Part 7

Drama Series 12174

Di meja makan, Azfar dan Amilia duduk bersebelahan manakala Puan Rohana berhadapan dengan Azfar dan Encik Azman berada di pertengahan Puan Rohana dan Azfar.

"kamu duduk berapa hari ni?"  tanya Encik Azman sambil mengambil asam pedas ikan pari yang berada di dalam mangkuk.

"kami duduk sini 3 hari aja papa" jawab Azfar sambil menyuapkan nasi ke mulutnya.

"ouhh, bagus la macam tu.!Laila jangan malu-malu duduk sini okay? Buat macam rumah sendiri okay?" kata Encik Azman.

"InshaAllah papa."kata Amilia sambil senyum terukir di bibir.

Selesai makan, Azfar masuk ke bilik manakala Amilia pergi ke dapur dan membantu ibu mertuanya membersihkan meja makan. Kemudian, dia berlaku ke bilik Azfar. Masuk sahaja di dalam bilik, kelihatan Azfar sedang bermain dengan telefon bimbitnya. Amilia pula membuka tudung yang dipakai dan diletakkan di dalam bakul kain kotor yang tersedia di situ.Dia membuka ikatan rambutnya yang paras pinggang itu  dibiarkan lepas dan berlalu ke arah beg pakaian dan mengambil tuala dan baju sebelum bergerak masuk ke bilik air. Pandangan yang diberikan oleh Azfar dibiarkan begitu saja.

Setelah beberapa minit, Amilia keluar dengan berpakaian dan tuala di sangkutkan di tempat yang tersedia. Kakinya melangkah ke arah Azfar yang masih fokus dengan telefon di tangannya.

"Azfar, awak dah mandi belum?" tanya Amilia sambil duduk di birai katil.

Azfar hanya diam dan matanya masih fokus dengan telefon di tangan. Amilia diam dan memerhati gelagat Azfar.

"Muhammad Azfar Syahmi, awak dah mandi belum?" suara Amilia sedikit meninggi.

"hurmm, belum, sekejap lagi aku mandi la. Aku nak main game ni kejap." jawab Azfar dan masih meneruskan aktiviti nya.

"awak pergilah mandi dulu, sekejap lagi boleh sambung main." ujar Amilia.

"kejap, aku nak habiskan sikit lagi, sikit je lagi ni." jawab Azfar lagi.

Amilia geram dengan Azfar lalu dia cuba mengambil handphone di tangan Azfar,dan dapat! Tapi Amilia pula tak tersengaja terjatuh di atas dada Azfar. Dan mata bertentang mata dan Azfar mula memandang Amilia tanpa berkelip kerana dia merasakan Amilia sangat cantik dengan rambut dilepaskan setelah mandi itu, dia juga tergoda dengan bau haruman wangi daripada Amilia. Azfar mendekatkan diri dengan Amilia, dia menghidu wangian dari Amilia.

"kau nak goda aku ke?" tanya Azfar sambil tangannya bermain dengan pipi mulus Amilia dan hidungnya membau haruman rambut Amilia.

"errr" Amilia kehilangan kata-kata. Dia cuba bangun tetapi tangan Azfar memegang dirinya erat.

"hey, aku tanya kau ni sayang!" ulang Azfar lagi dengan nada menggoda.

"mana ada.Aku nak suruh kau pergi mandi je, lepas tu kau nak sambung main game pun aku tak kisah." jawab Amilia dengan matanya memandang ke arah siling.

Azfar menundukkan pandangan Amilia ke arahnya. Dia senyum dan membelai rambut Amilia. Amilia kaku tak beriak kerana dia sendiri tidak tahu apa yang dapat dilakukan sekarang ini.

" you have a debt with me" kata Azfar dengan pandangan yang penuh makna.

"apa hutang aku dekat kau ha!" jawab Amilia gagap.

"before our dinner break an hour ago, did you forget about it sayang?" tanya Azfar lagi sambil memegang lengan Amilia erat.

"no, aku tak nak! Azfar lepaskan aku!" kata Amilia.

"what do you want to do if I don't want?" tanya Azfar lagi sambil senyum senget.

"awak, lepaskan lah saya, pergi mandi tu. Tak baik mandi malam" Amilia cuba menukar topik perbualan.

"huh, you so mean dear, how can you change a topic just like that?" kata Azfar lagi.

"Azfar, lepaskan saya." Amilia cuba memujuk Azfar lagi.

"no, you must pay your debt to me!" ujar Azfar sambil merapatkan bibirnya ke bibir Amilia tapi...... Amilia mengalihkan pandangan ke arah bertentangan Azfar.

"sayang!come to me!" kata Azfar dengan suara yang lembut.

Tak boleh jadi ni, makin membuas pulak budak SPM, Amilia cuba mencari cara untuk melepaskan diri. Belum sempat dia memikirkan cara, dia mendengar bunyi telefon bimbitnya. Dia terus bangun dari katil dan menjawab panggilan. Dalam hati dia bersyukur dengan siapa yang menelefonnya itu. Manakala Azfar dah buat muka tak puas hati.

"huh, time ni pulak la, orang call nye pun." kata Azfar dalam hati.

Keesokan pagi, Amilia bangun solat subuh  dan bersiap untuk membuat sarapan untuk keluarga mertuanya. Bangun-bangun saja dia terus menyiapkan nasi goreng, roti sandwich dan air teh di atas meja makan.

Semasa dia sedang menyiapkan meja makan,ibu dan bapa mertuanya turun.

"mama, papa, jemputlah makan.,"pelawa Amilia.

" erm, menantu mama masak eh? Huhu, abang! Menantu kita masak lah, mesti sedap kan? "ujar Puan Rohana.

" hehe, takdalah maa, biasa je ni. Laila pergi kejut Azfar dulu ye? "kata Amilia lalu berjalan menaiki tangga ke bilik.

Sampai di bilik, Amilia melihat Azfar yang masih berselimut. Dia cuba mengejut Azfar.

" Azfar, bangun! Jom sarapan!" kata Amilia dengan suara lembut.

" hurmm.. " Azfar membalas tetapi masih tidak berganjak dari baringannya.

"awak, bangun."

"takpalah, kau pergi sarapan dulu dengan papa dan mama, aku tak larat nak bangun ni." kata Azfar dengan lemah.

Amilia meletakkan belakang tangannya di dahi Azfar.Badannya terasa panas.

"Azfar, awak demam ke ni?" tanya Amilia.

"hurmm"

"kejap, saya pergi ambil kain basah kejap."kata Amilia.

Tidak lama selepas itu, Amilia datang bersama kain basah dan dia meletakkan kain tersebut di dahi Azfar.

Amilia turun semula ke bawah untuk mengambil makanan untuk dibawa kepada Azfar.

" aik, mana Syahmi?" tanya Encik Azman.

"Syahmi demam papa, ni Laila nak bawak kan makanan untuk dia la ni" kata Amilia.

"hahaha, kalau dah demam tu, laila kene sabar sikit lah ye? Syahmi tu kalau demam, dia manja sikit. So, kamu kena tahan lah sikit." kata Puan Rohana.

"yeke ma? Haha, yela nampaknya begitu la kot." jawab Amilia.

Dia segera naik ke atas semula dengan membawa dulang berisi makanan. Dia meletakkan dulang di tepi katil.

"Azfar, meh makan sikit." pinta Amilia.

"taknak, aku tak lapar" jawab Azfar.

"makan la sikit. Kalau kau tak makan, jom pergi klinik."

"tak nak. Aku tak suka klinik."

"degil la awak ni." kata Amilia lagi.

Dia memeriksa suhu badan Azfar. Badannya masih tidak reda. Amilia cuba memujuk lagi.

"awak, makan sikit, saya penat masak ni! Hargai la sikit." kata Amilia dengan nada yang terasa hati.

"hurmm.. Yela, aku makan tapi kau suap aku?"

"yela, mengada-ngada kau ni."

Amilia pun menyuapkan makanan ke mulut Azfar. Apabila nasi sudah habis dimakan, Amilia memberikan secawan air teh kepada Azfar dan Azfar kembali ke pembaringannya.

Amilia turun bawah dan membasuh pinggan mangkuk yang digunakan tadi, nasib meja makan itu telah dikemas oleh Mak Kiah merangkap orang gaji Puan Rohana dan Encik Azman.

_to be continued_

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience