BAB 6

Drama Completed 706

Harraz mengukir senyuman manis sebaik saja aku melangkah
masuk ke dalam rumah. Dia yang tengah baring dekat atas sofa terus duduk
dan aku melabuhkan punggung di sebelahnya sebelum tangan aku menyentuh
dahi dia.

“Dah kurang dah panas.”

“Hmm... kelas okey?” Soal dia lembut.

“Alhamdulillah okey. Saya nak mandi kejap. Lepas mandi, kita
pergi okey?” Aku bangkit dari duduk sebelum memandang dia. Dia hanya
mengangguk kecil sebelum kembali membaringkan tubuh badannya di atas sofa.

Aku melangkah naik ke biliknya dan baru kali ni aku tengok
betul-betul bilik ni. Warna cat bilik ni buat aku sedikit terkejut.
Warna biru laut yang sentiasa menjadi kegemaran aku. Bukan setakat tu
je, aku nampak jugak gambar perkahwinan kami berdua dekat dinding.
Cantik tersusun je.

Perlahan-lahan aku menapak ke arah almari baju dia dan
mencapai tuala sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air. Tiba-tiba aku
rasa sayu bila mengenangkan Harraz . Air mata mengalir laju dan aku
biarkan je.

“Hya...” Aku terkejut bila dengar suara Harraz . Cepat-cepat
aku memulas pili supaya bunyi tangisan aku tenggelam dengan bunyi air.

“Kejap!”

“Okey...” Lepas tu aku dengar pintu bilik ditutup. Aku
mengelap air mata yang mengalir dan cepat-cepat membersihkan diri.
Selepas siap, aku segera turun ke bawah dan mendapatkan Harraz yang dah
menunggu aku dekat muka pintu. Walaupun dia tengah sakit tapi tetap
terserlah kekacakan dia dan aku kembali rasa cemburu. Pasti ramai
perempuan yang mengejar dia selama aku takde di sisi dia.

“Kenapa muncung ni?”

“Takde siapa ke yang suka awak selama empat tahun ni?”
Tanyaku berterus-terang. Sekurangnya kalau dia kata ada dan dia pun suka
perempuan tu, aku masih boleh lepaskan dia tanpa rasa sangat terluka.
Jangan sampai satu masa nanti, bila aku dah sayangkan dia dan tiba-tiba
dia cakap dia sukakan orang lain, masa tu memang aku akan bersedih.

“Ada...”

Aku pandang dia. “Awak suka dia?”

“Kalau saya suka dia, I won’t be here with you. Saya takkan
datang jumpa awak hari tu. Sekarang ni saya kan ada dekat depan mata
awak. I love you. Only you...” Dia menarik tubuh aku ke dalam
pelukannya. Aku hanya mendiamkan diri sebelum turut memeluk dia. Aku
mengaku mungkin aku dah sukakan dan sayangkan dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience