Completed
1427
"Annyeonghaseyo,Han Hyo Rin imnida."
Aku menyapa ketujuh-tujuh ahli BTS sambil tersenyum mesra. "Saya akan jadi makeup artist dan stylist awak semua buat sementara waktu jadi sila ajar saya perkara baru di sini."
Aku menjeling Suga yang sedang duduk diatas kerusi sambil bermain dengan telefon bimbitnya.Dia nampaknya langsung tak kisah pasal aku.
Walaupun aku sedar,waktu aku masuk pratice room diorang tadi,Suga kelihatan agak terkejut.Dia masih..ingat aku ke?
"Han Hyo Rin?Sedap nama awak!"puji V membuatkan aku tersipu-sipu. "Terima kasih.."ucapku.Uii,kena puji dengan V tu!Nasib aku tak pengsan sebab gembira sangat!
"Awak jangan risau.Kami akan ajar segala perkara yang awak perlu tahu dalam dorm ni."kata RM lalu aku mengangguk kepala tanda terima kasih.
"Kejap..umur awak berapa sebenarnya?Sebab saya tak pasti nak panggil awak apa."Tiba-tiba,Jungkook menyampuk dan bertanya tentang umur aku.
"Saya sebaya dengan Jimin dan V,jadi saya lebih tua dari Jungkook.."beritahuku. "Ye ke?Maaflah tadi saya biadab dengan noona."ucap Jungkook serba-salah.
"Tak apa,baru kenal kan?"balasku lalu tersenyum. "Aku laparlah.Jom makan."Tiba-tiba,Suga berdiri dari tempat duduknya dan melangkah keluar dari pratice room.
"Aku pun laparlah,jom lah pergi makan!"Jimin mengikut Suga dari belakang diikuti beberapa ahli yang lain.
"Jomlah makan sekali.Sambut kedatangan awak ke sini."ajak Jin lalu aku terima pelawaannya.Gila lah kalau aku tak terima,makan semeja dengan BTS tuuu!
Sewaktu aku berjalan keluar dari pratice room,tiba-tiba ada tangan yang mengenggam lenganku membuatkan aku terkejut.
"Suga Oppa..?"Aku terkedu melihat Suga yang berada kat depan aku.Dia merapati aku membuatkan jantung aku berdegup laju mengalahkan kereta lumba F1!
"Nampaknya kau gembira,Hyo Rin."bisiknya sebelum berlalu pergi ke dapur.Lutut aku menjadi selembik jeli.
Dia..masih ingat aku?Walaupun selepas 9 tahun?Aku pasti aku tak akan aman kerja kat sini.
Sebab melihat dia bagaikan membuka semula memori-memori dari masa silam yang menyakitkan..
Share this novel