Part 3

Drama Series 12174

Amilia hanya mampu menangis selepas tiba di pejabat agama tersebut. Ibu dan bapa Amilia serta Azfar sudah dihubungi oleh pihak pejabat agama itu. Sekarang mereka hanya menunggu kehadiran kedua belah keluarga.

Azfar memandang Amilia yang masih menangis di sebelahnya itu. Kepalanya runsing bila perempuan itu masih menangis tanpa henti lalu dia pun berkata...

"cikgu, sudah lah menangis tu" ujar Azfar.

"awak takkan faham la apa saya rasa. Saya rasa makin meluat, makin benci, makin marah dekat awak. Saya tertanya kenapa lah orang macam awak ni, wujud kat dunia ni, cuma merosakkan harapan nusa bangsa ja." jawab Amilia panjang lebar.

"aku mana tau semua jadi macam ni, kau fikir aku nak ker semua ni jadi!!" marah Azfar.

"kau yang cari pasal sangat kenapa?" kata Amilia lagi. Dia tidak fikir sudah, terus berkau aku dengan Azfar walaupun sebelum ni, dia sering membahasakan dirinya saya awak dengan anak muridnya itu.

"shitt!!!fine yer, memang salah aku!!" ujar Azfar mengalah. Memang salah dia juga, kalau dia tak berbuat begitu kepada cikgunya itu, pasti ini semua takkan jadi.

Tak lama selepas itu, ibu bapa Amilia datang.

"Lia, kenapa ni? Apa yang jadi?" tanya bapa Amilia yang risau dengan keadaan anaknya itu.

"ibu, abah!! Maafkan lia!" tutur Amilia lalu memeluk kedua ibu bapanya.

Kemudian, ibu bapa Azfar pula tiba di sana.

"Syah, apa yang jadi ni?" tanya ibu kepada Azfar.

Azfar hanya melihat ibunya lalu berdiri tanpa berkata sepatah pun.Dia melihat ayahnya yang berada di sebelah ibunya yang sedang memandang tajam ke arahnya.

"Syah, apa yang jadi sebenarnya ni?cerita!" tanya ayahnya Azfar kepada dirinya.Azfar kembali duduk di tempatnya.

Setelah beberapa minit berdiam, mereka berdua cerita dari A hingga Z tentang apa yang terjadi. Baru kedua pihak ibu bapa mengerti apa yang terjadi.

"jadinya kita tak ada cara lain. Syah, kami nak kamu kahwin dengan Laila, even dia ni cikgu kamu, kamu tetap kena kahwin dengan dia untuk tidak memalukan kedua-dua pihak keluarga." tegas ayah Azfar yang bernama Azman itu.

Laila terkejut dengan keputusan keluarga Azfar itu, matanya membulat dalam keadaan yang masih menangis itu.

" t..ta..tapi encik, saya tak nak kahwin dengan Azfar."kata Amilia dengan kata yang terketar-ketar.

" tapi Lia, ini untuk kebaikan kita semua. Itu sahaja jalan yang kita ada"kata bapa Amilia pula yang bernama Amran.

Azfar yang dari tadi hanya diam terus bangun dari duduknya lalu,

"Syah setuju, syah akan kahwin dengan cikgu Laila."kata Azfar tanpa berfikir panjang.

"Azfar,are you crazy?" tanya Amilia.

"huh! Saya yang mulakan, saya akan tanggungjawab. So, sekarang tunggu jawapan cikgu je." kata Azfar sambil memandang tepat ke arah mata Amilia.

Lama juga Amilia berfikir kemudian,"baiklah, saya setuju." kata Amilia lalu memandang ibu bapanya silih berganti.Lalu Azfar dan Amilia dinikahkan di situ.

"Muhammad Azfar Syahmi bin Azman, aku nikahkan engkau dengan Nur Laila Amilia Binti Amran dengan mas kahwin sebanyak RM100 tunai.

" Aku terima nikahnya Nurlaila Amilia Binti Amran dengan mas kahwin sebanyak RM100 tunai! "

Dengan sekali lafaz, Amilia sah menjadi isteri kepada Azfar. Amilia mencium tangan Azfar lalu Azfar mencium dahi Amilia.

Setelah itu, mereka pun berangkat pulang. Di luar pejabat agama, Azfar berkata kepada Amilia.Amilia berkata sendirian.

"aku sah jadi isteri Muhammad Azfar Syahmi merangkap pelajar aku di sekolah. Apa lah nasib aku!" kata Amilia sambil melihat cincin yang beri disarungkan Azfar tadi. Air matanya kini mulai tumpah dari tubir matanya.

" dahla, cikgu  tak payah nangis arr benda dah jadi. Cikgu pun dah jadi isteri saya. "jawab Azfar yang baru sahaja berjalan di sebelah Amilia.

Cett...budak SPM ni, aku tampar baru tau!!

" cikgu, ikut saya balik.Saya duduk rumah tu seorang je. Saya ikut cikgu ambil baju kat rumah." kata Azfar.

"ha,Lia pergi balik ikut Azfar. Tempat Lia pun sekarang di sisi Azfar." kata ibu Amilia,Rosnah.

"tapi ibu, nanti Aina tanya macam mana?"terang Amilia.

" cakap kat dia berterus-terang, inshaAllah dia akan faham. "kata ibunya lagi.

Ibu bapa Azfar pula berkata.

" Syah, jaga anak dara orang elok-elok. Jangan buat perkara yang tak baik yang boleh hancurkan rumah tangga yang terbina ni. "kata ibu Azfar, Rohana.

" hurm, baik maa. "kata Azfar pendek.

Amilia pun pergi ke keretanya lalu memandu ke rumah sewanya bersama Aina.Masuk sahaja di rumah, dia terus menceritakan apa yang terjadi antaranya dan Azfar dan Aina mengerti tentang keadaan aku kala itu, jadi dia tak akan bertanya lebih-lebih sehingga keadaan reda.

Amilia terus mengambil bagasinya dan masukkan baju nya ke dalam bagasi tersebut. Dia kemudian, pergi ke keretanya lalu meletakkan begnya di seat belakang. Dia melihat Azfar yang masih setia menunggu di depan rumahnya lalu dia pun memulakan perjalanan ke rumah Azfar yang bakal didudukinya kini.

Sampai sahaja di rumah Azfar, Amilia menghentikan enjin keretanya lalu keluar dari kereta.Azfar membuka pintu rumah lalu masuk tapi dia merasakan Amilia yang tak masuk ke dalam, dia terus ke muka pintu semula lalu berkata..

"Puan Laila, tak nak masuk ker? Ke nak tidur luar?" kata Azfar yang berada di muka pintu itu.

"ishh, yela, saya masuklah nih." kata Amilia lalu menarik bagasinya masuk ke rumah. Dia mengikut Azfar dari belakang.Sampai di satu bilik, Azfar memandang Amilia.

"ni bilik kau.tengoklah dulu, kalau ada masalah bagi tau aku." kata Azfar.

"tapi....."

"tapi apa?kau nak duduk sebilik dengan aku ker? Kalau nak jom!" kata Azfar dengan pandangan yang nakal.

"ishh, gatal betul, sedar sikit diri tu nak SPM tahun nih" kata Amilia lagi.

Azfar tergelak dengan kata-kata Amilia lalu dia pun berlalu ke biliknya yang berada di sebelah bilik Amilia.Dia masuk kemudian terus menutup pintu biliknya dan dikunci.Amilia yang mendengar pintu bilik dikunci mula terfikir.

"risau aku masuk bilik dia la tu" kata Amilia dalam hati. Tapi sesungguhnya hati dia sikit pun tak teringin nak satu bilik dengan lelaki yang satu itu. Rasa menyampah saja yang wujud kala ini.

Dia membuka tudung lalu meletakkan di penyangkut yang sudah tersedia. Dia kemudian membenamkan mukanya di katil.

"aihh, mulut kau Aina memang masin, aku tak sangka aku betul-betul kahwin dengan mamat sengal ni."

Sedang dia asyik berfikir itu, akhirnya mata nya layu dan terus tidur.

_bersambung_

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience