"ish tadi sombong taknak muahh..muahh..sekarang nak pulak..mana
boleh.."kataku dan cuba melarikan diri.
"ish nakal erk..sini dia nak geletek cukup-cukup.."Im mengeletekku.Riuh
rumah itu dengan tawa Im dan jeritan ku.Haish Im,macam mana aku tak cinta.
'Ya Allah'aku menekup mulutku dan mata mula berair.Siapa yang tak terasa
bila melihat adegan romantik antara sisuami dengan perempuan lain
didepan mata.Aku sedang berada di belakang bangunan falkultiku.
Sakitnya hati bila ada perempuan lain sedang enak memeluk suami ku tanpa
segan silu.Hampir saja,si perempuan itu ingin mencium pipi
suamiku,suamiku cepat-cepat menolak perempuan itu setelah menyedari
kehadiranku disitu.Aku yang melihat Im sedang mara kearahku,cepat-cepat
melarikan diri.Aku mendengar namaku dilaung seseorang,siapa lagi kalau
bukan Im.Aku hanya berlari sampai ketempat pangkir kereta dan memecut
laju keretaku,tidakku endahkan laungan Im.
Sampai dirumah,aku bergegas ke bilik utama dan memunggaskan semua
pakaianku kedalam bagasi yang telah sedia ada.Aku ingin pergi dari
sini.Aku tak mahu berada disini.Aku menangis teresak-esak,lagi-lagi
apabila teringat akan kata-kata Im yang dia lebih mementingkan
maruahnya..apabila aku menyoalnya setelah ternampak dia dengan seorang
perempuan kecafe bersama-sama sambil perempuan itu memeluk lengan
suamiku pada dua minggu lepas.Masih tergiang-giang kata-katanya yang
menyentap hatiku,namun aku hanya berlagak selamba dihadapannya..imbas
kembali.
"sayang...sayang taukan Im bukan taknak bagitau kawan-kawan Im pasal
sayang..tapi sayang taulah diaowang macam manakan..nanti Im diketawakan
diaowang pulak..sayang nak ke suami sayang ni
dimalukan..diketawakan.."aku hanya menggeleng kerana tidak sanggup
berkata-kata lagi.Sakitnya hati hanya Allah yang tahu.
"taknak kan..sebab tu kawan pompuan Im tadi tu peluk lengan Im sebab dia
ingatkan Im tak kahwin lagi..sayang jangan risaulah..Im cintakan sayang
sorang je.."kata Im lagi sambil mengenggam kemas tanganku.
Hmm CINTA kan aku seorang.Tapi harini,dia lukakan hati aku..Cintakah
itu?.Dia lebih pentingkan maruahnya.Berterabur lamunanku setelah
mendengar pintu bilikku dikuak dari luar.Siapa lagi kalau bukan Im.Haish
macam mana aku tak perasan dia bali,tak dengar pun enjin kereta
dia.Tulah mengelamun lagi.Tak aku endahkan Im yang sedang menuju
kearahku yang sedang duduk dibirai katil sambil memasukkan pakaianku
kedalam bagasi.
Share this novel