BAB 3

Romance Completed 5052

“Wah..aku nampak kau hebat je tadi tuh..caya lah kawan aku nieh” puji Syuhada setelah aku kembali di sebelahnya.

“Banyak la kau punyer hebat tapi asal tak kau je yang pergi tadi, dah tentu lagi lagi lagi hebat” jawab Diana.

“Bertuah kau tau..dapat menari dengan Saiful Azim tuh..ramai peminat dia tuh”

“Yeke?? Dia ramai peminat? Aku tak pernah nampak pun dia sebelum nie?”

“Kau tu puteri kodok, mana nak tahu cerita gosip-gosip hiburan nieh”

“Sampai hati kau kata aku puteri katak? Aku manusia tauu..cam kau”

“Ala shayang busyuk busyuk…aku gurau je lah..jangan ambik hati lak ek tapi aku bitau kau ni sebab kau memang bertuah dapat menari dengan dia.”

“Yela tuh..tuah apa yang aku boleh dapat? Nasib baik aku tak malukan diri sendiri tau kalau tak mana aku nak letak muka comel aku nieh” Tanya Diana ingin tahu.

“Kau akan dapat hadiah misteri…hahahahah” Syuhada sudah mula dengan loyar buruknya itu. Hampeh tol!!

“Adoi..sakitlah..brutal la kau nih..betol la apa aku cakap kau akan dapat hadiah misteri jap lagi” jerit Syuhada bila di kepalanya disekeh oleh Diana.

“Memang la..tu hadiah aku punyer yer..kau tak akan dapat”

“Mana aci..aku tak kira..nak jugakk..kita kongsi..”

“Aciii…acii..buka pintuu…” Diana sengaja mahu menyakitkan hati Syuhada.

“Kau kan dah dapat Saiful..bagi la kat aku hadiah tu” Ops..terlajak kata la pulak…harap-harap Diana tak bertanya..huhu..

“Apa? Aku dapat Saiful?? Asal kau cakap camtu yerk??? Ada benda yang aku tak tahu ke??” Diana mengesyaki Syuhada ada menyembunyikan perkara yang tidak diketahuinya.

“Jangan kau bitau aku yang tadi tu adalah rancangan kau??”

“Eh mana ada” Bohong sunat asalkan dapat tolong kawan.

“Yela tuh..ni asal gelabah semacam jerk??? Kau tipu aku yerk??” Serkap Diana.

“Takkk..weh diam-diam..diorang dah nak umum apa hadiah misteri tuh” Fuh..lega..Syuhada menarik nafas lega bila dapat mengelak dari soalan-soalan yang boleh menjeratkan dirinya. Nasib baik diorang umum tepat pada masanya.

“Pandai la kauuu..takpe..takpe..banyak masa lagi..aku akan korek..” kata Diana tanpa putus asa sebab dia dapat merasakan kawannya menyembunyikan sesuatu.

“Hadiah misteri yang ditawarkan adalah Kamera digital bagi setiap orang dan orang yang bertuah itu adalah Nur Diana Amira dan Saiful Azim. Dipersilakan pasangan yang cukup ideal pada malam ini ke pentas untuk menerima hadiah masing-masing.”

Dengan pengumuman itu tamatlah sudah acara makan malam tersebut. Mereka beriringan naik ke pentas dan menerima hadiah masing-masing. Diana tersenyum simpul. Ini adalah kenangan paling manis dalam hidupnya.

“Nur Diana, sudi bergambar dengan saya tak?” Saiful bertanya kepadaku semasa kami berjalan menuju ke meja masing-masing.

“Please Diana” Belum sempat aku membuka mulut Saiful terlebih dahulu merayu. Aku lemah bila bab-bab merayu-rayu nih. Aku hanya mengangguk bersetuju.

“Thanks…jap lagi tunggu saya yer” katanya sambil mengenyitkan mata.

“Iya”

Aku telah sampai ke meja ku namun aku dapat rasakan sepasang mata memandangku. Aku tahu itu Saiful Azim. Rupanya mejanya bertentangan dengan mejaku dan Saiful juga duduk bertentangan denganku membuatkan aku tertunduk malu.

“Eh..Saiful pandang kau lah..wei..asal malu-malu pulak nieh..?? ” Syuhada sudah mula mengusikku bila menyedari Saiful memandang ke meja kami.

“Ish..mana ada..dia pandang kau lah..kau kan lagi cantik dari aku..” Aku menafikan.

“Memang la aku lagi cantik dari kau tapi aku ada Abdul Hadi..mana aku nak campak dia nanti” Perasaan pulak kawan aku nieh..huhuhu..tetapi Syuhada memang cantik pun, patut sangat la si Hadi tu ‘booking’ awal-awal takut kekasihnya disambar sang Helang. Abdul Hadi tu tunangnya. Mereka bakal berkahwin tahun hadapan.

“Perasan lak kau..puji sikit dah naik tocang..huhu”

“Hehehe” Syuhada hanya tersengih mendengar kata-kataku itu.

“Ada..Saiful ajak aku bergambar jap agi..kau teman aku yer??” Diana mengajak temannya.

“Dia ajak kau lah..bukan ajak aku? Tak nak lah”

“Ala Ada…please…kau kan kawan aku..aku malulah..takkan nak bergambar berdua dengan dia kut” Diana memang malu bila berdepan dengan Saiful Azim. Semacam ada perasaan lain yang bertandang di hatinya.

“Apsal pulak tak boleh? Atau kau malu yer?? Jangan kau cakap kau jatuh hati sudah..Saiful tu kacak, smart, ada kelasss dan dot dot dot”

“Oit mak datuk nenek…banyak pulak kau bercakap yer..aku suruh kau jawab boleh ke tidak aja tau..yang kau pulak melencong entah ke mana-mana entah..betul-betul mak datuk nenek ar kau nieh..pot pet pot pet” Leterku pula.

“Kau yang banyak cakap..bukan akuuu” Jawab Syuhada tidak mahu mengalah.

“Ok..ok..last aku tanya..kau nak temankan aku atau tidak nie??” Tanyaku sekali lagi separuh memujuk kerana tidak mahu memanjangkan pergaduhan mulut antara kami. Kalau diteruskan sampai ke pagi pun takkan selesai kalau melayan si Syuhada yang mulutnya tak reti diam.

“Ok” Balas Syuhada.

“Haa..kalau dari tadi kau jawab camtu kan baik..ni tak, membebel je lebih..isi zeroOO..orang tanya lain dijawabnya lain”

“Dengan kau aja aku cakap banyak”

“Jom, kita tunggu kat luar” Ajak Diana.

“Okey”

Kami berjalan menuju keluar dan ternampak Saiful Azim sedang menanti dengan senyuman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience