Part 2

Drama Series 12174

"so macam mana tadi lia?" tanya Aina setelah Amilia sampai di perhimpunan.

"macam tu lah.." jawab Amilia sepatah.

"aih, nampak sangat la budak tu memang suka menyusahkan kau kan?" tanya Aina lagi.

"hah, memang, aku harap lepas dia habis SPM ni, aku tak nak jumpa dia dah, aku stress menghadap dia." kata Amilia lagi.

"hahh!! Kau cakap la macam tu, nanti kau kahwin dengan dia nanti baru kau tau." kata Aina lagi yang menyebabkan air muka Amilia berubah.

"ish, kau nih aku tampar satgi perempuan!!" kata Amilia sambil menunjuk lima jari kepada Aina.

"aku gurau je kot dooo!! Janganlah ambil serius sangat!!" jawab Aina sambil menjauhkan diri dari Amilia.

Cikgu yang berada berdekatan dengan mereka pun tertawa kecil melihat gelagat mereka.Aina yang melihat hanya menunduk malu kepada guru tersebut.

Habis perhimpunan, Amilia masuk ke kelas 5 Amanah, kerana sekarang merupakan mata pelajaran Bahasa Melayu.Sedang dia asyik mengajar, matanya meliar melihat ke arah Azfar yang sudah terbaring di atas mejanya di belakang.

"Muhammad Azfar Syahmi!!!" jerit Amilia tetapi langsung tidak dihiraukan oleh Azfar.

Amilia yang hilang sabar terus ke arah meja Azfar. Dia mengetuk meja Azfar dan setelah itu baru nampak reaksi budak itu.Dia mengesat matanya lalu memandang Amilia yang berada di sebelah mejanya.

"siapa suruh awak tidur dalam kelas cikgu?" tanya Amilia kepada Azfar yang sedang mamai itu.

"tak tau, mungkin kelas cikgu ni, kelas paling bosan yang pernah saya masuk!! Jadinya saya tidur laa, salah ker?" jawab Azfar tanpa memikirkan perasaan cikgu yang berada di hadapannya itu.

"kamu bangun sekarang!! Ikut sayaa!!" tengking Amilia dengan muka yang agak tegang tambah geram.

Azfar yang berhati batu itu hanya membiarkan apa yang dipinta gurunya itu berlalu bagaikan angin. Beberapa minit Amilia menunggu tindak balas Azfar tapi tiada apa yang bakal dibuat lelaki itu jadinya dia terus keluar dari kelas dan menuju ke arah bilik guru disiplin.

Apabila sampai dia mengetuk pintu dan setelah diberi keizinan untuk masuk, dia terus masuk.

"Haa, ada apa ni cikgu Laila?" tanya Encik Ahmad yang sedang menulis sesuatu dia dalam kelas.

"assalamualaikum cikgu, saya nak mintak cikgu datang ke kelas saya 5 Amanah sekarang boleh cikgu?" tanya Amilia terus terang.

"wa..waalaikumsalam. Haa kenapa pulak kali ni Laila?" tanya Encik Ahmad lagi.

"saya dah tak tahan cikgu, sekarang ni saya nak mintak tolong cikgu untuk beri amaran pada pelajar yang bernama Azfar tu.Dia langsung tak hormatkan saya sebagai guru dia. Selalu buat hal, selalu tidur dalam kelas dan macam macam lagi la." terang Amilia satu persatu.

" ermmm, dah selalu sangat saya dengar pasal budak Azfar ni, Takpa cikgu, sekejap lagi saya pergi ke kelas awak ye? "kata Encik Ahmad lalu menutup pen yang digunakan tadi dan bangun dari tempat duduknya.

" terima kasih cikgu."kata Amilia lalu keluar dari bilik disiplin dan diikuti dengan Encik Ahmad di belakangnya.

Sampai di hadapan kelas, semua pelajar bangun untuk memberikan salam kepada guru disiplin mereka itu.

Azfar POV
" Dah agak dah, cikgu ni pergi panggil cikgu disiplin nih, kan bagus kalau aku lari jer tadi.!!"
End of POV

"Muhammad Azfar Syahmi, bangun sekarang!!!!!!!!" laung Encik Ahmad sambil memegang rotan di tangannya.

