BAB 11

Romance Completed 689

"sayang..sayang nak gi mana ni..sayang nak tinggalkan abang ke.."
Abang?hmm nak pujuklah tu.Aku hanya senyap membisu.

"sayang jawablah..janganlah senyap cam ni..sayang.."kata Im lagi sambil
duduk mengadapku.Im cuba memenggang tanganku tapi aku lebih pantas
melarikannya.Selepas siap mengemas pakaianku,aku turun dari katil dan
membawa bagasiku keluar bilik.

"sayang..janganlah macam ni..biar abang explain apa yang berlaku..sayang
salah paham..sayang please jangan tinggalkan abang..abang tak boleh
hidup tanpa sayang..please.."rayu Im yang telah menghalang jalanku
didepan pintu bilik.Dia cuba merampas bagasiku dan dia
berjaya.Dicampaknya bagasi tu keluar bilik,dan pintu bilik ditutup.

"Awak tak boleh hidup tanpa oksigen dan tanpa Allah bukan tanpa
saya.."nah ambik ko.Kata ganti juga telah ku ubah.

"sayang tolonglah jangan buat abang macam ni..yang sayang nampak tadi tu
cuma salah paham..sebenarnya perempuan tu ajak abang jumpa belakang
bangunan tu..dan abang tanpa ragu pergi jumpa dia.tak sangka pulak dia
nak wat macam tu..bukan abang merelakannya..sayang
percayalah.."terangnya lagi.Aku yang telah lama sakit hati hanya
membiarkan kata-katanya dibawa angin lalu.Tidak diendahkan lagi
kata-katanya.Bila syaitan telah menguasai diri..beginilah jadinya.

"Ah sudahlah..saya taknak dengar apa-apa lagi..suka hati awaklah nak
buat apa dengan sapa pun..saya tak peduli!!"kataku sambil menolak
badannya yang menghalang jalanku dan aku berjaya.Aku bergerak ketangga
tapi sebelum itu aku berpaling kearahnya yang sedang berdiri kaku
didepan pintu bilik.

"lagi satu..awak kan terlalu pentingkan maruah..better awak kahwin je
dengan perempuan tu..dia sama taraf dengan awakkan..antara cinta dan
maruah awak pilihlah yang mana satu..kalau maruah yang awak pilih..saya
dengan sendirinya rela mengundur diri."belum sempat aku memijat tangga
yang terakhir.Suara Im berbunyi dan terus memberhentikan langkahku dan
mematikan niatku untuk meninggalkan rumah ini.

"kalau sayang nak tengok abah sayang yang sakit jantung tu masuk
hospital sebab perangai sayang ni..sayang keluarlah dari rumah ni."kata
Im yang telah berdiri dihadapanku.Aku?menangis disitu dan berlari ke
bilik tamu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience