Completed
1427
"Eee..Oppa ni melampaulah!"Aku memarahi Suga yang berada di hadapanku. "Apa yang melampaunya?"balas Suga selamba.Kalau boleh,dah lama aku tumbuk muka dia ni.
"Kenapa Oppa main pegang je tangan Hyo Rin?Tahulah kita ada something dulu tapi tu semua dah lama lepas!"
Suga memandang aku dengan pandangan tidak percaya. "Dah kenapa ni?"soalku hairan.Dia menggeleng-gelengkan kepalanya sebelum ketawa kuat.
"Kau ingat aku pegang tangan kau tu,ada kena mengena dengan masa dulu ke?"soal Suga,sinis.Dia merapati aku sebelum membisikkan sesuatu ke telinga aku.
"Kau dah move on kan?Samalah dengan aku.Ataupun..kau masih lagi berharap..?"Aku berundur setapak mendengar kata-katanya. "Oppa jan..jangan me..merepek eh!"
"Merepek?Bila masa?"Suga berpaling daripada menghadap aku. "Kau tahu kan,Hyo Rin..Kalau kau masih cintakan aku,aku boleh gunakan tu sebagai kelemahan kau."
"Sebab,syarikat aku tak akan terima staf yang ada perasaan cinta kepada idolnya."Wajah aku berubah menjadi pucat sebaik mendengar ayatnya.
"Dan,aku boleh seksa kau kalau aku tahu kau masih cintakan aku.Tapi,nampaknya kau dah move on jadi..kau selamat."Suga tersenyum kepadaku lalu duduk di meja kerjanya semula.
Lutut aku menjadi lemah sehingga aku perlu berpaut pada objek yang berdekatan.Tak sangka..dia telah berubah sebanyak ni.Dia buat aku takut dengan kehadirannya.
Aku melangkah keluar dari studio Suga. "Hyo Rin."Aku tersentak.Jimin..? "Eh,apa yang awak buat kat sini,Jimin?"soalku.Wajahnya kelihatan serius.
"Awak..ex Suga hyung ke?"Soalan Jimin bagaikan guruh berdentum di langit. "Ma..macam mana.." "Saya terdengar apa yang awak dan Suga hyung cakap tadi."beritahu Jimin.
"Jimin,saya merayu.Tolong jangan bagitahu sesiapa.Tolonglah.."Aku melutut di hadapan Jimin lalu menangis.Aku tak nak hilang kerja ni.Aku masih nak lihat Yoongiku.
"Eh,janganlah macam ni.Hyo Rin,bangunlah..."Jimin memegang lenganku lalu menyuruh aku bangun. "Saya tak akan bagitahu sesiapa pasal ni.Rahsia awak selamat dengan saya."
"Terima kasih,Jimin!"Aku memeluk Jimin gembira. "Sama-sama."balasnya,malu-malu. "Kejap..awak masih cintakan Suga hyung ke?"soal Jimin.
"Ya..tapi nampaknya dia bencikan saya.."balasku perlahan. "Takpe,awak ada saya kan?Saya akan lindung awak."ucap Jimin menimbulkan tanda soal dalam hatiku.
"Saya dengar apa yang Suga hyung cakap tadi.Awak pura-puralah awak sukakan saya.Nanti Suga hyung tak akan permainkan awak lagi." "Tapi..boleh ke..?"soalku,ragu-ragu.
"Saya dah kata,saya akan lindungi awak.Saya tak kisah.Awak gunakanlah saya."kata Jimin lalu tersenyum manis.Aku menahan air mataku dari mengalir.
Baiknya dia!Macam mana boleh ada manusia seperti dia kat dunia ni? "Jimin,terima kasih.Saya cuma boleh harapkan awak je."ucapku lalu memeluknya sekali lagi.
"Dahlah tu peluk saya.Awak buat saya malu je!"usik Jimin lalu kami berdua ketawa.Tiba-tiba,muncul satu kemungkinan dalam fikiranku.
"Patut ke aku betul-betul move on?Mungkin aku boleh mula sukakan Jimin?"Aku menepis kemungkinan yang aku fikirkan tu.
Aku hanya cintakan Suga Oppa.Aku hanya cintakan Yoongiku.Tak akan ada yang lain.
Share this novel