BAB 3

Drama Completed 706

“Hyaaa!” Aku berpaling ke belakang sebelum merengus geram bila nampak
Aqram . Tak habis-habis nak menyusahkan hidup aku betul!
“Apa?”
Aqram senyum-senyum lagi. Aku dah juling mata ke atas.
“Saya balik dulu...”
Tiba-tiba Aqram berdiri di depan aku bila aku mula berjalan.
“Awak nak apa, Aqram ?”
“Jom keluar jalan sama-sama...”

Aku pejam mata rapat-rata. Aqram ni agaknya memang tak faham
apa yang aku cakap selama ni. Dah berapa kali aku cakap yang aku tak nak
keluar dengan dia! Tak faham-faham lagi keeee?

“Saya busy.”

“Ala... Kali ni je.”

Aku menjeling tajam dekat Aqram sebelum aku nampak seseorang
yang sangat aku kenal tengah tengok aku.

Harraz !

“Pleasee....” Mata aku masih tak beralih dari pandang Harraz
yang dah melangkah ke arah aku dan Aqram . Buat pertama kalinya, aku
nampak dia dalam pakaian kerja dia. Nampak sangat segak dan kemas.

“Assalamualaikum...”

Aqram memandang dia sebelum memandang aku.
“Waalaikumussalam...” Mereka berjabat tangan seketika sebelum pandangan
mata Harraz jatuh pada aku.

Aku terus melangkah meninggalkan dia dengan Aqram . Malas
rasanya nak terus berdepan dengan dua orang lelaki yang suka kacau hidup
aku!
“Saya tak suka isteri saya rapat dengan lelaki lain!” Dia tarik lengan
aku supaya berdepan dengan dia. Aku merengus geram sebelum merentap
lengan aku.
“Awak tak boleh nak halang saya,” balasku geram. Aqram dah menghilang ke
mana. Yang ada sekarang cuma aku dan
dia.
Tiba-tiba dia tersenyum sebelum mendekatkan mukanya dengan telinga aku.
“You’re my wife, Hya. Jangan pernah lupa hakikat tu.”
Aku hanya menjeling sebelum berpaling dari melihat mukanya tapi aku
terkejut apabila tiba-tiba aku merasakan bahawa tubuh aku sudah berada
dalam pelukannya. Nasib baik takde ramai sangat orang dekat sini. Kalau
tak, mahu aku mengamuk dekat sini!
“Awak tak tahu betapa sakitnya hati saya tengok awak baik dengan lelaki
lain sedangkan dengan saya, awak buat saya macam musuh awak.”
Entah kenapa, hati aku terasa sayu bila dengar dia cakap macam tu tapi
ego aku masih lagi tinggi melangit. Langsung tak memikirkan kedudukan
dia sebagai suami aku yang sah.
“You don’t even love me! Tak payah nak cakap macam awak sayang sangat
dekat saya ni.” Aku tolak tangan dia kuat-kuat.
“Siapa cakap saya tak sayang awak?!” Soal dia laju sebelum dia kembali
menarik tangan aku supaya dekat dengannya.
Aku terus terdiam.
“I love you, Hya and that’s the beginning and the end of everything.
Trust me! You have...”
Aku terus tekup mulut dia. Tak nak lagi dengar apa-apa dari mulut dia
lagi. Lepas tu, terus aku berlari tinggalkan dia dengan mata yang dah
berair.
**
“Hya....” Terkejut aku bila dengar suara Harraz yang serak semacam. Aku
yang tadinya tengah baring terus duduk atas katil. Aku kerling jam
dinding. Dah pukul 9 malam ni.
“Kenapa?”
“Saya demam. Is it possible for you to come to our house now?”
Aku diam. Our house? Rumah yang aku tak pernah jejak lagi walaupun masa
mula-mula kahwin dulu, Harraz ada ajak aku ke sana tapi aku menolak.
“Awak dah makan ubat ke belum? Dah berbuka?”
“Belum... Ubat dah habis. Saya berbuka minum air je tadi. Tak larat nak
turun bawah beli makanan.” Suara dia kedengaran sangat lemah. Aku mula
gigit bibir.
“SMS saya alamat rumah. I’ll be there soon...”
“Betul?”
Aku gigit bibir sekali lagi.
“Betul. Awak nak makan apa? Nanti saya belikan...”
“Saya nak bubur ayam yang awak masakkan, boleh? Kalau tak boleh, takpe.
Saya makan je apa yang awak beli...”
Terasa sayu pulak bila dengar dia cakap macam tu. Betul ke aku langsung
tak sayangkan Harraz ?
“Insya-Allah saya buatkan. Awak rehat dulu. Dah sampai nanti, saya call.
Assalamualaikum...” Sebaik saja dia menjawab salam aku, terus aku
matikan talian dan bergegas ke dapur. Seroja yang tengah makan maggi
mengangkat kening sebelum tersenyum kecil. Seroja ni badan je kecik tapi
kuat makan. Berbuka tadi dia dah makan nasi ayam tapi sekarang ni lalu
lagi dia makan maggi!
“Kau nak pergi rumah hubby kau ke?”
Aku pandang dia sebelum mengangguk kecil.
“Ohh...” Seroja senyum lagi.
“Dia demam la...”
“Ada aku cakap apa-apa ke?”
Aku ketap gigi sebelum mengeluarkan beras dan periuk. Baik aku
cepat-cepat masak bubur ni daripada melayan Seroja yang duk tersengih
dari tadi.
“Kau balik tak malam ni?” Soal Seroja lagi.
“Baliklah...”
“Hmm...” Dia sengih lagi. Ikutkan hati dah lama aku lempar periuk nasi
ni dekat dia tu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience