimaan kau nanti kerana perbezaan status antara kau dan dia. Dia berasa rendah diri kot. Yelah tak kan kau berminat nak kawan dengan kau bila kau dapat tahu yang dia dah pernah kawen kan.” Panjang lebar Syuhada memujuk temannya itu.

“Tapi..kalau dari awal lagi dia memberitahu aku tidaklah aku rasa sakit hati seperti sekarang ini. Kau tak faham perasaan aku sebab Hadi berbeza dengan Saiful”

“Bukankah selama ini Saiful yang kau puja-puja?? Kau ada tanya sebab apa dia merahsiakan hal ini?” Tanya Syuhada.

“Ya..sebab orang yang aku puja lah aku sakit hati nih. Dia cakap dia memang dah lama nak bagitahu aku tapi tiada masa dan tak sanggup sebab takut melukakan perasaanku. Boleh percaya ke?? Sedangkan sekarang dia lagi melukakan hatiku. Lagi lama simpan dah tentu lagi parah. Tu pun aku sendiri yang terjumpa bukti kalau tidak entah sampai bila dia nak berahsia dengan aku” Luah Diana.

“So, camna sekarang?? Korang dah putus ke??”

“Entah, aku buntu. Saiful cakap dia betul-betul sayang aku. Apa yang patut aku buat??” Jawab Diana sambil mengeluh.

“Apa yang kau patut buat aku rasa lebih baik kau buat Solat Istikharah. Mohon petunjuk dari Tuhan samada kau patut teruskan atau lepaskan hubungan itu. Apabila kau keliru mintak petunjuk dari Tuhan adalah lebih baik.” Saran Syuhada.

“Terima kasih Ada”

“Sama-sama”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience