Completed
1427
"Hyo Rin,sinilah..Biar saya suapkan awak,okey?" "Okeyyy.."Ahli-ahli BTS yang lain memandang hairan kepada aku dan Jimin.
"Kejap.Korang berdua ni dah kena sampuk ke?"soal Jungkook,masih lagi tidak percaya dengan apa yang dia lihat depan matanya.
"Mana ada!Kitaorang elok jelah.."balas Jimin lalu tersenyum manis kepadaku.Aku hanya mengangguk lalu menyambung kembali memakan makananku.
"Habistu?Korang berdua demam eh?Apasal sweet sangat ni?Boleh buat aku muntah tau."kata Jungkook,jengkel.
Yalah,orang nak makan jajangmyeon,tiba-tiba boleh pulak dua orang depan dia ni buat 'sketsa cinta'lah sangat.Ingat orang suka?
"Laa..tak salah pun kan?Hyo Rin ni comel sangat sebab tu aku asyik layan dia.."balas Jimin lalu menggosok rambutku.
"Jimin!Tengok apa awak buat,dah rambut saya jadi serabai!"marahku lalu membetulkan rambutku semula.Jimin dan ahli BTS yang lain ketawa mendengar kata-kataku kecuali..
Suga.Ya,dari tadi aku perasan dia makan jajangmyeonnya dengan senyap sekali.Tapi,ia taklah menghairankan.
Kerana dia akan menikmati sesuatu makanan itu dengan senyap jika ia rasa sedap.Mungkin jajangmyeon tu sedap sangat agaknya..?
"Suga Oppa,sedap sangat ke jajangmyeon tu?Oppa makan dengan senyap jee.."
soalku,mesra.Dia mengangkat mukanya lalu memberiku pandangan 'maut'.
"Hmm.."balasnya perlahan lalu menyambung makan semula. "Issh,kau ni pun!Kalau sedap sangat tu,takyahlah sampai tak layan Hyo Rin!"tegur Jin dengan muka tidak puas hati.
"Haah,kesian Hyo Rin tau!Hyo Rin,awak jangan terasa ya..?Suga hyung memang selalu macam ni."kata V pulak,cuba memujukku kerana dia ingat aku terasa dengan perbuatan Suga.
"Mianhei,aku tak boleh balas tadi sebab mulut aku penuh."ucap Suga,memohon maaf kepadaku tapi aku tahu bukan tu sebabnya..
"Tak apa,Oppa!Hyo Rin faham.."balasku lalu tersenyum kelat.Aku terkedu melihat Suga memberiku segaris senyuman sinis.Ya,dia sengaja nak menyakitkan hati aku lagi.
"Cepat sikit makan tuu,kita kena practice lagi ni!"kata J-Hope lalu memandang jam tangan yang dipakainya. "Semua dah siap makan kan?Biar Hyo Rin basuh semua,korang pergi practice, okey?"
Sewaktu semua orang telah keluar dari kawasan ruang makan,tiba-tiba Jimin merapatiku dan mencium dahiku lembut. "Ji..Jimin!A..apa awak bu..buat ni?"soalku terkejut.
"Awak tak payah risau.Saya takkan apa-apakan awak.Ingat kan,saya akan sentiasa lindungi awak?"ucap Jimin lalu tersenyum.
Manisnya senyuman lelaki kat depan aku ni..Jimin..berbeza dengan Suga Oppa but still,aku lebih cintakan Suga Oppa daripada Jimin.
Kat mana salahnya?Apa aku ni buta?Tak pandai menilai mana kaca dam permata? "Saya pergi dulu,nanti diorang bising sebab saya lambat."kata Jimin lalu berjalan pergi meninggalkan aku.
"Jimin.."
Share this novel