BAB 6

Romance Completed 689

Selepas tamat kelas,aku,Puteri dan Irham si penyibuk mula bergerak ke
cafe untuk mengisi perutlah.Dan tak lupa juga kawan si Irham yang turut
serta, lain dan tak bukan Adam.

Sampai je di cafe Irham mengarahkan aku dan Puteri duduk dimeja yang
tersedia manakala dia dan Adam pergi membeli makanan,selepas selesai dia
dan Adam membeli makanan,aku dan Puteri pula pergi membeli makanan dan
dua jejaka itu pula yang menanda tempat duduk.

Kami menjamu selera sambil dihiburkan dua jejaka yang memang terkenal
dengan lawak jenaka mereka,lain dan tak bukan si Irham dan Adamlah.Senak
perut aku dengan Puteri duk ketawa dari tadi.

"Hah..ni satu lagi teka-teki..korang memang pandailah kalau korang dapat
jawab.."kata Irham sambil menjungket kening kearah kami bertiga.

"Hah..tak payah nak jungket kening sangatlah Am..cepatlah apa
teka-tekinya.."gesa Adam.

"ish tak sabar-sabar..yelah-yelah..ni teka tekinya..'benda apakah bila
masuk straigt,bila keluar bergulung-gulung'...hah jawab,jangan tak
jawab,"gesa Irham sambil menjungket kening.hmm benda apa ya?monologku
dalam hati.Puteri dah angat-angkat kening pandang aku.Tak tahulah tu.

"ish menda pa erk..hah aku tau.."kata Puteri mengejutkan kami bertiga.

"hah menda pe?..cakaplah.."kata Irham.

"tikar..sebab bila kita buka dia straight bila kita gulung..di
tergulung..betul tak..betul tak?.."jawab puteri dengan muka teruja
habis..nak tergelak aku tengok..tapi betul ke?

"haish..aku cakap ko bengap..ko marah..tapi memang ko bengaplah..bila
masa aku cakap bukak..aku kata bila masuk and keluar..ada paham?"Irham
menepuk dahinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience