Completed
1427
Suga meraup mukanya yang kelihatan merah sebelum berjalan merapati aku dan melutut dihadapanku yang sedang menangis teresak-esak.
"Syuhh..jangan menangis dah,aku mintak maaf.."ucap Suga lalu mengelus wajahku lembut. "Ja..Jangan dekat dengan Hyo Rin!"
balasku,ketakutan.
"Hyo Rin,aku betul-betul minta maaf,aku..aku tak tahulah kenapa aku buat kau macam ni.."kata Suga membuatkan aku mengangkat wajah,memandang kedalam anak matanya.
"Aku cuma..cuma..aku tak boleh tengok kau dengan Jimin macam tu.."Aku tersentak.Apa maksud semua ni?
"Maafkan aku sebab dah berkasar dengan kau,aku betul-betul tak sengaja.."Suga menyuruh aku bangun lalu dia memelukku. "Oppa.."
Aku perlahan-lahan melepaskan pelukan itu. "Ba..bagi Hyo Rin masa.."pintaku lalu berjalan keluar dari studio Suga.
"Aaaahh!!"Suga menjerit dengan kuat lalu menghentak meja kerjanya.Walaupun terdapat helaian kertas yang tertulis lirik,renyuk,dia dah tak kisah.
Apa yang dia tahu,hati dia lebih remuk dari kertas-kertas tu semua. "Kenapa..?Kenapa kau buat macam tu kat dia,Yoongi?"katanya kepada diri sendiri.
"Kau nak dia semula tapi kau kata kau benci dia.."Suga duduk diatas sofa yang memang ada dalam studio itu.Fikirannya menerawang memikirkan masa lalu..
[Flashback 2 tahun yang lalu..]
"Wah,kau tengok cara dia makeup perempuan ni!Cantik gile!"Suga mendekati RM dan Jungkook yang sedang sibuk menonton sesuatu kat laptop J-Hope.
"Apa korang kecoh sangat ni?"soal Suga lalu join sekaki menonton cerita entah apa-apalah,dia pun tak tahu.
"Kitaorang tengok makeup tutorial dari Han Hyo Rin,artis makeup and stylist artis terkenal tuu.."jelas Jungkook sambil menuding jari kearah skrin.
Han Hyo Rin..?Suga memandang wanita dalam video yang sedang terpapar itu.Hyo Rin..bukan ke ni ex dia?
"Bagus kan dia makeup perempuan ni,kalau lelaki lagi bagus ah!Dengarnya dia pernah jadi makeup artist untuk GOT7 selama setahun tau!"beritahu RM bersungguh-sungguh.
"Aik?Yang kau beriya-iya sangat ni,kenapa?"soal Suga,sinis.Sebenarnya,dia ni JEALOUS je lebih,sebab tu tanya soalan macam tu..
"Taklah,haritu aku ternampak manager hyung cari maklumat pasal Han Hyo Rin in kat Google.Yalah,kan kita punya makeup artist dengan stylist dah berhenti."
"Tapi,kita kan dah cukup makeup artist dengan stylist?Kenapa nak cari yang lain?"soal Jungkook,bingung. "Kau ni pun,kan yang berhenti tu makeup artist dengan stylist utama kita.So,sebab tu kena cari yang lain."balas RM.
"Oohh,hah,Suga hyung!Apa pendapat kau?"soal Jungkook mengejutkan Suga. "Aku..aku okey je."balas Suga,hanya fokus pada skrin laptop.
"Okey,cerita ni dah habis,aku pergi dulu."Selepas beberapa minit,video itu akhirnya tamat dan Suga terus berlalu keluar ke biliknya.
"Hyo Rin,kenapa kau kena hantui aku..?Sampai sekarang,aku masih lagi bayangkan diri kau kat depan aku,tersenyum.."
Share this novel