BAB 5

Romance Completed 5052

Itulah permulaan kisah kami berdua. Sangat manis untuk dikenang. Sebulan selepas peristiwa itu kami sudah mulai rapat dan perhubungan ini amat membahagiakanku walaupun sekadar kawan.

“Diana…Saiful dah sampai” Laung Syuhada dari luar.

“Alamak..aku tak siap lagi nieh”

“Saper suruh kau tidO dalam bilik air tuh”

“Kau suruh dia tunggu 15minit..aku nak siap” Diana sudah mula gelabah.

“Takpe 15 tahun pun dia sanggup tunggu kau” Lain pula jawapan Syuhada.

Aku mandi cepat-cepat dan dengan laju juga keluar dari bilik air. Aku meyarungkan baju yang sudah aku gosokkan siap-siap malam tadi. Aku hanya mengenakan blaus dan juga seluar jean..sesimple yang boleh. Dengan pantas juga aku mengeringkan rambutku sambil menatap cermin. Alamak..dah la ni pertemuan kedua setelah pertemuan pertama sebulan dulu. Kenapa la kau sampai awal sangat.

Diana segera menyikat rambutnya, meyapu bedak ke muka lalu mengenakan gincu ke bibir agar kelihatan segar dan akhir sekali menyemburkan minyak wangi ke badan. Sempat juga Diana mencapai losyen untuk dipakai ditangan dan kakinya. Sudahnya dia menatap wajahnya di cermin buat kali terakhir sebelum keluar berjumpa dengan Saiful Azim. Puas hati! Rambutnya hanya dibiarkan tanpa pengikat atau sanggul.

“Amboi..wanginya kau..tau la nak jumpa buah hati” Syuhada sempat mengusikku.

“Mesti lahhh” Balasku sambil tersengih.

“Saiful dah tunggu kat luar…baik-baik yerk..good luck”

“Ok tak aku camni??” Diana masih sempat bertanyakan Syuhada mengenai dirinya hari ini.

“Cantik..Perfect..kim salam aku kat Saiful ye”

“Ok..bye..aku pergi dulu ye”

Aku berjalan menuju Saiful yang sudah menanti di depan keretanya. Saiful menyambutku dengan senyuman. Aku tertunduk malu, malu untuk bertentang mata dengannya. Perasaan berdebar itu kembali bertandang. Selepas makan malam sebulan yang lalu, kami ada juga bertukar nombor telefon dan berbual dalam Yahoo Messenger cuma untuk berjumpa kami menghadapi macam-macam halangan. Dengan kesibukan masing-masing yang tidak memungkinkan kami untuk bertemu. Tetapi hari ini jodoh pertemukan kami kembali.

“Awak sihat Diana?” Saiful memulakan bicara.

“Sihat. Awak pulak?” Diana kembali bertanya.

“Saya baik..ok lah.. jom awak” Saiful sudah membukakan pintu untukku.

“Terima kasih”

“Sama-sama kasih”

“Awak cantik hari ni” Saiful berkata setelah kereta mula berjalan. Kemana Saiful ingin membawaku tidak pula aku bertanya.

“Takkan hari ni je saya cantik kut? Minggu lepas? Tahun depan? Tak cantik laa yerk??” Diana cuba bergurau untuk menutup gugupnya.

“Pada saya awak hari-hari cantik dimata saya Nur Diana Amira” Saiful juga terasa getaran pada dadanya apabila melihat Diana. Walaupun Diana tidak secantik mana-mana perempuan yang tergila-gilakannya tetapi wajahnya yang lembut tetap ayu dipandang. Wajah yang tenang dengan senyuman yang menawan. Wajah itu juga sering hadir dalam mimpinya. Gadis ini memang diimpikannya. Gadis yang sederhana, tidak bersosial, pentingkan pelajaran, dan mempunyai matlamat hidup, gadis sebegitu yang diimpikannya. Walaupun Saiful di gilai ramai tetapi Diana yang menjadi pilihan hatinya. Peristiwa menari bersama Diana suatu ketika dulu adalah rancangannya dan kawan-kawannya. Kebetulan gadis itu tidak mengenalinya dan kawan gadis itu yang sudah dikenalinya bersetuju untuk mengenakan rakannya itu.

“Yeke?” Diana tersenyum malu bila Saiful berkata begitu.

“Saya rindu kat awak Diana. Awak ada rindukan saya tak?” Saiful bertanya. Alamak..soalan cepu mas nieh..camne aku nak jawab yer?

“Tak tahu” Jawapan yang paling baik Diana rasakan.

“Saya dapat rasakan awak rindukan saya..betul kan?” Saiful masih memancing.

“Ada la cikit-cikit”

“Cikit je ke? Rindu saya kat awak pulak kalau kumpul-kumpul muat se lori kut” Kata Saiful sambil tersengih.

“Pandai laa…bukan leh caya awak nieh”

“Awak tak percaya saya sayang awak erk???”

“Tak”

“Ok..takpe..saya leh buktikan?”

“Bukti camna awak nak tunjuk?”

“Tunggu lah”

“Ok”

Setelah itu masing-masing mendiamkan diri hanya mendengar lagu yang dimainkan di radio. Saiful menumpukan perhatian pada pemanduan dan memandu dengan cermat.

“Awak nak bawak saya ke mana nie?” Diana bertanya sekadar memecah kebisuan antara kami dan perasaan ingin tahu.

“Awak nak kemana? Sudi ke bulan ke bintang bersama saya?” Lain pula jawapan yang keluar dari mulut mamat nie..dia pulak bertanya aku kembali..alahaii…

“Awak…saya tanya betul-betul nie..awak banyak main laaa..” Diana buat ayat merajuk ditambah dengan bibir yang memuncung. Boleh tunjuk bakat berlakon..huhuhu…heheh..hahaha

“Ler…merajuk ker nie?? Pandai merajuk rupanya” Ujar Saiful sambil tergelak. Sampai hati gelakkan aku. Rasa macam nak menangis pun ada.

“Diana…” Saiful memanggil namaku lebih untuk memujuk. Aku dah betul-betul merajuk dah nie. Tapi aku masih mendiamkan diri. Aku nak test skill memujuknya..hehehe

“Sayang…jangan la merajuk erk..kita pergi KLCC. Saya nak bawak awak ke sana. Suka tak?”

Aku masih mendiamkan diri dengan mukaku mengadap ke kiri melihat deretan kedai-kedai dan bangunan-bangunan. Aku terasa tangan kananku dipegang lembut dan orang yang bertanggungjawab memegang itu adalah Saiful Azim. Aku segera berpaling sambil cuba menarik tanganku.

“Jangan la merajuk lagi yer” Saiful masih memegang erat tanganku sambil memujukku. Saiful membawa tanganku kebibir lalu diciumnya sekali. Tergamam aku seketika lalu segera menarik tanganku.

“Saya tak nak awak merajuk..saya sayang awak..maaf ye perbuatan saya tadi kalau awak tidak suka”

“Ok”

“Awak masih marah ke?”

“Tak”

“Kalau tak senyum la cikit”

“Ermmm” Aku tersenyum kambing.

“Kalau saya nak pegang tangan awak kali ini awak izinkan tak?”

“Tapi saya tak suka di pegang-pegang”

“Depan orang ramai boleh la awak buat gitu sebab awak tahu saya takkan halang awak sebab saya taknak malukan awak tapi saya nak awak tahu yang saya tak suka.”

“Sebab tu saya suka awak Diana..awak pandai jaga diri”

“Diri mesti la kena pandai jaga..kalau kita tak jaga diri kita saper pulak yang nak jaga kan” Tegas Diana.

“Betul tu”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience