Sampai saja di universiti,aku bergegas ke falkultiku.Falkultiku tidak
berapa jauh dari falkulti Im.Masuk sahaja ke dalam bilik kuliah,aku
cepat-cepat duduk disebelah kawan baikku iaitu Puteri Afrina.Sedap nama
diakan,secantik rupanya.
"Hai Nie,lambat sampai arini?ko bangun lambat ke?."haish itulah
Puteri,aku tak sempat lagi nak lepas lelah,dia dah tembak aku dengan
pelbagai soalan.Rakan-rakanku semuanya memanggilku Nini,hanya Im yang
memanggilku Iqa,katanya itu panggilan istimewa dan hanya dia yang boleh
panggil nama tu.Hais macam-macam.Baru je aku nak menjawab..dah ada
tukang jawab.
"Ehh..ko ni Puteri gunung ledang,kok ye pun nak tembak si Nini yang
comel ni dengan soalan ko tu,tunggulah Nini ni duduk dulu..sian dia
penat..kan Nini kann.."ni sorang lagi kosmate aku,Irham..suka sangat
menyampuk bila aku dengan Puteri berbual,apa masalah dia pun aku tak
tahu.Yang pasti dia suka sangat panggil Puteri dengan gelaran 'Puteri
gunung ledang'walaupun dimarahi Puteri.Aku rasa dia ni ada hati kat
Puterilah,nak kata sukakan aku,dah sah-sahlah tak boleh sebab aku ni
isteri orang.Dan dia pun tahu hakikat itu.
"Ish..ko ni kan Am,kalau tak menyampuk tak sah."marah Puteri sambil
menjeling tajam.Irham buat bodoh je.
"Apa yang tak sah..tak sah ko jadi isteri aku..memanglah tak sah kita
belum nikah lagi..lepas habis study,kita nikahlah.."Irham mengenyit mata
kepada Puteri.Belum sempat Puteri nak buka mulut,lecture dah masuk.Dan
Irham kembali ke tempat asalnya.Dan kami pun mula menumpukan perhatian
kepada lecture.
Share this novel