Chapter 14

Fantasy Completed 1427

"Jimin,lebih bagus kalau kita hentikan semua ni.."kataku lalu menolak tubuh Jimin menjauhiku. "Hah?Maksud awak?"soal Jimin,tidak percaya dengan apa yang dia dengar tadi.
"Saya rasa,kita tak perlu dah berpura-pura.." "Habistu,awak nak biar Suga hyung sakitkan hati awak lagi?Cederakan awak?Permainkan awak?Nak ke?"
Aku memandang kedalam anak mata Jimin. Nampaknya dia betul-betul kecewa dengan keputusan yang aku dah buat. "Jimin..apa perasaan awak bila awak cuba sesuatu yang baru?"
Soalanku membuatkan Jimin menaikkan keningnya. "Mestilah saya rasa seronok dan takut."balas Jimin. "Tapi,macam mana kalau awak gagal?Awak akan cuba semula?"soalku lagi.
"Mestilah!Kalau saya dah minat benda tu,saya akan usaha untuk mempelajarinya." "Macam tulah saya.Mula-mula,saya takut sangat waktu dengan Suga Oppa..
Lama-lama,saya suka kehadiran dia.Dan,bila kitaorang break,saya masih lagi tak berputus asa nakkan dia semula..sebab saya sayang dia."
Jimin menggeleng-gelengkan kepalanya,tanda tidak mempercayai apa yang aku kata. "Suga hyung cuma nak seksa awak,tahu tak?!"marahnya.
"Saya kenal dia.Dia takkan seksa orang yang dia sayang.."balasku,perlahan. "Tapi,adakah dia sayang awak?"soal Jimin,sinis.Aku terkedu.Ya,adakah Suga sayangkan aku?
Jimin menggengam tanganku erat bagai tak nak dilepaskan. "Tolonglah,Hyo Rin..saya dah janji nak lindungi awak..kenapa awak masih nak kembali kat Suga hyung..?"
"Jimin,awak tahu kan saya masih cintakan dia.."Aku melepaskan genggaman tangan Jimin lalu melangkah keluar dari kawasan ruang makan.
"Aku dah hampir dapatkan Hyo Rin,kenapa kau yang masih ada dalam fikiran dia,Suga hyung..?"kata Jimin,perlahan.Tangannya dinggengam membentuk penumbuk kerana rasa geram yang melampau.
Tok Tok Tok!
"Masuk."Aku melangkah masuk kedalam bilik Suga apabila aku telah mendapat kebenaran daripadanya.
"Hyo Rin..?" "Oppa!"Aku meluru kearah Suga lalu memeluknya erat. "Eh,a..apa yang kau buat ni?"soal Suga,terkejut.Aku hanya diam,tidak menjawab soalnnya.
Suga meleraikan pelukan itu lalu memandangku dengan pandangan hairan bin ajaib. "Oppa..Hyo Rin ada sesuatu nak cakap kat Oppa ni.."ucapku,perlahan.
"Apa?" "Hyo Rin ma..masih cintakan Oppa!"Aku menutup mukaku dengan kedua belah telapak tanganku.MALU!Tapi,aku lebih risau apa yang akan Suga buat lepas ni.
Aku dah buat keputusan untuk beritahu Suga tentang perasaan aku dan berhenti berpura-pura bahawa aku sukakan Jimin.Walaupun dia akan gunakan ini sebagai kelemahan aku nanti,aku tak kisah.
Kerana aku tahu,aku ikhlas mencintainya. "Kau..cin..cintakan aku..?" "Ya!Tapi..kalau Oppa tak terima,Hyo Rin tak kisah.."ucapku lalu ingin berjalan keluar dari bilik Suga.
Tiba-tiba,mata aku terpaku pada telefon bimbit milik Suga yang ada kat atas meja.Kejap..wallpaper dia..bukan ke tu gambar aku dengan dia 9 tahun yang lepas..?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience