BAB 8

Romance Completed 5052

Bagi Saiful sudah tiba masanya untuk dia menerangkan segala-galanya pada Diana kerana tiada guna dia berahsia lagi. Perkara yang ditakutinya terjadi juga akhirnya akibat kecuaiannya sendiri yang menyebabkan Diana curiga. Sedih hatinya apabila melihat kekasih hatinya mengalirkan air mata kerananya. Oleh sebab itulah dia lebih rela merahsiakan hal ini sebelum tiba waktu kerana dia tahu hati Diana akan terluka apabila dia menceritakan hal sebenar mengenai dirinya. Dia sudah tidak mampu berahsia lagi kerana lagi lama dia berahsia lagi terluka hati kekasihnya. Maaf sayang!

Diana sudah tidak mampu berkata-kata. Hanya esakan menjadi temannya waktu itu. Diana membuang pandang ke luar cuba untuk menenangkan hatinya sendiri. Mudahnya air mata ini mengalir kerananya. Bodohkah aku menangis sebab lelaki??? Semua disebabkan aku menyayanginya. Saiful cintaku. Bolehkah aku hidup tanpanya selepas ini??? Mengenangkan hal itu aku kembali menangis teresak-esak. Aku sudah mula terasa kehilangannya kerana selama ini hanya dia yang bertahta dihatiku. Aku tak sanggup kehilangan orang sebaik Saiful Azim. Walaupun Saiful menipu diriku namun aku tahu dia mesti ada sebabnya tersendiri. Walaupun dia pernah gagal dalam perkahwinannya tapi itu tak bermakna dia akan gagal untuk perkahwinan seterusnya. Mungkin jodoh mereka tidak panjang kerana dalam perkahwinan bermacam-macam masalah akan timbul kalau pasangan tidak bertoleransi. Aku sayang dia tapi aku buntu saat ini.

“Awak…dah la…jangan menangis lagi..sedih saya tengok awak camni” Saiful juga kelihatan sebak bila memujukku waktu itu. Bukan aku terpujuk tetapi semakin bertambah sedih adalah ditambah pula dengan kekecewaan hati.

“Awak memang nak tengok saya menangis depan awak pun kan??? Hah..tengok lah puas-puas..saper yang wat saya menangis camni kalau bukan awak. Awak puncanya, sampai hati awak wat saya camni. Inikah dinamakan sayang??? Buat orang tersayang menangis?? Wat orang tersayang sedih?? Awak langsung tak memikirkan perasaan saya. Kenapa tak beritahu semasa di awal perkenalan kita dulu. Kenapa baru sekarang???” Diana dengan sayu meluahkan apa yang terbuku dihatinya. Tidak tertahan hatinya bila keadaan jadi camni. Bila keadaan gawat begini dia akan bercakap ikut sedap mulutnya saja. Dia sudah tidak menghiraukan perasaan Saiful lagi. ‘Ah lantaklah..asal hati aku puas..Dia pun dah sakitkan hati aku..watpe aku nak jaga hati dia lagi’ Syaitan sudah mula berbisik-bisik.

“Saya betul-betul minta maaf Diana” Hanya itu yang mampu dijawab oleh Saiful. Dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Biarlah Diana bertenang dulu.

Masing-masing mendiamkan diri selepas itu. Mereka melayan perasaan masing-masing. Sesekali Saiful menoleh ke arah Diana yang dilihatnya masih menahan sebak. Diana langsung tidak memandang ke arahnya lagi. Mungkinkah Diana sudah membencinya?? Saya juga terluka sayang! Jerit hati Saiful. Sayu hatinya waktu itu. Saiful tidak mampu lagi untuk memujuk Diana kerana Diana bukan saja merajuk malah terluka hatinya.

“Awak…maaf yer..jangan nangis lagi yer” Saiful cuba memujuk sementara tangannya mengenggam tangan Diana tapi cuma sekejap sekadar untuk menenangkan kerana dia tahu Diana memang tidak suka dipegang-pegang.

Diana cuba tersenyum kerana hatinya sedikit tenang dengan sentuhan Saiful tadi. Mudahnya aku terpujuk dengan sekadar sentuhan. Oh tidak! Aku tak boleh tewas. Aku mesti kuat. Tapi betullah sentuhan memang boleh menenangkan jiwa terutama orang yang menyentuh kita adalah orang yang tersayang.

“Kita pergi Solat dulu yer? Asar pun dah nak habis nie lepas tu kita pergi makan yer sebelum balik?” Saiful bertanya kepadaku apabila keadaanku sedikit tenang. Itulah yang aku suka mengenai Saiful. Dalam keadaan begini pun dia masih tenang dan akan menunaikan fardu yang wajib. Solat dapat menenangkan jiwa. Memang itu yang diharapkan aku waktu ini.

“Emmm”

“Awak ok ke tak nie?? Atau awak nak saya hantar awak balik terus??” Saiful masih memandangku mungkin risau dengan keadaanku.

“Ok..kita solat dulu la..mana leh tinggal lagipun dah lewat tapi pastu pergi la mana-mana pun. Saya tak nak balik lagi. Takkan saya nak balik dengan muka sembap camni? Nanti apa pulak kata kawan-kawan serumah nanti” Diana sudah membuat keputusan.

“Ok..kita pergi masjid dulu pastu kita pi makan yer” Saiful segera menbelok ke arah masjid Shah Alam yang berdekatan dengan kami waktu itu.

Setelah sampai di masjid aku segera menunaikan solat Asar, jam pun sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Walaupun aku dalam kesedihan tetapi kewajipan tetap aku tunaikan. Selesai solat aku berdoa panjang supaya aku diberikan kekuatan dan ketenangan oleh Tuhan. Kalau hubungan kami hanya setakat itu aku redha kerana aku dapat rasakan aku sudah diberi petunjuk oleh Tuhan. Ini ujian untuk aku dan aku harus tempuhinya dengan tabah. Aku sudah rasa ketenangan setelah mengadu kepada Tuhan yang esa.

Saiful sudah menungguku di pintu hadapan masjid. Saiful senyum memandangku. Aku membalas senyumannya.

“Awak ok Diana?” Saiful masih menunjukkan sikap prihatinnya pada aku.

“Saya okey”

Kami berjalan menuju ke kereta namun masing-masing membisu dan melayan perasaan masing-masing.

“Saya minta maaf sekali lagi awak” Ujar Saiful apabila kereta sudah mula bergerak.

“Ya”

“Saya faham kalau awak nak marah saya ke apa? Memang saya yang bersalah” Kata Saiful.

“Takpe la awak..nak wat camner…saya pun buntu saat ini” Diana berkata dengan tenang. Diana sudah beroleh sedikit ketenangan setelah solat tadi.

“Ok tapi saya nak awak tahu saya ikhlas sayangkan awak dan saya tak main-main dengan cinta saya terhadap awak” Saiful menegaskan pendiriannya.

‘Cakap je sayang tapi menipu jugak’ Tempelak Diana di dalam hati.

“Saya tak de niat nak menipu la awak cuma berahsia” Saiful menjawab. Aik? Dia dengar apa aku cakap ke? Magic!! Hehehe..aku rasa aku ngomel dalam hati je tadi. Aku memandang dan menjelingnya.

“Jangan la jeling saya camtuh! Saya tahu dalam hati awak tuh, awak mengata saya kan???”

“Tau tak pe” Diana menjawab.

“Kita nak makan kat mana ni??” Tanya Saiful.

“Mana-mana je lah”

“Ermm..kat tempat biasa ek?” Saiful memberi cadangan. Tempat biasa tu adalah kedai mamak yang berdekatan dengan rumah sewaku. Kedai makan itu memang biasa kami kunjungi sebelum Saiful menghantarku balik ke rumah.

“Ok”

Saiful terus menuju ke kedai mamak itu dan memberhentikan kereta di hadapan kedai itu. Kami terus mencari tempat yang sesuai untuk menjamu selera. Setelah meninjau kami memilih tempat yang berhadapan dengan televisyen supaya kami boleh makan sambil menonton TV dihadapan. Aku mengambil tempat disebelah Saiful Azim kerana aku tidak mahu bertentang mata dengannya. Aku bimbang aku akan tewas bila menentang renungannya yang mengoda itu. Bila duduk bersebelahan aku masih boleh mengelak darinya tapi aku tahu dia melihat gerak geriku.

“Order la. Nak makan pe?” Saiful sudah memanggil pelayan supaya mengambil pesanan kami.

“Takde seleralah” Jawab Diana.

“Ala..mana leh camtu..makan la cikit… makan Mee bandung nak tak??” Saiful memujukku. Diana hanya mengangguk. Mee bandung adalah makanan kegemaran Saiful.

“Ok bang, bagi mee bandung dua yer pastu minum..ermm bagi Milo ais dua ok” Pesan Saiful pada pelayan itu.

Sementara menunggu pesanan sampai mereka melayan perasaan dan sesekali menonton TV. Setelah setengah menunggu pesanan mereka sampai.

“Selamat menjamu selera” Pelayan mengucap selamat setelah menghantar pesanan ke meja kami.

“Diana..makan cikit yer? Sedap ni tauu” Saiful masih memujuk Diana yang kelihatan sugul.

“Mana awak tau sedap? Rasanya kita tak pernah rasa lagi mee bandung kat kedai nie?”

“Tengok pun dah sedap..bau pun wangi..hehehe” Saiful tersengih dengan komennya sendiri.

“Luaran tak sama dengan dalaman”

“Perli saya yer?” Saiful sudah mula terasa Diana memerlinya.

“Tak lah..asal? terasa ke? Sorry morry lorry” Mendengar jawapan itu Saiful mula mencubit pipi Diana yang keputihan itu.

“Eh..sakitlah..apa main cubit-cubit orang nieh hah? Sekeh nak?” Marah Diana. Saiful masih menunjukkan kemesraan padanya. Saiful tak berubah tapi mungkin aku yang akan berubah.

“Nak! Nak! Nak!” Saiful menyuakan kepalanya pada Diana yang sudah kemerahan pipinya akibat cubitannya tadi dan mungkin malu barangkali. Tangannya lebih pantas bertindak dari akalnya. Gatal pulak tangan aku ni..balik nanti mesti sapu ubat gatal ni..heheheh….Saiful tersenyum sendiri bila mengenangkan itu.

“Adoiii..aik..kita ada order ‘ketam’ ke tadi Diana??” Saiful masih mahu mengusik Diana apabila Diana membalas dengan mencubit lengannya pula.

“Malas layan awak” Balas Diana. Saiful tidak akan habis mengusiknya. Sudahnya dia mengalah kerana malu dipandang orang yang ramai makan disitu.

“Awak comel Diana” Saiful memuji Diana dan mencuit sedikit hidung Diana membuatkan Diana tertunduk malu.

“Dah la..makanlah, dah sejuk mee tuh” Arah Saiful bila melihat Diana hanya memandang makanan dihadapannya. Saiful terus memandang Diana tanpa jemu kerana berkemungkinan mungkin ini kali terakhir dia dapat menatap wajah Diana dan makan berduaan bersama gadis ini. Diana sudah memberitahu setelah tamat belajar dia mahu pulang ke kampung halamannya di Alor Setar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience