Sambil memandu,sambil aku termenung mengenangkan hidupku yang entah
bagaimana akhirnya.Aku dan Im terserempak dipersisiran pantai yang dekat
dengan rumahku diPahang.Ketika itu keluargaku baru lepas memukat.Dan
dengan tidak sengaja Im terlanggar aku.Im sedang bercuti dengan
keluarganya.Dari situ kami mula berkenalan dan rupa-rupanya kami satu
universiti cuma berlainan kos,aku kedoktoran dan Im pilot.kami mula
serius dengan hubungan kami.
Selepas setahun berlalu,Im menghantar rombongan meminang,keluarga Im
menerimaku dengan hati yang terbuka,menyebabkan aku dengan senang hati
menerima pinangan itu, selepas tiga bulan, kami dinikahkan tanpa
pertunangan.Aku hidup bahagia bersamanya. Sudah empat bulan kami
diiktiraf sebagai suami isteri.Aku hanya anak seorang nelayan yang sudah
pencen,Aku hanya anak kampung yang tidak punya harta.keluarga Im
menerima aku dengan seadanya tanpa membezakan taraf hidup.Namun lain
pula bagi rakan-rakan Im.Mereka terlalu menitikberatkan taraf yang
sama.Kerana terlalu mementingkan maruah dan taknak diketawakan oleh
rakan-rakan,Im sanggup menyembunyikan indentitinya yang berggelar
seorang suami kepada aku yang tidak punya harta.
Walaupun aku terluka dengan sikap Im yang sanggup menyembunyikan
identitinya kerana rakan-rakannya,aku tetap mencintainya.Benar kata
orang cinta itu buta,sanggup terluka untuk menjaga maruah
suami..maruahlah sangat.Namun aku tidak pernah menyembunyikan identiti
ku yang bergelar seorang isteri.Semua mahasiswa dan mahasiswi dikos aku
mengetahui yang aku sudah menjadi seorang isteri,cuma mereka tidak tahu
siapa suamiku.Biarlah menjadi rahsia jika itu yang diingini oleh Im.
Share this novel