Part 5

Drama Series 12174

Pada hujung minggu, Amilia bangun awal untuk menjalankan rutin hariannya iaitu memasak sarapan untuk cik suami yang masih berdengkur dalam bilik tu! Haihh, suami ka? Aku rasa dah macam adik aku jela, aduhai, bertabah la dikau wahai Amilia!

Amilia bercadang untuk masak nasi goreng cina untuk sarapan mereka berdua pada pagi itu. Setelah siap memasak, dia terus ke bilik Azfar untuk mengajaknya sarapan. Sampai di hadapan bilik, belum sempat Amilia mengetuk pintu, pintu sudah di kuak dari dalam, terpancul wajah Azfar dan membuatkan Amilia terkejut lalu hampir terjatuh ke lantai, tetapi sempat di sambut oleh Azfar. Mata mereka bertaut antara satu sama lain. Adakah ini yang dinamakan cinta yang sudah berputik antara satu sama lain??
JENG JENG JENG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Setelah agak lama mereka berpandangan antara satu sama lain, Azfar meleraikan pelukan di pinggang Amilia lalu Amilia jatuh menyembah bumi.!!

Amilia mengerang kesakitan akibat dilepaskan oleh Azfar tadi.Mulanya dia fikirkan bahawa Azfar tidak akan meleraikan pelukan tu sehingga dia berdiri dengan betul tapi lain pula jadi. Dia terpaksa menahan sakit yang amat di punggung setelah menyembah bumi tadi. Amilia berasa geram.

"kenapa kau lepaskan aku tadi? Bagi la aku berdiri elok dulu."marah Amilia sambil menggosok punggungnya yang sakit.

" suka hati aku la nak lepas ke tak, tangan aku kan? "jawab Azfar tanpa melihat ke arah Amilia.

Amilia malas nak berlawan cakap lagi dengan Azfar lalu dia terus menyampaikan apa yang ingin disampaikan tadi.

"dahla, jom sarapan, aku dah masak dah" kata Amilia ingin berlalu ke ruang makan semula.tapi tiba-tiba tangannya dipegang Azfar.

"nak apa?nak penampar?" tanya Amilia sambil menunjukkan tapak tangan kepada Azfar.

"isteri derhaka betul kau nih, tak ada la, lepas kita sarapan jom kita keluar!" ajak Azfar sambil mengetuk kepala Amilia perlahan.

"uishh, suka hati kau ketuk kepala aku eh? Nak keluar ke mana? Aku ingat nak duduk rumah je, lagipun banyak kerja aku tak settle lagi ni" ujar Amilia sambil memandang ke arah Azfar.

"ala, takpe, kerja kau tu malam nanti aku teman la kau buat. Kita pergi tengok wayang sekejap je!" jawab Azfar lagi.

"cerita apa? Yang aku tau, aku tak nak tengok cerita seram eh? Nanti aku tak tidur malam sebab cerita seram tu." jawab Amilia sambil menggaru kepalanya.

"eh, tak kita tengok cerita biasa ja. Tak tengok cerita seram pun" kata Azfar lagi.

"serius ni? Kau tipu aku, siap kau!" ujar Amilia lagi.

"tak tipu" jawab Azfar dengan riak wajah serius. Tetapi sebenarnya dalam keseriusan beliau itu, terbit idea jahat untuk mengenakan isterinya itu.????

"okay, aku percayakan kau kali ni, dahla jom sarapan, aku lapar tunggu kau nih." jawab Amilia.

Selesai sarapan, Azfar dan Amilia bersiap untuk keluar menonton wayang. Azfar memandu ke arena wayang berdekatan. Sesampai sahaja di sana, Azfar terus ke kaunter untuk membeli tiket dan juga 1 set popcorn untuk dibawa ke dalam panggung. Amilia menunggu Azfar di ruang menunggu.

Setelah selesai, Azfar pergi ke arah Amilia dan memberikannya sekotak popcorn.

"cerita apa kau beli?" tanya Amilia sambil mengambil satu persatu popcorn di dalam kotak tersebut.

"adalah, nanti kau tahulah" jawab Azfar tanpa menunjukkan tiket kepada Amilia.

"ermm. Yelah, nasib suami!!kalau tak lama dah aku penggal kepala dia ni."kata Amilia perlahan tapi didengari oleh Azfar.

" aku dengar kau cakap,ingat syurga kau dekat aku tau! "kata Azfar sambil menunjuk dirinya kepada Amilia.

Amilia terkejut, dia rasa dia berkata perlahan tadi tapi tak sangka bahawa mamat telinga lintah ni dengar apa yang dikatakannya.uishh,Muhammad Azfar Syahmi ni memang menyeramkan!! Kalah cerita seram tau!!

Sampai di dalam panggung, mereka berdua pergi ke tempat duduk di belakang sekali. Mereka mengambil tempat di couple seat, couple seat tu khas untuk 2 orang sahaja. Jadinya hanya mereka berdua di situ.

Setelah 15 minit ditemani iklan yang membosankan, sudah tiba wayang untuk bermula, Pada permulaan Amilia sudah agak rasa takut dengan permulaan cerita tersebut. Akhirnya ya! Dia sudah tahu cerita apa yang ditayang kan itu, iaitu cerita seram!!!!! Azfar!! Kau tipu aku!!!! Amilia mencubit lengan Azfar.

Azfar merengus Kesakitan.Dia memandang Amilia di sebelah.

"kau apasal?" tanya Azfar sambil menggosok lengan yang dicubit Amilia tadi.

"Kau tipu aku budak!!" kata Amilia geram.

"alaa, tadi tak ada cerita dah, ni jer yang ada.sorry la! Aku ada jangan risau!" jawab Azfar menyambung semula menonton filem di hadapannya itu.

Amilia menahan geram.

Setelah 1 jam, cerita pun habis ditayangkan lalu, mereka keluar dari panggung wayang. Amilia keluar dengan muka pucat lesi.Azfar melihat wajah Amilia.

" eh, asal muka kau pucat sangat ni?" tanya Azfar. Tapi Amilia tidak menjawab soalan itu tapi dia memeluk erat lagi lengan Azfar yang berada di sebelahnya. Azfar dapat merasakan suhu badan Amilia agak panas lalu dia memimpin tangan Amilia untuk ke kereta.

Setelah berjalan di atas jalan raya terlalu lama, Azfar berhenti di sebuah klinik berdekatan dengan kawasan rumah mereka.Sampai sahaja di klinik, Azfar mengambil IC di dalam purse Amilia lalu mendaftarkan di kaunter.Setelah selesai, dia duduk di ruang menunggu bersama Amilia yang masih berdiam diri itu.

Setelah mereka dibenarkan masuk oleh doktor, mereka pun masuk. Rupa-rupanya Amilia demam teruk setelah Menonton cerita seram di wayang tadi. Doktor itu juga memberitahu bahawa Amilia memang akan begini apabila dia menonton cerita seram di tv atau di mana-mana sahaja kerana perkara ini pernah terjadi kepada Amilia sebelum ini, itu sebabnya dia tidak tengok cerita seram. Azfar mula rasa bersalah kepada Amilia. Setelah selesai, dia pamit kepada doktor dan pergi ke ruang menunggu untuk mengambil ubat untuk Amilia.

Sampai di rumah, Azfar memimpin Amilia masuk ke biliknya. Setelah itu, dia bergegas ke dapur untuk membuat bubur bagi menghangatkan badan Amilia seterusnya untuk memakan ubat yang diberi doktor.

Setelah selesai masak, Azfar masuk ke bilik Amilia sambil memegang dulang berisi bubur dan air milo.

"Amilia, meh makan bubur, nanti terus makan ubat!" kata Azfar lembut

Amilia tanpa banyak kisah, bangun lalu memakan bubur yang dimasak itu dan seterusnya memakan ubat yang diterima di klinik. Sebelum dia melelapkan mata, dia sempat berkata kepada Azfar.

"harini teman aku tidur." kata Amilia memegang tangan Azfar.

"okay! Aku mintak maaf!" kata Azfar perlahan sambil memegang erat tangan Amilia. Tetapi pada waktu itu, Amilia sudah lelap dibuai mimpi.

_to be continued _

Wait okay?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience