BAB 11

Drama Completed 706

“Kakak saya cantik kan?”

“Hmm…”

“Kakak saya bergaya kan?”

“Hmm…”

“Kakak saya….”

“What are you trying to do, Puan Nurin Hyacinth ?” Suara Harraz
jadi dingin sambil dia memandangku dengan pandangan matanya yang tajam.

Aku senyum kecil sebelum menghela nafas panjang. “Awak tak
menyesal kahwin dengan saya?”

“Hyacinth !”

“Just saying…”

Harraz merengus geram sebelum mencempung tubuh aku masuk ke
dalam bilik dan menghempas tubuh aku dekat atas katil. Kemudian dia
melangkah ke bilik air tanpa sebarang kata. Aku tahu yang dia marah.
Bukan marah sikit tapi marah sangat-sangat!

Bila dia keluar dari bilik air, dia terus bentang sejadah
dan tunaikan solat sunat. Aku hanya mendiamkan diri. Memang setiap kali
Harraz marah, dia akan menunaikan solat sunat bagi menenangkan diri dia.
Bila dia dah tenang, kami akan mula berbincang dan setiap kali itulah,
aku yang akan menang.

Selepas selesai solat, lama dia berteleku dekat atas
sejadah. Sedikit pun dia tak pandang aku.

“Berapa banyak kali perlu saya cakap yang hanya awak yang
saya cinta dan saya langsung tak menyesal jadi suami awak untuk awak
percayakan saya? Kenapa asyik nak tanya soalan yang boleh buat saya
marah?” Soalnya sedikit kesal tanpa langsung memandang aku.

“I’m sorry…”

“Everyone has their own flaws. Yes, kakak awak memang
cantik dan bergaya tapi awak lagi cantik, Hya. Walaupun awak tak pakai
baju bergaya, awak masih lagi isteri saya yang paling cantik.”

Aku menahan sebak. Memang aku tahu aku salah. Tak sepatutnya
aku tanya soalan macam tu tadi dekat Harraz . Kadang-kadang aku selalu
terlupa, betapa lamanya Harraz menunggu aku selama ni. Itu pun dah
membuktikan bahawa dia tak menyesal menjadi suami aku.

“I’m so sorry…” Aku menghampirinya sebelum duduk di
hadapannya. Dia masih lagi memandang sejadah dan kali ni aku memegang
kedua-dua belah pipinya supaya memandang aku.

“Hya mintak maaf sebab selalu buat abang marah. Hya mintak
maaf sebab selalu kecewakan abang. Hya sayang abang. Sayang sangat.
You’re the love of my life dan Hya insya-Allah berjanji yang Hya
takkan tanya soalan bodoh macam tu lagi. Kakak cuma masa silam dan Hya
masa sekarang dan masa depan abang. Please, jangan marahkan Hya lagi
ye…” ucapku panjang lebar tanpa mengalihkan pandangan.

“Saya salah dengar ke?”

Aku menggeleng. “Bukan saya tapi abang. You’re much older
than me. Hya baru 25. Abang dah 30 tau.”

Kali ni Harraz tersenyum sebelum memelukku. “Jangan buat
macam tu dah. Tahu pun yang kakak tu cuma masa silam.”

“Tapi abang terkejut masa Hya yang jadi pengantin kan?”

“Terkejut sebab memang abang nak Hya yang jadi isteri abang…”

“Eh? Hya ingat abang kecewa?”

Harraz menggeleng sambil mengusap rambut aku. “Tak kecewa
tapi bahagia.”

Aku menepuk dahi. Buat rugi je aku mogok selama empat tahun
ni. Bukan setakat menyeksa diri aku tapi menyeksa suami kesayangan aku
ni sekali tanpa sebab.

“Abang nak tahu kenapa Hya suruh abang jauhkan diri dari Hya?”

Harraz mengangguk.

“Sebab Hya ingat abang tak suka Hya.”

“Lain kali tanya dulu. Kalau tak, kita dah ada anak dah
kot.” Harraz tersenyum nakal. Aku terus cubit lengan dia. Gatalnya!

“Abang sayang Hya. Jangan pernah lupa tau.”

“Hmm…”

“And I’m going to be here with you all the time.”

“Hmm…”

“One more thing, I can’t promise to fix all your problems
but I can promise that you won’t have to face them alone.”

Aku tersenyum senang sebelum mengangguk kecil. Terima kasih
Allah sebab hadirkan Harraz untuk diri ini.

Hya sayang Abang Harraz sangat-sangat!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience