"Assalamualaikum.."salam diberi diikuti ketukan pintu dari luar.
Aku berlari-lari anak ke pintu rumah untuk menyambut suami tersayang.Aku
membetulkan pakaian agar nampak cantik dihadapan si suami.Senyuman mula
terlukis dibibir sebelum tangan memulas tombol pintu.
"waalaikumussalam..awal Im balik hari ni?"soalku sambil menyalami tangan
si suami.Naim Syafeq nama yang telah lama terukir di hatiku.
"Saja balik awal..lagipun hati ni rindu sangat dekat isteri Im iaitu
Nini Syafiqah yang cun melecun ni.."jawab Im sambil meraih pinggang ku
menuju ke sofa diruang tamu.
"Ish Im ni..Iqa serius ni..dia bergurau pulak."kataku sambil tanganku
mencubit pehanya.Kami berdua duduk disofa yang tersedia.
"Aduh!!..ish sayang ni.Sakit tau tak.Alah...kelas dibatalkan sebab tu
balik awal ni..puas hati"kata Im sambil mencubit pipiku,geramlah tu.
"Ish..apa ni..kan Iqa dah cakap jangan cubit pipi Iqa..tak suka lah!"Aku
memang tak suka kalau sesiapa saja cubit pipi aku.Tak tahu kenapa.Yang
pasti TAK SUKA,tak kiralah yang cubit tu suami sekalipun.
"Tak suka..haa..meh sini nak gomol-gomol pipi dia..haha.."ish laki aku
ni makin aku larang makin menjadi-jadi.Mesti merah pipi aku..
"Eee..merahnya pipi sayang..comellah..meh sini nak gomol lagi"
"Ish..IM!!"belum sempat aku nak mencubit peha Im,dia dah berdesup naik
tingkat atas.
"wekk! tak dapat cubit..padan muka"kata im yang berada di anak tangga
keempat,sempat lagi jelir lidah dekat aku tu.Haish laki aku ke ni..
Share this novel