Chapter 1

Fanfiction - KPOP Completed 1410

[9 tahun dahulu..]
"Hyo Rin,kenapa nak jumpa Oppa kat sini?"soal Yoongi sebaik sahaja muncul kat depan aku. "Saja.Takkanlah tak boleh ajak?"balasku dingin.Maafkan Hyo Rin,Oppa..
"Kenapa macam ni,hmm?Hyo Rin ada masalah ke..?"Yoongi cuba mengelus wajahku tapi aku segera menepis tangannya.Yoongi kelihatan terkejut dengan tindakan aku.
"Jangan pegang Hyo Rin." "Hyo Rin,kenapa ni?Oppa ada buat salah ke?"Wajah Yoongi berubah menjadi muram.
Semua ni bukan salah Oppa,semua ni salah Hyo Rin.Hyo Rin terpaksa buat macam ni,demi Oppa dan masa depan Oppa jugak..
"Jom putus."ucapku walau hati aku ni rasa sakit sangat. "Apa..yang Hyo Rin cakap tadi?Rasanya Oppa salah dengar lah.."
"Hyo Rin cakap,jom putus."Aku memandang ke dalam anak mata Yoongi.Menahan air mata aku dari mengalir.Dia tak boleh sedar yang aku sedang terluka sekarang ni.
"Kenapa?Oppa ada buat apa-apa ke?Ke Oppa ada buat Hyo Rin kecewa?Hyo Rin marah kat Oppa ke?Bagitahulah sebabnya.."
"Tak,bukan Oppa masalahnya.Hyo Rin je yang nak putus."balasku lalu memandang kearah lain.Aku ternampak air mata yang mengalir dari mata Yoongi.
"Jangan berhubung dengan Hyo Rin dah.Harap Oppa dapat cari yang lebih baik dari Hyo Rin."ucapku lalu ingin berlalu pergi tapi kaki aku ni rasa berat sangat nak jalan.
"Oppa masih cintakan Hyo Rin!Tolonglah!"rayu Yoongi,terdesak. "Oppa kejarlah impian Oppa.Jadilah seorang rapper.Hyo Rin akan tetap sokong Oppa."kataku tanpa memandang dia walaupun sekilas.
Aku takut,kalau aku memandang dia walaupun sekejap,aku akan cair melihat dia.Sebab wajah dialah yang sentiasa menenangkan hati aku pada setiap waktu.
Tapi,wajahnya kini akan menambahkan garam dalam luka aku. "Hyo Rin..betul-betul ke boleh lupakan Oppa nanti..?"soal Yoongi.
"Hyo Rin akan cuba."Aku berjalan meninggalkan Yoongi di atas bumbung sekolah seorang diri.
Maafkan Hyo Rin,Oppa.Hyo Rin ada sebab tersendiri.Hyo Rin tinggalkan Oppa,sebelum Oppa yang tinggalkan Hyo Rin.
Sebab kalau Oppa tahu apa yang Hyo Rin rahsiakan selama ni,Hyo Rin tak tahu Oppa masih cintakan Hyo Rin atau tak..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience