"lah..nak gi mana lagi..nak gi ambik batu kat luar umah tulah..nak bagi
Im makan.."kataku sambil tersenggih.Im apa lagi,pipi aku juga yang jadi
mangsa cubitannya.
"ish sayang ni..Im gurau jelah..sampai hati nak bagi Im makan
batu.."katanya dengan lirih sambil buat muka sedih.
"alolo..Iqa gurau jelah..takkanlah Iqa nak bagi suami Iqa yang handsome
ni makan batu..tak de kelas lah.."kataku sambil memenggang kedua-dua
pipinya.Dia apa lagi senggih jelah memanjang,kena pujilah katakan.
Sebelum kami berdua memulakan hari kami ke Universiti untuk menuntut
ilmu,pasti akan ada pesanan penaja dari YB Naim Syafeq.
"sayang macam biasa erk..nanti kalau.."belum sempat Im menghabiskan
ayatnya,aku cepat-cepat memotong,macam lumba keretalah pula.
"nanti kalau terserempak dengan Im dekat Universiti..buat-buat tak kenal
sebab nanti kawan-kawan Im tau pulak yang Im dah nikah..betul
tak?"kataku,sambil tersenyum,walaupun dalam hati hanya Allah yang tahu.
"hah..pandai pun isteri Im..ingat erk..oklah Im pergi dulu sayang..drive
carefully.."katanya sewaktu aku menyalami tangannya dan dia mengucup
dahiku.Aku hanya senyum,sambil melambai tangan setelah keretanya mula
menjauh.Dan aku masih di depan kereta Myviku hadiah daripada
mentuaku.Setelah beberapa saat,aku mula memandu keretaku ke Universiti.
Share this novel