BAB 8

Drama Completed 706

Aku tersenyum lebar sambil memandang juadah berbuka puasa
yang sudah aku siapkan khas buat Harraz . Sengaja aku suruh dia jangan
menolong aku dekat dapur sebab aku nak buat surprise untuk dia. Memang
dia tahu aku akan masak nasi tomato kegemaran dia tapi dia tak tahu yang
aku buat puding laici kegemaran dia.

Macam mana aku tahu makanan kegemaran dia?

Aku tahu lepas mak mertua aku cakap selepas majlis
perkahwinan kami berdua hari tu. Mula-mula aku memang dah nak terima
Harraz sepenuhnya tapi selepas aku dapat tahu daripada seseorang yang
dia sebenarnya terkejut bila aku yang dipinang oleh keluarga dia, terus
hati aku jadi sedih dan akhirnya aku buat perjanjian bodoh tu dengan dia!

“Hmm... sedapnya bau.” Dia muncul dari belakang aku sambil
tersenyum manis. Aku hanya tersenyum kecil sebelum menuang air untuk dia.

“Lepas makan kurma dengan minum air, kita pergi solat
Maghrib dulu ye? Lepas tu baru makan.”

Aku hanya mengangguk sebelum duduk di hadapan dia dan
menunggu azan. Sesekali aku mengerling dia yang asyik merenung aku. Jadi
tak selesa aku dibuatnya. Macam ada something wrong dekat muka aku
sekarang ni.

“Kenapa awak asyik renung saya?”

Dia ketawa kecil sebelum mengenggam tangan aku di atas meja.
“Saya tak pernah sangka yang saya akan berbuka puasa dengan awak selepas
empat tahun.”

Aku tersenyum tawar sebelum mengangguk. Aku pun tak sangka
jugak sebenarnya. Tak sangka yang ego tinggi melangit aku boleh runtuh
dalam sekelip mata. Kalau dia tak demam, rasanya lambat lagi aku akan
jejak kaki ke sini.

“Rambut awak dah makin panjang...”

“Dah lama tak potong.”

“Masa kita kahwin dulu, rambut awak pendek. Saya suka tengok
awak berambut panjang. Nampak lagi cantik...” Dia senyum dan masa tu,
azan Maghrib dah kedengaran. Dia menarik tangannya sebelum mula menadah
tangan. Aku pulak hanya mendiamkan diri dan mula memasukkan kurma ke
dalam mulut dan minum. Selepas itu, Harraz menghulurkan tangannya ke
arahku dan membawa aku ke bilik solat untuk menunaikan solat Maghrib
berjemaah. Sesuatu yang memang sudah lama aku idamkan. Solat
bersama-sama dengan suami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience