Part 8

Drama Series 12174

Amilia selesai melakukan pekerjaannya di dapur dan dibantu oleh Mak Kiah. Kemudian, dia kembali semula ke dalam bilik untuk melihat keadaan Azfar.Sampai sahaja, dia menarik tuala yang dia gunakan untuk mengurangkan panas Azfar. Dia cuba memegang dahi Azfar. Terasa panas badan lelaki itu sudah reda sedikit.Dia meletakkan lagi tuala basah itu di dahi lelaki itu semula. Dia berlalu keluar tetapi Azfar laju memegang tangannya.

"ye, kenapa?saya nak masak bubur untuk awak ni." kata Amilia dan duduk di birai katil yang menempatkan Azfar.

"kau jagalah aku, jangan lah pergi mana-mana lagi." kata Azfar dengan nada suara yang lemah.

"saya nak masak untuk awak kejap,nanti saya datang balik bawak kan makanan untuk awak." kata Amilia dengan nada yang lembut.

"hurmm.." Azfar hanya mengeluh perlahan lalu berpaling ke arah bertentangan dengan Amilia.

Amilia keluar dari bilik untuk menyiapkan makanan untuk Azfar. Dia merasakan kemanjaan Azfar makin menjadi-jadi setelah dia demam. Dia teringat akan kata-kata ibu mertuanya semasa sarapan pagi tadi.

"haihh, nasib kau laa Laila Amilia dapat suami manja time sakit ni." kata Amilia dalam hati dan terus berlalu untuk memasak bubur untuk diberikan kepada Azfar sebelum menelan ubat.

Setelah siap memasak bubur, Amilia masuk semula ke dalam bilik dengan menatang dulang berisi bubur dan secawan milo berserta dengan secawan air masak dan ubat.

"awak, bangun makan bubur." kata Amilia perlahan sambil mengusap perlahan rambut Azfar yang agak serabai itu.

"hurmm." Azfar hanya mengeluh perlahan.

"awak, bangun, makan sikit je, nanti nak makan ubat lagi, kalau tak bila nak sihatnye?" kata Amilia lagi.

"yela, aku bangun." Azfar cuba bangun dari pembaringannya. Amilia menyuap satu persatu ke mulut Azfar dengan hati-hati. Azfar melihat saja perlakuan Amilia yang menyuap makanan kepadanya tanpa berkedip sedikit pun.

"tengok saya macam tu kenapa?" tanya Amilia pelik.

"sayang juga kau kat aku kan?" tanya Azfar dengan suara yang agak serak.

"haihh, siapa tak sayang suami?" Amilia yang tersedar dia sudah terlepas cakap itu, pantas membulatkan mata dan menekup mulutnya. Apa aku cakap ni!!!!!!. Azfar tersenyum mendengar pengakuan Amilia sebentar tadi.

"ehh, arrr..makan ni sampai habis, lepas tu makan ubat tu, biar cepat sihat. Takde saya susah-susah nak jaga awak macam ni." kata Amilia tanpa memandang anak mata Azfar.

"like always, change the subject is your strength right dear?" Azfar berkata sambil mengoles lembut pipi Amilia.

"Ehh, mana ada laa.. Makan ni sampai habis cepat, saya nak tolong Mak Kiah kat dapur tu." kata Amilia lagi.

"hahaha, lawak laa Nurlaila Amilia ni." ujar Azfar sambil tergelak kecil.

Setelah selesai menyuap makanan dan menyuruh Azfar makan ubat, Amilia terus berjalan ke dapur untuk membantu Mak Kiah di dapur. Nasib dia sudah makan tengahari bersama keluarga mertuanya tadi. Setelah selesai semua pekerjaan dia, dia masuk ke bilik dan membersihkan diri dan terus merebahkan diri di atas katil bersebelahan dengan Azfar. Akhirnya dia terlelap di situ.

Pada jam 3 pagi, Azfar terbangun dari tidur, dia melihat Amilia sedang lena dibuai mimpi di sebelahnya. Dia menyelak rambut Amilia yang ikal mayang itu dari menutupi wajah polos Amilia. Dia tersenyum merenung wajah Amilia. Dia mengusap perlahan pipi dan bibir Amilia perlahan kerana takut wanita itu terjaga akibat perbuatannya.

Tiba-tiba Amilia menggeliat perlahan dan memeluk tangan Azfar secara tiba-tiba dan berkata "Laila rindu along." Azfar terkejut tapi dia terdengar kata-kata Amilia walaupun agak perlahan. Azfar terdiam. Dia memeluk erat Amilia pula lalu akhirnya dia tertidur dalam keadaan memeluk Amilia dan Amilia menggenggam tangan Azfar.

Keesokan hari, Amilia tersedar dari tidurnya dan merasakan ada tangan yang memeluknya dia merasakan dia menggenggam tangan seseorang. Dia kemudian menoleh ke sebelah kirinya.Matanya membulat dan cuba meleraikan pegangannya tapi ketika dia ingin melepaskan tangan, tetapi dia merasakan pegangan lagi erat terhadap tangannya.

"Azfar, lepaskan tangan saya" kata Amilia cuba untuk meleraikan pegangan tersebut.

Azfar masih memegang tangan Amilia dengan erat tanpa bergerak sedikit pun.

"kalau aku tak nak lepas?" ujar Azfar pula.

"ishh, main-main la awak ni, lepaslah!!" marah Amilia.

"yela, aku lepas" ujar Azfar lalu melepaskan tangannya dari mengeratkan pegangan tangan Amilia.

Amilia bangun dan terus bangun mandi dan bersiap untuk membantu Mak Kiah menyediakan sarapan.

"Amilia, jom pergi rumah keluarga kau nak?" Tanya Azfar sambil memandang Amilia.

"Haa, pergi rumah keluarga saya?nak!!!!!"jawab Amilia dengan nada yang gembira.

" lepas sarapan kita pergi rumah keluarga kau, tapi nanti kita balik sini balik, nanti bila-bila cuti lagi kita tidur sana pulak eh?" kata Azfar perlahan.

" okay. "jawab Amilia dengan wajah yang masih gembira.

Skipp

Selepas sarapan, mereka bertolak ke rumah keluarga Amilia. Perjalanan kesana mengambil masa selama 30 minit. Tak lama Selepas itu, mereka sampai ke rumah keluarga Amilia.

" assalamualaikum ibu, ayah!!!Lia nihh.." laung Amilia dari luar rumah.

"waalaikumsalam, lia, syah. Ehh, kenapa datang tak bagitau ni?" ujar Encik Amran lalu menyalami tangan kedua anak dan menantunya itu.

"saja je, ibu mana?" Tanya Amilia.

"ada tu, dia tengah sembang dengan angah kamu, dia pun baru balik dari Sabah tu." kata Encik Amran kepada anak bongsunya itu.

"angah balik ke ayah? Nak pergi jumpa angah lahh!!" Amilia terus berlari masuk ke rumah setelah mendengar angahnya juga ada di rumah.

Azfar hanya melihat Amilia yang sudah berlari anak masuk kedalam rumah.

"Maaflah, Amilia tu kalau tau angah dia balik, memang macam tu." kata Encik Amran kepada menantunya itu.

"takpa ayah, semalam pun time tidur dia mengingau sebut nama along, Along dekat mana ayah?" ujar Azfar kepada bapa mertuanya.

"ermm.Lia tak cerita dengan Syah ke pasal along dia?" Tanya Encik Amran lagi.

"tak."

"hurm, nanti ayah cerita dekat Syah ya? Kita masuk dulu jumpa angah dia." kata Encik Amran.

-to be continued-

Comment plishh

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience