Completed
1427
[Sekarang..]
"Huwaa..bosannya!"Aku mencapai remote TV dan mencari cerita yang aku boleh tengok pada waktu-waktu macam ni.
Tiba-tiba,perhatian aku tertumpu pada satu rancangan muzik yang terpapar kat TV.Dia..aku rindu dia..aku rindukan Min Yoongi ku..
Kelihatan dia sedang tersenyum lebar bersama ahli-ahli BTS yang lain,baru sahaja memenangi tempat pertama untuk album baru mereka.
"Yoongi Oppa.."Air mata aku mengalir tanpa dapat ditahan.Walaupun dah 9 tahun berlalu,aku masih tak dapat lupakan dia.Adakah dia dah lupakan aku..?
Ahhh..aku terlupa.Aku tak boleh lagi memanggilnya Yoongi.Sekarang ini,dia dikenali satu dunia dengan nama "Suga BTS".
Adakah aku seorang sahaja yang masih ingin memanggilnya Yoongi Oppa?Tapi,tak salah kan?Dia pernah menjadi milik aku..
Kejap...Dia PERNAH menjadi milik aku..suatu masa dahulu,sebelum aku memutuskan hubungan aku dengan dia.
Aku tak dapat mengalihkan mata aku dari wajahnya.Dia terlampau menarik perhatian aku sepertimana 9 tahun dahulu,waktu kali pertama aku berjumpa dengannya..
Macam inilah yang aku rasa..jantung berdegup laju,mata asyik memandangnya.Dia ada..satu tarikan yang tak dapat aku jelaskan..
Tapi kini,semua perasaan aku dah tak ada gunanya.Dia sudah menjadi seorang superstar.Dia dikenali satu dunia.
Nampaknya Oppa hidup lebih bahagia berbanding sewaktu dengan Hyo Rin,kan..?
Share this novel