Azfar yang tau akan nasibnya lepas ni, hanya bangun dan melangkah ke hadapan kelas. Dia melirik pandang ke arah Amilia kemudian bergerak ke arah Encik Ahmad.

" mari kita bercakap kat bilik saya, cikgu Laila, awak boleh sambung pengajaran nih" kata Encik Ahmad lalu keluar dari kelas bersama Azfar.

"dah lama dah saya diamkan je perkara ni, dah banyak cikgu yang complaint pasal perangai awak dalam kelas! Saya tau awak ni anak orang berada, tapi ingat sikit awak tu dah nak SPM tahun nihh, tolong lahhh fikir masa depan awak kelak!!" bebel Encik Ahmad panjang kepada Azfar.

Tapi Azfar bagaikan tidak ambil kisah akan apa yang diperkatakan oleh cikgu itu.

" Azfar!! Kamu dengar tak apa saya cakap ni!?"kata Encik Ahmad lagi.

" takk"jawab Azfar sepatah.

Encik Ahmad berasa geram dengan perangai Azfar lalu dia berbuat keputusan.

"Azfar, saya akan beri awak hukuman. Tiga kali rotan di punggung dan awak kena bersihkan tandas sekolah selama 5 hari berturut-turut tanpa selang sehari.!!!" ucap Encik Ahmad tanpa berfikir panjang.

"apa dia cikgu?" tanya Azfar lagi.

"TAK ADA ALASAN LAGI, BUAT SAHAJA APA YANG AWAK DIPERINTAHKAN!!! MUKTAMAD!!"

Sampai begitu sekali dia diberikan hukuman sebegitu. Hatinya mula panas, didalam kepalanya teringat akan cikgu kelas nya itu.

"siap kau Laila Najwa!!! Kau tak kenal aku lagi siapa!!" ucap Azfar dalam hati.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Waktu malam, Amilia pergi ke 7eleven untuk membeli sedikit barang untuk makan kerana dia berasa lapar pada malam itu. Selepas dia selesai membeli, dia keluar dari kedai itu tetapi ada orang yang telah menariknya ke suatu tempat yang gelap dan tiada orang! Siapa yang berbuat demikian padanya!

Dalam samar kegelapan itu, Amilia nampak sekujur tubuh badan yang macam dikenalinya tetapi dia kurang pasti sehinggalah orang itu mula bercakap.

"kau!!kau lah sebab aku kena denda dengan cikgu disiplin!!"

"Azfar!!!!!!" satu nama yang keluar dari mulut Amilia.

"kau tak kenal lagi aku siapa cikgu, kau jangan nak cari pasal dengan aku! Tapi kau dah cari nahas sekarang nih! Kau takkan terlepas.!!!" kata Azfar lagi dengan pandangan yang tajam.

Amilia pada waktu itu ingin menangis pun ada, tapi dia sendiri buntu untuk berbuat bagaimana, tetapi belum sempat Azfar mencederakan Amilia tiba-tiba

"kami dari jabatan agama islam, boleh saya mintak sijil nikah awak berdua?"

"kami tak buat apa-apa pun encik, saya dengan dia hanya sekadar pelajar dan cikgu je" kata Amilia ingin membela diri.

"tapi cik pun tau, dalam islam, berdosa lelaki dan perempuan yang bukan mahram duduk berduaan dengan tempat sunyi macam ni.Jalan penyelesaiannya encik berdua kahwin sahaja."kata salah seorang dari JAIS itu.

" lagipun takkan la cikgu dengan pelajar nak pergi tempat gelap macam ni"kata salah seorang dari mereka lagi.

"betul encik, kami ni cuma status kan cikgu dan pelajar je" kata Amilia lagi separuh merayu.

"Takpa cik, mari pergi ke pejabat, kita selesaikan dekat sana, dan awak berdua mesti telefon ibu bapa awak berdua." kata mereka lagi.

Amilia sudah pasrah hendak berkata apa lagi, dia rasakan kehidupan dia jadi gelap selepas berlaku insiden sebegini. Dia mula terasa mahu menangis tapi ditahan.

Dia dan Azfar dibawa ke pejabat agama.

_bersambung_

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience