Sudah seminggu aku tidak bertegur sapa dengan Im,walaupun kadang-kadang
Im cuba mengajakku berbual.Namun aku tetap memasak,membasuh dan
menggosok pakaiannya kerana itu tugasku,nanti berdosa pulak aku.Cuma aku
tak tidur sebilik lagi dengan Im,aku tidur dibilik tamu ditingkat satu.
Hari ini di bilik kuliah aku menerima satu sampul yang mangandungi
sepucuk surat yang menyuruh aku ketasik didalam Universiti kami ini.Aku
yang jenis ingin tahu hanya mengikut apa yang ditulis dalam surat itu.
And here I'am di tasik,namun tiada apa-apa pun disini.Ke aku kena
bang-bang boom ni.Dalam aku termenung tu..tiba-tiba ada bunyi pecikan
bunga api..siang-siang hari??
Aku pun mendonggak memandang langit.'Ya Allah' cantikknya .. monologku
didalam hati..Sekarang terbentang pelbagai warna belon tak kira
ungu,pink,kuning,biru..warna-warni yang tertulis 'I LOVE YOU'di depan
mataku.Setelah belon itu mula terbang menjauh muncul pula layang-layang
yang pelbagai warna juga sedang terbang dibawa angin bayu di dada
langit.Dan SUBHANAALLAH,aku menekup mulutku dan mata mula
berair.Terharu.Terdapat satu layang-layang besar yang berbentuk love dan
tertulis 'IQA ABANG MINTA MAAF?AND I LOVE YOU.ANTARA CINTA DAN MARUAH
ABANG PILIH CINTA HATI ABANG-NAIM SYAFEQ.'
Selepas itu,bahuku disentuh seseorang dan aku berpaling dan memeluk Im
dengan erat,sungguh aku terharu,gembira semua bercampur baur.Im membalas
pelukanku dan berbisik kepadaku..
"sayang..abang minta maaf..maafkan abang yee sayang.."dan aku hanya
menggangguk dalam pelukannya.
"sayang.. lebih baik sayang lepaskan abang sekarang,semua orang tengah
tengok kita ni..."kata Im,yang menyebabkan aku meleraikan pelukanku
kepadanya dan aku memandangnya kehairanan sebelum dia menyuruh aku
memandang kesekeliling..Aku menekup mulut setelah melihat ramai
mahasiswa dan siswi berada disitu sambil bertepuk tangan memandang
kearah aku dan Im.Malunya!!merah wajahku.
Im hanya ketawa kecil sebelum menyambut huluran mikrofon dari salah
seorang rakannya.Aik apa dia nak buat ni?
"Perhatian please..warga seuniversiti.."Im mula bersuara menggunakan
mikrofon dan suaranya bergema di sekeliling itu.Dan semua orang yang
berada disitu senyap seketika sebelum riuh kembali setelah Im membuat
pengumuman yang memeranjatkan aku.
"Dengan ini saya Naim Syafeq ingin mengumumkan bahawa Nini Syafikah
ialah isteri saya yang sah sejak empat bulan yang lepas.Dan saya harap
tiada siapa yang cuba mengurat isteri saya,kalau tak siap dia!Dan jangan
pulak ada sesiapa yang menggoda saya yeee.."kata Im sambil mengenyit
mata kearahku,aku menjenggilkan mata kearahnya..ish dia nikan..Semua
yang ada disitu hanya ketawa.
Share this novel