BAB 5

Drama Completed 706

Aku tersenyum riang semasa melangkah masuk ke dalam dewan
kuliah dan terus duduk di sebelah Seroja . Seroja hanya pandang aku
dengan senyuman nakal.

“Aku dah agak kau takkan balik semalam...”

“Aku teman dia. Last-last aku yang tertidur.” Aku keluarkan
buku nota dari dalam beg sandang dan memandang ke arah pensyarah yang
baru saja masuk.

“Teruk ke demam dia?”

“Agaklah tapi pagi ni dah okey sikit. Malam ni aku berbuka
dengan dia ye. Kau okey ke berbuka sorang-sorang?”

Seroja jungkit kening sebelum ketawa kecil. “Jangan risaulah
pasal aku. Pandailah aku cari makanan nanti. Jaga suami kau tu
elok-elok. Sekarang ni, aku duk dengar ada budak-budak perempuan yang
sibuk bercerita pasal dia.”

Dahi aku berkerut. “Macam mana diorang kenal dia?”

“Diorang nampak kau dengan dia kot?”

Aku diam. Entah kenapa rasa cemburu pulak bila ada perempuan
lain yang sibuk bercerita pasal suami aku. Walaupun aku tak dapat terima
Harraz sepenuhnya sebagai suami aku tapi dia tetap suami aku! Suami aku!

“Hya, kau okey?”

“Bagitahu diorang yang Harraz dah ada isteri,” balasku dingin.

Seroja terus tersenyum nakal sebelum memaut bahu aku.
“Jangan risaulah. Harraz tu cuma nampak kau je. Kalau tak, manalah dia
sanggup tunggu sampai empat tahun untuk isteri kesayangan dia ni kan?”

Aku berusaha menahan diri aku daripada tersenyum. Betul
cakap Seroja tu. Kalau dia tak sayang aku, dia mesti dah cari pengganti
aku.

“Hmm...” Hanya itu yang keluar dari mulut aku sebelum kami
berdua senyap apabila kelas dah bermula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience