BAB 4

Drama Completed 706

Ting! Ting!
Aku menekan loceng sambil menjengket sedikit dan menunggu sehingga
Harraz keluar untuk membuka mangga pagar. Bila dia berdiri di depan aku,
baru aku perasan muka dia yang pucat dan rambut dia yang serabai. Nampak
sangat dia tak sihat.
Secara spontan aku letak tapak tangan aku dekat dahi dia. Memang panas
sangat! Laju aku tarik tangan dia masuk dalam rumah. Lepas tu, aku suruh
dia duduk dekat kerusi sebelum aku pergi ke dapur dan memasukkan bubur
ayam ke dalam mangkuk.
Bila dah siap buat air milo panas untuk dia, perlahan-lahan aku bawak
mug dan mangkuk tadi ke depan. Sekarang ni Harraz dah berbaring sambil
berselimut dekat atas sofa.
“Awak, makan dulu...”
Dia cuba untuk bangkit tapi bila aku nampak dahi dia berkerut menahan
sakit, aku suruh dia baring balik tapi kepalanya aku betulkan sedikit.
Biar senang dia nak menelan bubur ni nanti.
“Saya suapkan...” Aku cedok satu sudu bubur sebelum meniupnya sedikit.
Bila aku hala sudu tu dekat mulut dia, dia hanya pandang aku sambil
tersenyum kecil.
“Terima kasih sebab sudi datang...”
“Makanlah bubur ni. Lepas tu makan ubat...”
“Malam ni awak tidur dekat sini ke?” Soalnya perlahan. Aku menggeleng kecil.
“Lepas awak tidur nanti, saya balik.”
“Ohh...” Dia dah tak bertanya apa-apa lagi dan hanya makan bubur yang
aku suapkan. Lepas dia habiskan bubur tu, terus aku suruh dia makan ubat
dan aku suruh dia naik ke bilik dia. Takkan nak suruh dia tidur atas
sofa je. Nanti sakit pulak badan dia.
“Temankan saya sampai saya tidur boleh?” Pintanya perlahan.
Entah kenapa aku mengangguk sebelum mengikut langkahnya ke bilik tidur.
Lepas aku selimutkan dia, aku duduk di sisi katil. Menunggu sampai dia
tidur tapi dia sebaliknya asyik tengok aku sampaikan aku rasa tak selesa.
“Tidurlah...”
“Janji jangan tinggalkan saya sampai saya tidur?”
Aku mengangguk lagi dan kali ni Harraz memejam matanya. Bila aku
mendengar dengkuran halus dia, aku terus tersenyum kecil. Nampak comel
bila dia tengok dia tidur. Entah apa yang merasuk aku sampaikan aku
berani menyentuh rambutnya dan membelainya lembut. Pipi dia yang sedikit
cengkung aku usap perlahan. Perlahan-lahan aku lentokkan kepala aku
dekat atas katil dan aku sendiri tak sedar bila masa aku terlelap dekat
situ.

Bunyi alarm yang agak kuat mengejutkan aku. Perlahan-lahan aku membuka
mata sebelum menggeliat kecil. Tiba-tiba aku rasa macam ada sesuatu di
atas perut aku. Terasa darah menyerbu naik ke muka bila nampak tangan
Harraz yang elok aje memeluk tubuh aku. Entah sejak bila aku dah
terbaring dekat atas katil dia ni. Rasanya semalam elok je aku tidur
dekat tepi katil. Ni mesti Harraz yang angkat aku naik atas katil.
Perlahan-lahan aku tolak tangan Harraz ke tepi sebelum mencapai telefon
bimbit yang memang aku letak dekat meja kecil di sebelah katil. Dah
pukul 4.00 pagi. Aku terus bangkit lalu menuju ke dapur. Nak siapkan
sahur untuk Harraz sebelum aku pergi ke kelas.
“Hya! Hya!” Tiba-tiba aku dengar Harraz menjerit panggil aku masa aku
tengah menggoreng ikan yang aku dapat dari dalam freezer.
“Hya!” Dia terus memeluk aku bila nampak aku yang tengah memasak dekat
dapur.
“Kenapa awak?”
“Saya ingat awak dah balik tadi...” Dia mengeratkan pelukannya sebelum
mengucup pipi aku buat kali pertama. Aku sedikit terkejut sebelum aku
menolak tubuhnya sedikit dan berpura-pura membalik ikan di dalam kuali.
“Pergilah rehat. Nanti bila dah siap, saya panggil.”
“Saya nak teman awak boleh?”
Aku hanya mengangguk. Dia terus duduk dekat atas kerusi makan sambil
memerhati aku.
“Dah lama saya tak rasa masakan awak. Thanks sebab sudi masakkan bubur
untuk saya semalam.”
“Sama-sama...” Balasku perlahan sambil memasukkan ikan ke dalam pinggan.
“Kita berbuka sama-sama nak?”
Aku pandang dia sebelum mengangguk. Entah kenapa senang betul aku
bersetuju dengan apa yang dia cakap.
“Nanti kita pasar sama-sama ye?” Dia mengukir senyuman lebar sambil
meletakkan kepalanya di atas meja. Dahinya berkerut sedikit.
“Kenapa awak?” Tanya aku cemas sebelum menyentuh dahi dia. Masih lagi
panas tapi takdelah panas macam semalam.
“Pening sikit...”
Aku mengurut kepalanya sedikit. Risau pulak aku tengok dia ni. Macam
manalah agaknya setiap kali dia demam dalam masa 4 tahun lepas dulu?
“Takpe Hya. Pergi la masak.” Dia tersenyum sambil mengenggam tangan aku.
“Awak sure awak okey?”
“Okey sangat. Jangan risau ye, sayang...” Dia usap pipi aku sebelum
ketawa kecil bila tengok muka aku berubah jadi merah.
Terus aku menjauhi dia sebelum mencapai periuk nasi. Jantung aku mula
berdegup kencang tapi masih lagi terkawal. Kalau tak, mahu jantung aku
melompat keluar!
“Saya pergi pasar sorang-sorang je la ye. Lepas tu boleh terus pergi
kelas.”
“Tak nak. Saya nak ikut awak. Dah lama saya teringin nak beli barang
dengan awak.” Suara dia sedikit tegas sekarang ni. Aku pandang dia
sekilas sebelum menghela nafas panjang.
“Awak demam...”
“Saya dah sihat sikit.” Dia masih lagi bertegas. Nampak sangat dia
takkan peduli dengan apa saja yang aku cakap dekat dia.
“Fine. Tapi saya yang akan ambik awak. Jangan nak pergi mana-mana selagi
saya tak datang. Understood?”
“Yes, mam!” Dia angkat tabik hormat sebelum tersengih. Aku hanya
menggeleng kecil sebelum turut tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience