BAB 2

Drama Completed 706

Aku menjeling telefon bimbit aku yang sejak dari tadi bergetar. Sengaja
aku malas nak melayan sebab aku tahu tu mesti Harraz yang hantar mesej.
Sejak dari hari dia datang jumpa aku dekat sini, tak habis-habis dia duk
kacau aku. Sebelum ni, takdelah dia mengacau aku. Boleh je tunggu sampai
aku habis degree.
“Handphone kau tu dari tadi buat bunyi bising. Kenapa tu?” Soal Seroja
sebelum menarik kerusi dan duduk di sebelah aku. Aku hanya mengerling
dia sekilas sebelum melukis lukisan rambang dekat kertas conteng aku ni.
“Takde apa.”
Seroja nampak tak berpuas hati sebelum dia mencapai telefon aku. Dia
senyap sekejap sebelum memandang aku dengan dahi yang berkerut.
“Abang?” Soalnya pelik. Dia tahu yang aku takde abang. Yang ada cuma
kakak. Kakak yang memang sangat suka menyusahkan hidup aku! Kerana dia,
aku kena kahwin dengan Harraz !
Aku pandang Seroja sebelum menghela nafas panjang. “Suami aku...”
Balasku perlahan sebelum menekup muka dengan tapak tangan.
“Suami?!!!” Terus naik suara Seroja . Terbuntang luas mata dia.
“Betul ke ni?” Dia menggoncang bahu aku. Aku hanya mengangguk lemah.
“Bila kau kahwin?”
“Sebelum masuk degree...”
Seroja menggeleng kecil. “Kenapa aku tak pernah tahu? Dah lama kot kau
kahwin!”
“Sebab aku tak nak orang tahu pun pasal ni. Aku bukannya nak kahwin
sangat tapi kakak aku tu yang buat hal!” Aku mengetap gigi sebelum
tiba-tiba aku rasa mata aku dah basah dengan air mata.
“Kakak kau?”
“Dia sebenarnya patut kahwin dengan kakak aku tapi kakak aku tipu
keluarga aku. Dia cakap dia dah ada pilihan sendiri dan memandangkan
ayah aku dah berkenan sangat dengan suami aku tu, ayah aku nak jodohkan
aku pulak dengan dia. Tapi kau tengoklah! Kakak aku sampai sekarang ni
tak kahwin. Nampak sangat dia saja nak mengelak.”
“Lelaki yang datang hari tu... dia suami kau?”
Aku mengangguk kecil.
“At least kau dapat suami handsome.”
Aku jeling Seroja . Sempat lagi dia!
“Kau tak suka dia?”
Aku terdiam. Suka ke tak aku pada Harraz ?
“Tak...” Laju mulut aku membalas tapi entah kenapa hati aku jadi serba
tak kena lepas cakap macam tu.
“Betul ke?”
Aku mengangguk laju. “Betullah!”
Seroja tersenyum meleret sebelum mengenyit mata. “Aku rasa la kan, suami
kau tu memang sayangkan kau tau.”
“Macam mana kau tahu? Kau baru je jumpa dia sekali.”
“Instinct.” Seroja sengih sebelum bangkit meninggalkan aku sendirian
dalam bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience