BAB 2

Romance Completed 5052

“Acara kemuncak malam ini ialah acara misteri iaitu ‘Adakah anda boleh menari???’ ” Dengan suara lantang pengerusi majlis mengumumkan acara kemuncak majlis makan malam itu menyebabkan ramai bersorak riang.

“Siapa mahu menari dulu?? ” Pengerusi Majlis itu bertanya lagi kepada para tetamu jemputan.

“Jom kita pilih pasangan bertuah yang akan memulakan acara ini..jeng..jeng..jeng…” Perasaan teruja dan ingin tahu tersimpan di dada masing-masing disamping perasaan berdebar jika terpilih nanti. Tidak terkecuali ialah Diana, dia dapat merasakan perasaannya berdebar semacam seperti ada sesuatu perkara akan terjadi.

“Anda mahu melihat saper yang menari??? Hadiah misteri menanti anda ” Sekali lagi pengerusi itu bertanya.

“Diana…diana…diana….” Laung Syuhada menyebabkan aku ternganga. Eh..dia ni sebut nama aku ke atau nama orang lain? Tapi setahu aku hanya aku ajelah kawan budak ni yang bernama Diana. Alahai Syuhada apsal la kau sebut nama aku yang lawa tuh.

“Wei..ape hal kau laung nama aku tuh..nak mampus ke?? ” Kataku kurang senang.

“Aku nak tengok kau menari la makcik” Jawab Syuhada tanpa menghiraukanku.

“Oit mak nenek, gila kau agaknyer”

“Mana ada..wei ada hadiahlah bukannya menari free..just dance..you know right?? So what the problem??” Ececeee..pandai aje budak ni menjawab..sekeh karang baru tauu..Diana mengomel dalam hati.

“Banyak la kau..bis tu asal aku..asal tak kau je..asal sebut nama aku..nanti diorang dengar camner??”

“Kalau diorang dengar, maknanya kau lah manusia yang bertuah tu” Syuhada berkata sambil tersengih.

“EEeeeeeeeeee……teruk la kauu” Hanya satu cubitan hinggap di lengan Syuhada sebagai tanda melepaskan geramku padanya.

Semasa kami bergaduh tadi rupanya namaku telah didengari pengerusi dan menjadi perhatian tanpa aku sedari. Seketika lampu menghala kearah ku. Terkejutnya aku sampai hendak pengsan rasanya. Ya Tuhan tolonglah hambaMu yang lemah ini. Aku nak balikk…mak..tolong Diana makk…mungkin inilah debaran yang kurasakan tadi. Aku amat tidak menyangka akan melalui saat-saat menyeksakan ini.

“Awak Diana kan?? Sila tampil ke depan ok. ” Pengerusi Majlis mengarahkan aku ke hadapan. Alamak? Aku terpilih ke? Ni semua Syuhada punya pasal la nih!!!

Dalam keterpaksaan aku mengangguk juga dan berjalan dengan penuh sopan ke hadapan pentas. Maklumlah banyak mata memandang ke arahku..huhuhu….malunyaaa….Diana hanya memakai gaun labuh warna merah jambu disertai dengan sanggul tinggi pada rambutnya ditambah dengan mekap yang nipis namun masih terserlah ayu wajahnya. Walaupun Diana tidak secantik Erra Fazira atau Ziana Zain namun wajahnya yang lembut mampu menawan hati-hati sang kumbang.

‘Glamornya aku malam ni..hehehe…’, Dalam berdebar masih sempat mengelamun dan tersenyum sendiri. Harap aku tidak memalukan diri sendiri malam ni.

Sampainya di tengah pentas Diana disambut oleh Pengerusi tadi dan juga seorang jejaka yang merupakan pasangan tarinya sekejap lagi. ‘Fuhh..boleh tahan jugak mamat nieh..macho..’ Masih sempat aku menilik jejaka disebelah ku ini. Dengan kemeja putih yang dipakai dengan blazer menambahkan lagi keterampilan jejaka itu.

Jejaka itu yang diberi nama Saiful Azim itu menghulurkan tangan tanda perkenalan padaku lalu aku menyambutnya dengan senang hati. Diana sungguh tidak menyangka akan berkenalan dengan mamat kacak itu yang juga bakal pasangan tarinya. Alamak..terjatuh hati la pulakk…kui..kui..kui…oh tidak..mamat handsome ni bukan boleh diharap sangat entah-entah awek keliling badan..mahu merana setahun aku.

“Hai, selamat berkenalan” Saiful memulakan perbualan.

“Hai” Jawab Diana malu-malu. Control ayu sebenarnya..hehehehe…

“Ok pasangan yang bertuah pada malam ini sudah berada di hadapan kita semua. Tanpa membuang masa saya mempersilakan mereka untuk memulakan acara kemuncak pada malam ini iaitu Adakah anda boleh menariiii??? Dipersilakan ” Ujar Pengerusi majlis itu dan disambut dengan sorakan para tetamu.

Saiful menghulurkan tangannya padaku meminta aku menyambutnya. Untuk menunjukkan rasa ‘sporting’ aku hanya mengikut saja rentaknya. Kami kan pasangan jadi mesti saling bekerjasama untuk tidak memalukan diri sendiri. Walaupun aku tidak pernah berpegang tangan dengan lelaki kerana aku sendiri tiada teman lelaki. Namun pada malam ini aku redha kerana kami menjadi tumpuan. Kedengaran muzik sudah bergema didewan besar itu menandakan kami akan menari ikut alunan muzik tersebut.

“Awak pandai menari ke?” Diana mengambil kesempatan bertanyakan hal itu pada Saiful.

“Boleh laa..awak ikut rentak saya ya..saya tau awak tak tahu menari kan?”

“Memang tak tahu pun.” Mudahnya aku menjawab..huhu..

“Tak pe..saya dah tau..awak ikut je ok..we are couple tonight” Kata Saiful sambil mengenyitkan matanya padaku membuatkan aku ternganga dua tiga saat. Boleh cair aku kalau camni dah la handsome pastu main-main mata pulak dengan aku ditambah dengan senyuman yang mengoda. Tapi tak pernah pulak aku ternampak mamat ni kat mana-mana sebelum ni atau aku yang tak pandang lelaki. Aduhaii….tolong la awak jangan goda saya..kang tak pasal-pasal saya dapat penyakit angau balik nanti.

Setelah sampai dipentas Saiful masih memegang tanganku, kemas pulak tu sampai naik rimas pulak aku dibuatnya..suka-suka aje pegang orang..kalau menari tanpa pegang-pegang tak boleh ke? Berdebar-debar dada aku bila bersentuhan camnih.

“Awak..ngomel pe tuh? Senyum la cikit sayang..ramai orang tengok kita nieh tau” Termalu aku bila di tegur camtu..huhu..dan akhirnya aku cuba senyum dengan senyuman yang paling manis ku rasa untuk jejaka kacak dihadapanku ini.

Saiful menarik tangan kiriku ke atas bahunya manakala tangan kanan ku masih di genggamannya. Tangan kanan Saiful pula mendarat dipinggangku. Sedikit terkejut aku ditambah dengan senyuman nakal di bibir Saiful menambahkan geramku padanya namun aku diamkan saja.

“Jom kita menari Si adik Manis” kata Saiful Azim.

Kami memulakan tarian perlahan mengikut rentak lagu yang dimainkan. Diana yang tidak pandai menari hanya mengikut rentak tari Saiful.

“Dijemput para tetamu menari bersama-sama” Pengerusi menjemput hadirin menari bersama-sama.

Kelihatan ramai yang tampil menari bersama-sama pasangan masing-masing ini juga menbuatkan Diana semakin selesa kerana mereka tidak lagi menjadi tumpuan. Saiful sudah menukar rentaknya bila muzik bertambah rancak. Kali ini dia sudah memegang kedua-dua belah tanganku dan kami menari bersama. Seronok pula aku dapat peluang menari ini. Ternyata Saiful memang berbakat.

Sesudah selesai menari kami kembali ke tempat masing-masing diiringi dengan tepukan dan sorakan orang ramai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience