BAB 9

Drama Completed 706

Hari tu bila aku pergi kelas, semua budak kelas pandang aku
dengan pandangan pelik dan meluat. Dahi aku berkerut. Apa pulak salah
aku kali ni?

“Seroja , kenapa orang pandang aku macam tu?”

Seroja pandang aku sekilas sebelum menunduk. “Ada orang
nampak kau dengan Harraz dekat supermarket semalam.”

“Hah?” Mulut aku membulat. Terkejut sebenarnya. Aku tak
sangka ada budak kelas aku yang pergi tempat tu semalam sebab tempat tu
memang agak jauh dari tempat tinggal kami semua.
“Then?”
“Diorang nampak kau pegang tangan dia.”
Aku urut dahi. Ni mesti diaorang semua dah salah anggap! Tiba-tiba aku
bangkit dan berdehem kuat untuk menarik perhatian budak-budak kelas aku.
Dah tiba masanya aku menjelaskan kedudukan aku yang sebenarnya.
“Aku tahu ada orang yang nampak aku keluar dengan seorang lelaki semalam...”

Bunyi bising mula kedengaran dan sekali lagi aku berdehem.

“Dia suami aku yang sah. Kami dah kahwin dekat empat
tahun...” Ucapku tenang. Kalaulah Harraz ada dekat sini, pasti dia akan
genggam erat tangan aku dan membantu aku unuk menjelaskan perkara sebenar.

“Hya...” Tiba-tiba aku dengar suara seseorang yang memang
sangat aku kenali. Mata aku membulat apabila aku nampak Harraz tengah
berdiri di muka pintu kelas sambil memegang beg tangan aku.

“Awak...” Terus aku mendapatkan dia sebelum mencium tangan
dia. Dia usap kepala aku sebelum tersenyum kecil.

“Awak tinggal beg ni and why is everybody staring at us?”
Tanya dia pelik.

Aku hanya ketawa kecil sebelum menarik tangan dia masuk ke
dalam kelas sementara pensyarah masih belum masuk.

“Kawan-kawan, let me introduce you to my husband. Muhammad
Harraz bin Hussin. The love of my life.” Aku sengih sebelum memandang
Harraz yang jelas terkedu. Aku mengangguk kecil bagi menyakinkan dia
bahawa apa yang aku cakap sebentar tadi adalah benar dan aku tak menipu.

“Alhamdulillah...” ucapnya sebak dan genggaman tangan dieratkan.

Sejak dari hari di mana aku meluahkan perasaan secara terbuka, Harraz
minta aku supaya tinggal di rumah kami sepanjang puasa yang berbaki
beberapa hari je lagi. Dia cakap dia nak aku masak untuk dia dan berbuka
dengan dia. Seroja memang dari awal menyokong dan dia kata dia akan
tinggal bersama-sama kakak dia untuk membantu persiapan perkahwinan
kakak dia pada hari raya nanti.
Sebenarnya sejak aku meluahkan perasaan pada Harraz , aku malu sangat
dengan dia. Sebelum ni kan, aku ego sangat. Membiarkan dia keseorangan
selama empat tahun. Langsung tak bagi dia datang jumpa aku walaupun
keluarga kami memang membantah perjanjian kami tapi dia tetap menyokong
aku. Kadang-kadang aku terfikir betapa bodohnya diri aku masa buat
keputusan tu.
“Baju raya Hya warna apa?” Tanya dia masa kami berdua tengah menonton
movie Korea. Aku yang paksa dia suruh tengok sekali sebab cerita ni
cerita thriller. Kena ada orang yang temankan sekali.
Aku angkat bahu. Tak fikir pun lagi walaupun dah dekat nak raya.
Selalunya aku selalu beli je.
“Kita beli sedondon nak?”
Aku pandang dia sebelum tersenyum. “Boleh je. Awak nak warna apa?”

“Krim. Saya suka tengok awak pakai baju warna krim. Macam
baju nikah kita dulu...”

“Okey. Hujung minggu nanti, kita pergi cari ye.”

Dia mengangguk dan memaut bahu aku rapat dengan tubuhnya.
Bibirnya mengucup lembut ubun-ubun kepalaku sebelum aku terjerit kecil.

“Dia bunuh anjing tu!” Aku memeluk kuat lengannya.

Dia hanya ketawa dan menarik tubuhku makin dekat dengan
tubuhnya. “Cerita jelah, sayang...”

“Tapi kesianlah! I hate that doctor so much!” Aku mengetap
gigi. Memang emosi sikit kalau tengok cerita macam ni.

“Saya ni doktor. Benci saya jugak ke?”

Aku menggeleng sebelum ketawa kecil. “Saya benci doktor tu
tapi saya cinta doktor ni...” ucapku malu-malu.

“Sweetnya isteri saya...” Dia tergelak kecil sebelum
mengucup dahiku lama.

“Tapi suami saya lagi sweet...”

“Suami awak buat apa?” Tanyanya dengan kening yang terjungkit.
“Dia tak pernah tinggalkan saya walaupun saya tinggalkan dia selama
empat tahun.”
Dia senyum sebelum mengusap lembut kepalaku dan sekali lagi dia mengucup
dahiku. “I’ll wait for you even it takes forever, sayang...”

Sungguh aku terharu bila dengar dia cakap macam tu. Kalau
boleh aku nak cakap dekat kakak aku yang dia patutnya menyesal sebab
sanggup berbohong daripada kahwin dengan Harraz . Tapi kalau kakak aku
terima, aku takkan dapat kahwin dengan Harraz . Dapat suami yang baik dan
handsome macam ni. Haa... memang betul yang manusia memang hanya mampu
merancang dan Allah yang menentukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience