BAB 10

Romance Completed 5052

Tiga malam berturut-turut Diana membuat solat sunat Istikharah dan selama itu juga dia dan Saiful tidak berhubung. Dia mahukan ruang untuk berfikir lagipun Saiful juga menyarankan perkara yang sama dengan Syuhada. Saiful juga menyuruhnya membuat pilihan. Namun selepas tiga malam dia tidak mengalami mimpi mengenai Saiful malah hatinya juga sudah rasakan makin jauh dari Saiful Azim.

Adakah ini petunjuk bahawa Saiful bukan jodohnya?? Diana sudah ada jawapan pada pilihannya. Dia nekad kerana dia percaya jodoh pertemuan ajal maut ditentukan Tuhan. Mungkin ujian ini dapat mematangkan dirinya dalam membuat pilihan dalam menentukan jodoh. Dia dengan Saiful hanya ditakdirkan untuk bertemu seketika dan berpisah bila sampai waktunya. Kasih sayang mereka hanya sementara. Pertemuan dengan Saiful adalah satu anugerah tetapi mungkin kami hanya layak sebagai kawan dan dia bukan jodoh yang ditentukan Tuhan untukku. Aku pasrah. Terima kasih Tuhan untuk semula kekecewaan dan kesilapan yang Engkau berikan, akan ku jadikan ia sebagai kesilapan terindah buat ku meniti hari mendatang dengan penuh tabah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience