Part 4

Drama Series 12174

Jam 5.00 pagi, penggera telefon Amilia berdering menandakan dia perlu bangun untuk mendirikan solat subuh. Dia menggeliat malas tetapi dalam hatinya berfikir dia perlu menunaikan perkara wajib itu tepat pada masanya. Dia bingkas bangun dari katil dan terus menuju ke bagasi nya dan menggapai tuala terus ke bilik air untuk membersihkan diri. Beberapa minit kemudian,dia selesai mandi dan terus menunaikan solat subuh.

Selesai saja memberi salam kedua, dia terus berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, jika ini benar ketentuan yang telah Engkau takdirkan untuk hambaMu ini, aku terima dengan hati yang terbuka. Kau berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi segala rintangan dan cabaran yang akan mendatang kerana sesungguhnya kuasa hambaMu ini seorang yang lemah dan terbatas Ya Allah. Aku memohon pertolongan Mu Ya Allah. Aaminn.. Aaminn ya rabbal Alamin. "

Amilia mengaminkan doa justeru selepas itu, dia terus melipat telekung dan sejadah yang digunakan tadi.Kemudian, dia terfikir sesuatu.

"budak SPM tu dah bangun ke belum nih?" Solat subuh pun dah nak dekat habis nih" ujar Amilia.

Amilia tanpa berfikir panjang mengambil tuala nya lalu dia menutup rambutnya yang ikal mayang itu, terus ke bilik sebelah nya. Sampai di depan pintu, dia mengetuk pintu BILIK Azfar.

"Azfar. Azfar!" Amilia mengetuk pintu bilik Azfar.

Dari dalam, Azfar yang sedang enak tidur itu terjaga tatkala terdengar bunyi ketukan dari luar. Dia dengan keadaan malas, bangun dan membuka pintu lalu kembali semula ke katilnya dan menyelimutkan dirinya semula.

Amilia masuk ke bilik Azfar setelah pintu dibuka dari dalam. Masuk-masuk sahaja Amilia memeluk tubuh kerana kesejukan.

"mak aii, mamat nih, duduk dekat salji ke apa ni? Sejuk gila doo!! Kulit apa ha mamat nih?" kata Amilia dalam hati.

"ehhh, bangunlah. Pergi solat subuh, waktu dah nak habis nih." ujar Amilia sambil menarik selimut Azfar.

Azfar hanya mengiyakan kata-kata Amilia tetapi sedikit pun tiada tanda untuk dia bangun. Amilia geram dengan perangai Azfar itu lalu dia pergi ke telinga Azfar lalu mengucap dua kalimah syahadah.Azfar terus bangun.

"woi, kau ingat aku nak mati ke apa,mengucap dua kalimah syahadah kat telinga aku?" marah Azfar.

"yela,selalunya orang yang liat nak bangun subuh ni, dah nak mati la kan?" ujar Amilia tenang.

"aihh, kau minta sangat ke aku mati? Baru kau puas? Tak payah jadi bini aku dah?"kata Azfar lagi.

" kalau ditakdirkan saya jadi janda sebab awak dah mati, saya redo dengan takdir Allah. "jawab Amilia.

" ciss, menjawab je kerja kau! "kata Azfar lalu turun dari katil berlalu untuk mandi dan solat subuh. Amilia yang masih berada di situ hanya melihat Azfar yang sudah berlalu masuk ke dalam bilik air.

" nasib kau lah dapat suami umur bawah kau Amilia. "kata Amilia dengan nada pasrah. Setelah dirasakan agak lama dia duduk di bilik itu, dia pun bercadang untuk keluar tetapi tiba-tiba terdengar Azfar bersuara.

" oii, nanti lepas sarapan kau jangan kacau aku tidur dah!"kata Azfar yang berada dalam bilik air itu.

" ehh, tak pergi sekolah ke? "tanya Amilia.

" wahai isteriku sayang, harini Sabtu, cuti! Kau merapu apa nak pergi sekolah? "kata Azfar lagi.

" Ya Allah, aku terlupa harini Sabtu, cuti!! "kata Amilia lalu mengetuk kepalanya perlahan.

" la, asal tak ketuk kepala tu kuat lagi? Biar kena gegaran otak baru tau! "kata Azfar yang sudah berbaju yang berada di depan mata Amilia.

" ishh yela, saya turun kejap, buat sarapan. Nanti dah siap saya panggil. "ujar Amilia ingin berlalu keluar dari bilik Azfar tetapi lengan dipegang Azfar.

" nak apa? "tanya Amilia lalu memandang Azfar.

" tak payah cover rambut kau tuh! Kau dan aku bukannya haram pun! Dah jadi bini aku dah! "ujar Azfar menyebabkan Amilia kaku dan terpampang..

"hurm.yela."jawab Amilia pendek.

Di dapur, Amilia mengepit rambutnya dan memulakan aktiviti memasak. Apa yang dijumpainya di dalam rumah ini, hanya Maggi sahaja, At the end, Amilia terfikir hanya mahu membuat Maggi Goreng sahaja. Lalu dia pun mula memasak Maggi goreng.

Setelah siap, Amilia pergi ke bilik Azfar dan memanggilnya makan. Beberapa minit kemudian, Azfar pun pergi ke meja makan dan duduk di situ.Maggi goreng yang telah dicedok Amilia tadi ke dalam pinggan terus dimasukkan ke dalam mulut, setelah selesai dia membaca doa tadi.

"kau masak Maggi je?" tanya Azfar.

"ermm. Memang rumah awak ni, ada makanan untuk dimasak." jawab Amilia pula.

Azfar baru teringat bahawa sebelum ini, dia duduk seorang di rumah ini dan sering makan di rumah mamanya jika waktu cuti begini. Dia merenung Amilia yang tengah makan. Amilia melihat Azfar yang merenungnya.

" Haa, kau nak apa? Jangan sampai aku cucuk kau dengan garfu nih" kata Amilia kerana seram dengan pandangan Azfar.

"cehh,nak tengok isteri sendiri pun tak boleh?karang kalau tengok perempuan lain kau juga yang dosa." jawab Azfar pula.

"cis, aku bunuh juga budak ni" kata Amilia dalam hati.

"tapi kau cantik bila rambut kau lepas macam tu" ujar Azfar.

Amilia yang mendengar itu, terus memerah mukanya kerana tadi dia mengepit rambutnya semasa memasak tapi setelah selesai, dia melepaskan rambutnya kerana di rumah sewa dia sudah terbiasa berbuat sedimikian.

"uish, baru dipuji sikit, muka dah merah kalah tomato."ujar Azfar.

Amilia yang malu terus bersuara.

" ehh, kau bawah umur lagi tau.Tumpuan kau perlu pada pelajaran dulu.dahlah tahun ni awak tu SPM."kata Amilia untuk mengubah topik.

" so, did you want to deal with me? "Tanya Azfar sambil mengangkat kening.

" deal about what? "tanya Amilia sambil menggaru kepalanya.

" if I get excellent result, you will do anything for me? "kata Azfar mendekatkan mukanya dengan Amilia.

" it was useless deal you know??"kata Amilia lalu bangun dari meja makan.Azfar menarik tangan Amilia untuk duduk semula.

"so,what do you want?" Tanya Azfar menggoda.

Amilia terkedu. Weyhh, kau baru 17 tahun kot, tapi kenapa kau pandai nak goda orang nih? Heart, please be nice to me, jangan bagi aku senang jatuh cinta dengan budak Azfar nih. Dahla kau dengan dia cikgu dengan pelajar. Plus you are 20 years meanwhile he only 17 years old. What the? I can't do this!!"ujar hati Amilia.

Amilia bangun dari duduk lalu menepis tangan Azfar yang memegang pergelangan tangannya.

" I just want to deal, if you get the worst result and tak pernah nak menyenangkan hati cikgu lain di sekolah I will make sure you will never get what you want!!" kata Amilia lagi.

Azfar diam seketika. Amilia yang sudah berlalu pergi ke biliknya hanya mampu menahan malu disebabkan kata-kata Azfar yang satu tadi.

" dia ni betul-betul budak ke apa ni? Kenapa dia pandai nak buat hati aku ni sayang dekat dia kali ni, padahal selama ni kerja dia asyik buat benda yang menyakitkan dan memalukan aku jer sebagai guru kelas dia." ujar Amilia dalam hati.

"Aishh, Amilia kau tak boleh jatuh cinta dengan dia, sebab kau dengan dia berbeza, macam langit dengan bumi, dia perlu ada masa depan yang cerah dengan orang lain. Dia dengan aku kahwin cuma sebab nak jaga maruah kami berdua je. Kau dengan dia pasti akan berpisah juga suatu hari nanti."kata Amilia dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience