BAB 1

Romance Completed 5052

‘I love you, please say

You love me too

Please say you love me too

Till the end of time

These three words

They could change our lives forever

And I promise you that we will always be together..’’

Berulang kali rangkap chorus lagu ‘I Love You’ dendangan Celine Dion itu dinyanyikan. Echo dan lontaran suaranya yang ‘solid’ di bilik itu serasa bagaikan membuat konsert di Royal Albert Hall.

‘’Merdu pula suara aku hari ni, lain macam nampak..’’ bisik hatinya seraya mengulang nyanyi semula lagu tadi.

“Woi mangkuk hayun!…dalam bilik air pun kau nyanyi ker. Apa kau ingat kau Celine Dion? Adele? Naik bengkak telinga aku dengar! Siki hari lagi mau pecah gegedang telinga aku ni???” Terdengar suara Syuhada melaungnya dari luar.

“Suka hati aku lah” Jawab Diana sambil tersengih sendiri. Dia pun pelik dengan perangainya sejak akhir-akhir ini. Ini mungkin juga disebabkan pengaruh Saiful Azim yang sering hadir di dalam mimpinya.

“Nanti tak de saper nak kawin ngan kau baru kau tau”

“Yelah makcik Ada oii…aku mandi diam-diam okiesss” Laung Diana supaya temannya tidak terus membebel. Diana mandi cepat-cepat kerana sebentar lagi Saiful akan menjemputnya keluar namun masih sempat mengenangkan perkenalannya dengan Saiful Azim.

Perkenalan dengan Saiful bermula semasa mereka berdua menghadiri majlis makan malam pada semester akhir pengajiannya. Pada malam itu mereka berdua dikenakan oleh teman masing-masing. Masih segar di ingatannya peristiwa itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience