Tiba-tiba Puteri datang kearahku dan memelukku sambil mengucapkan
tahniah kepadaku..sempat lagi dia cakap laki aku hensem..gatal.
Selepas rakan-rakanku mengucapkan tahniah kepadaku,aku dibawa oleh Im
untuk berjumpa dengan seseorang.Dari jauh aku nampak seorang perempuan
sedang duduk di sebuah bangku sambil melambai tangan kearah
kami.Perempuan itu!yang aku jumpa sedang bermesra dengan suami aku
belakang bangunan.
"hai..Iqa kan?I najwa,just call me wawa.."katanya sambil menghulurkan
tangan untuk bersalam.Aku menyambutnya dengan senyuman.
"hmm I sebenarnya nak mintak maaf pasal belakang bangunan hari
tu..sebenarnya I yang perangkap Im,Im tak salah pape pun..I mintak
maaf..sekarang I dah tau dia ada isteri dan I takkan ganggu dia..you
jangan risaulah Im memang cintakan you..sehingga sanggup diketawakan
kawan-kawannya..tapi kami sebagai kawan gembira kerana dia mendapat
isteri sebaik you..dia seorag lelaki yang bertuah.."aku hanya tersenyum
sepanjang kak Wawa ni bersuara.Setelah itu kak Wawa meminta diri dan
tinggallah aku dan Im disitu.Im duduk di bangku yang tersedia dan aku
turut duduk disebelahnya.
"So..sekarang dah percaya cakap abang.."Im mula bersuara sambil
berpaling mengadapku setelah keadaan sunyi seketika.
"dah..hmm Im Iqa nak minta maaf..sebab Iqa hubungan kita rentak
seketika.."aku hanya menundukkan kepala ketika menuturkan ayat itu.
"boleh dimaafkan tapi dengan satu syarat.."kata-kata Im itu membuat aku
mendongak memandangnya.Ada senyuman diwajahnya.
Share this novel