Part 1

Drama Series 12174

"Amilia,bangun!!! Kau tak pergi kerja ke? Dah pukul 7.30 ni..!!!!" ujar Aina yang merupakan housemate kepada Amilia.

"what? Jam 7.30?biar betul kau ni aina?" Amilia yang berbaring tadi terus bangun lalu mencapai tuala yang tersangkut di penyidai.

"yela, aku cakap benda betul ni" kata Aina lagi sambil menunjukkan jam yang ada pada meja kabinet bilik Amilia.

"ya Allah, macam mana aku boleh terlewat bangun ni?"

"haa, tula kau, semalam layan drama korea kau tu sampai tak ingat dunia? Ingat aku tak tahu kau tidur pukul berapa semalam?" marah Aina.

"ishh, dahla merepek dekat aku!! Kau tu, pergi siap nanti kang kalau aku dah siap, kau tak siap aku tinggalkan jer kau. Pandai lah kau pergi kerja sendiri." laung Amilia dari dalam bilik air.

"aihh, ni ker kawan? Sanggup kau nak tinggalkan aku, dahla aku yang kejut kau ni, suka hati dia ja nak tinggalkan aku? Kurang ajar punya member." kata Aina dalam hati.

Beberapa minit kemudian, Amilia keluar dari bilik mandi.Kemudian dia mengenakan baju yang bersesuaian dan memakai tudung bawal berwarna biru perlahan. SIAPPP!!! Setelah selesai, Amilia turun dan bersarapan bersama Aina.

" aina, dah jom pergi sekolah.harini ada perhimpunan rasmi kan?" kata Amilia lalu menyambar kunci kereta di atas meja.

"haah. Jom." jawab Aina sepatah.

Sampai di sekolah, Amilia dan Aina terus ke bilik guru dan meletakkan barang di meja mereka lantas berlalu ke dataran perhimpunan.

Di sana, setiap guru kelas perlu memastikan yang semua pelajar sudah berada di situ sebelum perhimpunan dijalankan.

"Azhan, Azfar dan kawan-kawan dia mana?" tanya Amilia kepada seorang pelajar kelasnya.

"saya tak tahu cikgu." jawab Azhan menggelengkan kepala.

Aina yang merupakan guru kelas 5 Cergas memandang Amilia sekilas, setelah selesai mengambil kedatangan kelasnya, terus pergi ke arah Amilia yang agak geram tu.

"asal kau nih? Pagi pagi dah buat muka macam tu." tanya Aina.

"haihh, ni la Aina, aku paling malas nak jadi guru kelas nihh. Kalau anak murid buat hal, guru kelas yang kena.Budak ni, dah nak SPM pun suka buat masalah dengan aku. Tak berkat ilmu yang aku ajar kat dia baru tahu." marah Amilia.

Belum sempat Amilia ingin mencari Azfar tiba-tiba pengumuman dibuat di depan perhimpunan.

" perhatian kepada Cikgu Nurlaila Amilia, sila datang ke bilik disiplin sekarang! Sekian terima kasih! "

" kau tengok aina, ni mesti si Azfar ni kena tangkap buat hal disiplin dengan Encik Ahmad nih. Kalau tak takkan lah aku kena panggil sekarang nih!" kata Amilia dengan nada yang pasrah.

" tabahlah beb!pergilah nanti tak pasal-pasal pulak nama kau naik lagi, bertambah malu kau! "ujar Aina lagi.

Amilia yang pasrah itu, hanya berlalu pergi ke bilik disiplin. Sampai di hadapan pintu, Amilia mengetuk pintu dahulu, dan setelah dapat kebenaran untuk masuk, dia terus masuk ke dalam bilik disiplin dan tersembul wajah Azfar and The Gang.

"cikgu Laila, tau tak kenapa saya panggil awak ke sini?" ujar Encik Ahmad merangkap cikgu disiplin di sekolah itu.

"tak lain tak bukan pasal diorang ni la kan cikgu?" jawab Amilia berhati-hati.

"ye.Setiap kali saya meronda pasti akan menangkap pelajar kelas awak yang selalu buat salah laku disiplin." katanya guru tersebut lagi.

"saya minta maaf cikgu." kata Amilia lagi.

Agak lama juga mereka berada di dalam bilik disiplin itu. Setelah selesai, mereka keluar.

Amilia geram lalu berkata kepada Azfar.

"awak ni, kalau tak menyusahkan cikgu sehari tak boleh ke?" kata Amilia kepada Azfar.

"hishh, saya tak pernah nak menyusahkan cikgu, tapi kenapa cikgu yang asyik nak sibuk pasal hal saya?" kata Azfar bersahaja sambil tangan diletakkan di poket seluarnya.

"ehh, sedar sikit, awak cakap dengan siapa ni? Saya ni cikgu awak tau!" ujar Amilia sambil memandang tajam ke arah Azfar.

"ye, saya tau awak tu cikgu saya. Tapi even awak tu cikgu saya, tolong jangan nak sibuk hal saya ye?" kata Azfar lagi dengan suara yang mendatar lalu pergi dari situ.

Amilia cengang.

"kurang ajar betul la budak ni, aku ni dah la cikgu dia. Aku harap sangat lepas ni, aku tak akan hadap dia dah tahun depan.menyusahkan orang je tau." kata Amilia lalu pergi dari situ.

_bersambung_

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience