Part 9

Drama Series 12174

"Angah!! Adik rindu gila dekat Angah.Asal balik tak bagitau?? " ujar Amilia dengan muka cemberutnya.

" ala, Angah nak buat surprise dekat adik, tapi Angah pulak dapat surprise dari adik, yang adik Angah seorang ni dah kahwin." kata Angah sambil melebarkan senyuman ke arah Azfar yang duduk di hadapan mereka berdua.

" ceh Angah ni.." kata Amilia sepatah sebelum ibunya Puan Rosnah memanggilnya untuk membantu dia di dapur.

Tina-tiba Encik Amran menepuk bahu Azfar perlahan." kamu nak tau ke pasal along?"

Azfar mengangguk perlahan dan merenung Angah yang agak muram berada di sebelah ayah mertuanya itu setelah menyebut perkataan along tadi.

"sebenarnya, along dah 4 tahun tak balik rumah." kata Encik Amran.

"kenapa ayah?" tanya Azfar penasaran tentang perkara itu.

"dulu along tu memang rapat dengan Angah dengan Lia sampai diorang ni memang susah la nak berpisah sampai lah satu hari tu along ni tiba-tiba cakap and buat keputusan untuk keluar dari rumah ni and sejak dari tu, kami lngsung tak pernah dengar khabar berita dia sampai lah sekarang. " panjang lebar Encik Amran bercerita kepada menantunya.

" dan sampai sekarang ayah tak tau sebab apa dia buat keputusan untuk keluar dari rumah ni and tak beri khabar berita pasal diri dia langsung." sambungnya lagi.

" ouhh..macam itu Rupanya cerita dia, baru Syah faham." ujar Azfar.

"ehh, Syah sebelum ayah lupa nak bagitau ni, nanti cakap dengan keluarga Syah, yang ayah dengan mak ibu nak ajak pergi bercuti sama-sama dekat Cameron Highlands time waktu cuti sekolah yang akan datang. Kalau boleh, ajak lah mereka sekali ya? Alang-alang Angah kamu ni cuti lama sikit ni ha.. " Encik Azman menerang secara panjang lebar lagi.

" ouhh, baik ayah nanti Syah cakap dengan parents Syah eh? " ujar Azfar.

Tak lama selepas itu, Amilia memanggil mereka bertiga untuk ke ruang makan kerana makan malam sudah siap terhidang dan tunggu untuk dimakan sahaja. Mereka makan dengan senyap dan kadang-kadang berbual perlahan tentang kisah masing-masing.

Selepas makan malam, mereka duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen.

"kamu berdua tidur sini jela eh?" ujar Encik Amran yang sedang khusyuk menonton televisyen.

"Syah tak bawak baju lebih ayah." jawab Azfar sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"takpe, Syah pinjam baju Angah jaa, lagpun Angah tengok badan Angah dengan Syah tak adalah beza sangat, Sama besar ja." ungkap Angah Amilia yang bernama Muhammad Luthfi Aiman.

"okay Angah, nanti Syah bagitau dekat parents eh.?" jawab Azfar.

"okayy"

Skip

Malam itu, mereka bermalam di rumah keluarga Amilia. Azfar masuk ke bilik kerana jam sudah menunjukkan jam 11 malam.

Dalam bilik, Amilia baru habis solat isyak kerana dia sibuk membantu ibunya di dapur tadi.

"kau baru habis solat?" tanya Azfar.

"haah,tadi tolong ibu dekat dapur." jawab Amilia sambil melipat telekung dan sejadah yang di gunakan.

"ouhh,aku nak tanya kau sikit boleh?" ujar Azfar lalu duduk di katil.

"apa dia?" tanya Amilia yang sudah selesai itu dan terus duduk bersebelahan Azfar di atas katil.

"kenapa tak cerita pasal along dekat aku?" tanya Azfar.

"bukan taknak cerita, tapi nanti aku sebak kalau nama along disebut-sebut sebab aku memang rindu dekat Along.Dah 4 tahun kami berpisah" jawab Amilia dan air matanya tiba-tiba jatuh.

Azfar yang terlihat Amilia menangis lantas merangkul Amilia dalam pelukan.

"aku mintak maaf, aku tak patut cakap pasal along dekat kau." Azfar mula rasa bersalah terhadap isterinya itu.

Amilia hanya diam dipeluk Azfar. Entah kenapa dia rasa, pelukan itu agak nyaman dan terasa selamat. Amilia hanya membiarkan dan airmatanya gugur lagi deras dan Azfar cuba menenangkannya.

" dahlah jangan nangis, kita tidur eh?" ujar Azfar.

"hu..huu..hukk."Amilia hanya menurut sambil matanya yang masih berair itu berbaring di katil untuk tidur.

Azfar menggeleng kepala. Dalam hatinya rasa juga bersalah kerana menyebut nama Along dihadapannya. Tapi dalam hatinya terdetik berkata.

" haihh, bini aku ni, dekat sekolah punya lah garang tapi bila kat rumah jadi cengeng, menangis je kerja dia. Aihh, comel la kau ni Laila.Aku takkan lepas kan kau dekat orang lain."

Azfar hanya merenung wajah polos Amilia yang sudah enak dibuai mimpi, tak lama selepas itu, dia pulak yang dibuai mimpi sambil memeluk erat pinggang isterinya itu.

Keesokan hari.

Laila bangun dan mengejut kan suaminya kemudian terus ke dapur untuk membantu ibunya menyediakan sarapan. Selepas sarapan, Laila mencuit bahu Azfar yang sedang menonyon televisyen itu.

"keluar jom." ajak Amilia.

"pergi mana?" tanya Azfar.

"ajak suami gi dating lar tu an?" usik Angah yang sedang duduk di sebelah Azfar.

"ish, Angah ni lah, adik bagi penumbuk satgi kang?" marah Amilia kerana mukanya sudah merah menahan malu.

"ibuu, adik gatal ajak suami dia gi date." laung Angah dari dalam rumah dan berlari lintang pukang kerana dikejar Amilia. Azfar yang melihat hanya tersenyum dengan gelagat dua beradik itu.

Skipp

Dalam kereta, Azfar memandu dengan berhati-hati.

"nak pergi mana ni lia?" tanya Azfar.

"jom pergi pantai." kata Amilia.

Azfar pun memandu keretanya ke pantai. Sampai di pantai, Amilia terus berjalan ke arah pantai tanpa menunggu Azfar. Sedang asyik dia mengambil angin dan melihat pemandangan pantai, tiba-tiba seseorang menegurnya.

"Amilia" panggil seseorang.

"Nazrin!" nama itu terkeluar dari mulut Amilia dengan muka yang agak terkejut.

"lia buat apa dekat sini?datang dengan siapa? " tanya Nazrin.

"saja ambil angin.Lia datang dengan...dengan.."

Belum sempat Amilia menghabiskan ayatnya, Azfar datang.

"sayang!!" ucapan yang terkeluar dari mulut Azfar.

"sayang?ni..s.." tergagap Nazrin apabila mendengar perkataan sayang.

"suami lia, lia datang dengan suami. Nama dia Azfar. Ni Nazrin." kata Amilia kepada dua orang lelaki yang berada di hadapannya itu.

Jelas kelihatan wajah Nazrin yang hampa apabila Amilia menyebut perkataan suami itu.

"ouh, takpa lah macam tu, abang mintak maaf kalau ganggu Lia dengan suami, abang pergi dulu." ujar Nazrin dan terus beredar dari situ.

Azfar melihat semuanya yang terjadi. Dia memandang Amilia.

"siapa tu?" tanya Azfar.

"orang yang dah musnahkan hidup aku dulu." jawab Amilia lemah.

"what do you mean?" tanya Azfar kurang mengerti.

"dia tu bekas tunang aku." jawab Amilia.

"what?" Azfar terkejut.

_to be continued _

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience