Completed
1427
[Flashback 9 tahun yang lalu..]
Sebaik sahaja aku sampai rumah,aku meluru masuk kedalam bilikku dan menangis sepuas-puasnya.Akhirnya,aku tertidur dengan sisa air mata di pipi aku.
"Hyo Rin,bangun.."Suara seseorang mengejutkan aku membuatkan aku tersedar daripada tidur.Eomma? "Jom turun makan,eomma dah masak sedap-sedap!"
Aku terus bangun bila dengar makanan dah tersedia.Dahlah aku tengah lapar ni,untung betul bangun tidur terus makan. "Pergi tukar baju,ya?"ucap Eommaku lalu aku mengangguk sebagai jawapan.
Aku memakai T-Shirt berwarna merah serta seluar pendek paras lutut berwarna hitam sebelum melangkah keluar dari bilik ke meja makan.
Oh ya,aku lupa nak perkenalkan Eomma dan Appa aku.Nama Eomma aku,Choi Yerin dan nama Appa aku ialah Han Ji Sung dan aku cuma ada seorang unnie yang beza umur dia 3 tahun dengan aku.
"Hyo Rin,duduklah sini."Eomma aku menepuk-nepuk kerusi di sebelahnya perlahan,memberi aku tempat untuk duduk. "Terima kasih,Eomma."ucapku lalu terus duduk di atas kerusi.
"Hyo Rin,kamu dah kemas barang untuk pergi Amerika?"Tiba-tiba,soalan daripada Appa aku membuatkan aku hilang selera makan.Ya.Aku terpaksa putuskan hubungan dengan Yoongi Oppa sebab ini.
"Dah.."balasku perlahan.Eomma yang tahu apa yang aku fikirkan segera cuba memujuk Appa aku supaya tak bertanya lagi. "Yeobo,nanti je ki.." "Macam mana dengan Yoongi?Kamu cakap apa kat dia?"
UHH!Soalan ni.Aku BENCI sangat-sangat.Perlu ke Appa aku tanya soalan ni? "Hyo Rin dah putus dengan dia.."balasku,murung.Appa aku tak pernah memahami perasaan aku.
"Bagus.Appa memang tak suka namchin kamu tu dari dulu.Sepatutnya kamu bercinta dengan Sehun je."kata Appaku,membuatkan kemarahan aku meledak.
"Appa!Kenapa mesti sebut pasal Sehun lagi?Hyo Rin tak suka dia!"marahku.Aku dah tak boleh tahan dengan Appa aku ni.Sentiasa cakap bahawa aku sepatutnya bersama Sehun daripada Yoongi Oppa.
Sehun ialah BFF aku dari tadika lagi.Dia merupakan anak kepada CEO Syarikat EcoFood.Kitaorang membesar bersama tapi aku tak sangka Sehun sukakan aku.Appa aku pulak nak ambik kesempatan daripada tu.
Appa menyuruh aku bercinta dengan Sehun,katanya,kami akan hidup senang kalau aku dengan dia.Tapi,aku malas nak dengar.Aku bercinta jugak dengan Yoongi Oppa.
Sejak tu,Appa memang tak suka dengan Yoongi Oppa.Appa aku selalu menghina dan memperlekehkan minat Yoongi Oppa terhadap muzik.
Walaupun Yoongi Oppa tak cakap apa-apa,tapi aku tahu dia kecewa bila dengar Appa cakap macam tu kat dia.
"Kalau kamu dengan Sehun,kita semua akan hidup senang,tahu tak?!"herdik Appaku membuatkan semua terkejut. "Kenapa mesti Appa nak paksa Hyo Rin?!Hyo Rin tak suka Sehun!"Aku menjerit marah.
"Kalau bukan sebab apa yang Hyo Rin rahsiakan dari Yoongi Oppa,kitaorang takkan putus!Appa pulak langsung tak fahami Hyo Rin!Kata yang Hyo Rin sepatutnya dengan Sehun!
Hyo Rin betul-betul sayangkan Yoongi Oppa!Kalau Hyo Rin tak fikir pasal masa depan dia,Hyo Rin dah pergi ke Amerika sana dan buat dia tertunggu-tunggukan Hyo Rin!Hyo Rin taknak impian dia berkecai hanya sebab Hyo Rin!
Appa selalu cakap Appa sayangkan Hyo Rin.Kalau betul Appa sayangkan Hyo Rin,kenapa Appa tak pernah nak faham Hyo Rin..?"
Share this novel