BAB 10

Drama Completed 706

“Pergi tengok baju kat kedai tu, nak?” Aku tarik tangan
Harraz masuk dalam sebuah butik pakaian tapi langkah aku terhenti dekat
muka pintu bila aku nampak kakak aku yang tengah berbual mesra dengan
seorang lelaki.

“Kita pergi kedai lainlah...”

Dahi Harraz berkerut. “Kenapa pulak?”

“Err... baju sini tak cantik.”

Dia hanya tersenyum sebelum menarik tangan aku masuk balik
dalam kedai tu. “Kita tengoklah dulu. Ni baru duduk dekat muka pintu dah
tak cakap baju kat sini tak cantik.”

Aku menggigit bibir sambil memandang ke arah kakak yang
masih belum menyedari kehadiran kami berdua. Entah kenapa aku sedikit
takut. Takut jika Harraz dan kakak bertemu. Haih, tolonglah hati!
Janganlah asyik nak fikir yang bukan-bukan.

“Baju ni cantik…”

Pandangan aku dialihkan pada baju kurung moden yang dipegang
oleh Harraz sebelum dihalakan pada badanku. Cuba untuk melihat
kesesuaian. Selepas itu, dia tersenyum sambil mengangguk sebelum
menyuruh aku ke fitting room.

“Tengok dulu okey ke tak.”

“Okey dah ni…”

“Kalau besar macam mana nanti?”

“Takpe besar daripada kecik.” Aku senyum tapi senyuman aku
menghilang apabila aku dapat menangkap pandangan mata kakak yang sudah
menghala ke arah aku dan Harraz .

“Adik?”

“Kakak…”

Harraz memandang aku sebelum mengalihkan pandangannya pada
kakak. Aku tahu dia kenal kakak sebab seperti yang pernah aku ceritakan
pada Seroja dulu, sepatutnya kakak yang mengahwini dia bukannya aku.

“Ni siapa, dik? Mana husband adik?” Soal kakak dengan dahi
berkerut.

“Nilah suami adik…” Aku mengenggam erat lengan Harraz . Wajah
kakak sedikit berubah sebelum dia memandang suami aku.

“Ni ke Harraz ?”

“Apa khabar, kakak?” Harraz senyum sebelum memaut bahu aku.

Kakak nampak terkejut dan tak percaya. Memang dia tak kenal
Harraz sebab masa perkahwinan kami berdua, kakak pergi luar negara.
Kononnya ada kerja masa tu dekat sana dan bila dia balik ke sini, aku ke
timur Harraz ke barat. Itu sebab dia langsung tak tahu macam mana rupa
Harraz .

“Sayang?”

Aku mengerling lelaki yang memanggil kakak ‘sayang’.

“Siapa ni, kakak? Bakal suami akak ke?” Tanyaku serius.

“Kawan akak…” Kakak tersenyum tawar. “Kami mintak diri dulu
ye.” Laju dia melangkah keluar diikuti oleh lelaki yang kononnya kawan
tu. Kalau kawan, takkanlah panggil sayang segala kan?

“She was supposed to be your wife,” ucapku perlahan.

Harraz memandangku dengan pandangan kurang senang. Aku tahu
yang dia tak suka aku cakap macam ni. Kemudiannya aku tergelak kecil
sebelum membawa baju yang dia pilih tadi ke fitting room.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience