Part 10

Drama Series 12174

"dia tu bekas tunang aku." kata Amilia dengan nada yang malas.

"what?" ujar Azfar terkejut.

"ye,tunang, kau faham tak maksud tunang?hishh!!" marah Amilia sedikit kerana dia menyampah melihat kehadiran si lelaki tak guna yang telah memusnahkan angannya dahulu.

Entah kenapa tiba-tiba waktu itu riak wajah gembira Azfar bertukar. Mungkin kerana kehadiran lelaki itu telah mematikan mood nya yang ingin bergembira bersama isterinya itu.

"ouhh" jawab Azfar sepatah.

"jom balik, aku rasa malas dah nak duduk sini lama-lama, rasa panas je" ujar Amilia lalu menarik tangan Azfar berlalu ke kereta mereka yang terparkir elok di hadapan pantai itu.

Azfar hanya membuntuti isterinya yang kelihatan agak tidak menyenangkan seperti selalu. Dalam kereta mereka juga hanya berdiam diri kerana tidak mahu mengganggu Amilia yang sedang angin tetapi hatinya juga sedikit tergugat setelah melihat kehadiran semula lelaki itu di dalam hidup isterinya. Dia risau lelaki itu akan cuba merampas isterinya.

Sampai saja di rumah, Amilia terus masuk ke bilik, Azfar hanya membiarkan, dia terus ke arah ayah dan abang ipar nya di ruang tamu lalu menyalami tangan kedua-dua mereka.

"Syah, kenapa dengan lia tu?" tanya bapa mertuanya sambil memandang Azfar dalam keadaan yang agak risau.

"ayah, lia pernah bertunang ke sebelum ni?" tanya Azfar meminta kepastian.

"hurm,mesti dia jumpa lelaki tu kan?" tanya Encik Amran lagi.

"ye ayah, lepas dia jumpa lelaki tu, mood dia terus swing macam tu." terang Azfar.

"takpa lah Azfar, kamu biarkan je dulu Lia tu. Nanti lama-lama elok balik tu." kata Encik Azman sambil menggosok perlahan bahu Azfar.

Azfar terus meminta diri kepada ayah dan abang Amilia dan berlalu ke bilik untuk melihat keadaan Amilia.

Masuk sahaja di dalam bilik, kelihatan Amilia sedang menyelimuti badannya dan kedengaran esak tangis dari dalam selimut itu. Dia mendekati Amilia.

"Amilia, dah la tu, takkan kau nak nangis semata-mata demi jantan tak guna tu?" kata Azfar cuba untuk memujuk isterinya itu.

"kau tak faham Azfar, aku sayang kat dia sepenuh hati." kata Amilia sambil tersedu sedan.

"abis tu, aku suami kau ni tak boleh ke nak cinta kan sepenuh hati kau?" tanya Azfar dengan nada yang tidak puas hati.

"kau lain, aku dah anggap kau macam anak murid aku, and kau memang anak murid aku." ujar Amilia lagi.

"tapi aku tak anggap kau macam cikgu aku, aku anggap kau macam isteri aku." jawab Azfar lalu memandang ke dalam anak mata Amilia tanpa kerdipan.

Amilia tergamam dengan apa yang diperkatakan oleh Azfar. Dia hanya mampu menunduk kerana terasa mukanya bahang dan kemerahan menahan malu. Dia kemudian terus bergegas turun dari katil tetapi pergelangan tangan dipegang erat oleh Azfar.

"kau nak pergi mana" tanya Azfar masih merenung Amilia.

"aku nak keluar pergi minum air kejap, aku haus." Amilia menjawab pertanyaan Azfar tanpa merenung wajah Azfar.

"aku serius dengan apa yang aku cakap." ulang Azfar.

Amilia masih membatukan diri di situ, dia tidak tahu mahu beriak bagaimana kerana masa kini, hatinya berdegup kencang bila mengingat kembali apa yang di katakan lelaki itu sebentar tadi. Azfar melihat Amilia yang masih membatu di situ terus berkata lagi.

"pandang lah aku sayang" ujar Azfar lagi lalu tanggannya mengangkat dahu Amilia agar memandang ke arahnya.

Amilia sudah tidak boleh mengawal hatinya yang berdegup sakan lantas dia merungkaikan pegangan Azfar dari lengannya lalu keluar dari bilik dan terus ke dapur tetapi dia tidak minum air seperti yang di katakan tetapi dia duduk di ruang makan dan mengenangkan apa yang di katakan Azfar tadi.

"aku tak layak untuk kau Azfar. Kau patut jumpa dengan perempuan yang lebih baik dan sebaya dengan kau, aku berusia untuk kau." ujar Amilia dalam hati.

Pada pukul 3 pagi, Azfar bangun dari tidur, dia melihat katil di sebelahnya kosong. Dia mengerling sekeliling mencari kelibat isterinya itu tetapi tiada. Dia berlalu keluar dari bilik dan pergi ke dapur. Dia melihat sekujur tubuh yang sedang asyik dibuai mimpi di meja makan. Dia pergi ke arah meja makan.

Kelihatan Amilia sedang enak dibuai mimpi. Azfar merenung wajah isterinya seketika. Tak lama selepas itu, dia mengangkat tubuh Amilia terus dibawa ke bilik. Dia meletakkan Amilia di katil. Dia kemudian duduk di sebelah Amilia. Dia renung dan tangannya laju mengusap pipi Amilia.

"aku sayang kau Laila Amilia. Aku tak akan Lepaskan kau dekat orang lain." kata Azfar.

Tak lama kemudian, dia juga terlelap di katil.

_to be continued_

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience