Completed
1427
"WTH?"
Aku memandang bangunan kat depan aku ni dengan pandangan tidak percaya.Apakah unnie aku ni sebenarnya dah GILA?
"Apahal tercegat kat sini lagi?Pergilah masuk dalam."tegur Hye Rin,unnie aku a.k.a manusia paling tak makan saman dalam dunia ni.
"UNNIE,KAU NI DAH TAK BETUL KE?"Aku menoleh ke belakang,memandang Hye Rin dengan mata yang terbeliak besar.Takkanlah..Hye Rin nak suruh aku kerja kat situ?!
"Eh?Kau ni dah kenapa?Tiba-tiba cakap unnie tak betul?" "Unnie,kau seriuslah nak suruh aku kerja kat sini?"soalku lagi meminta kepastian.
"Yelah,kau antara makeup artist terbaik tahu tak?Untung apa syarikat ni dapat kau."ucap Hye Rin.Lupa pulak nak cakap,aku ni kerja sebagai makeup artist dan stylist.
"Unnie..ni kan BigHit Entertainment.."Aku memandang semula bangunan besar kat depan aku.BigHit Entertainment..syarikat BTS,syarikat dimana Suga bernaung.
"Yeah,why?"soal Hye Rin macam orang dungu sebelum menyedari situasi yang sedang aku alami. "Uhhh..Hyo Rin,masih ingat dia ke?"soal Hye Rin berhati-hati.
Yelah,mana tahu tiba-tiba aku mengamuk sakan ke bila dia sebut nama Suga.Aku ni sensitif sikit. "Taklah,Hyo Rin tak kisah pun."balasku,menipu.
Menipu Hye Rin dan diriku sendiri.Tapi,bukankah selama ni kau memang hidup dalam penipuan,Hyo Rin...?Penipuan yang kau sendiri rancang.
"Okey,baguslah tu!Hyo Rin akan kerja kat sini selama setahun setengah,kalau BigHit nak jadikan Hyo Rin makeup artist tetap BTS,Hyo Rin boleh terus kerja kat sini."jelas Hye Rin.
"Hyo Rin..boleh terus kerja..kat sini..?"Aku dalam satu tempat yang sama dengan Suga..?Inilah yang aku tunggu selama ni.
Untuk bernafas udara di dalam ruang yang sama dengan seorang Min Yoongi semula.Aku rindu saat-saat aku dapat rasa hembusan nafasnya yang hangat di wajahku.
Tapi,adakah dia akan berasa gembira nanti..bertemu dengan aku..?
Share this novel