26
Sebaik sahaja Adam meninggalkan rumah jam tiga tadi,Damia terus sahaja memgemaskan kain bajunya.Semuanya diangkut ke dalam bilik Adam.Aduh!letihlah kalau dia suruh pindah balik nanti.Keluh Damia.Rasa menyesal pun ada.Jika mulut ni tak cakap macam tu,xde aku kene mengangkut bagai ni.Hampir dua jam Damia mengemaskan semuanya.Pinggangnya terasa lenguh.Siapalah yang sudi nak picitkan ini.Dia merebahkan dirinya diatas katil empuk Adam.Malam ini apakah yang bakal terjadi.Adakah Adam akan berpegang pada janjinya dulu atau Adam bakal menuntut haknya.Mengenangkan semua itu membuatkan hatinya menjadi tidak keruan.Kepala terasa berat.Dia terlena dibuai mimpi indah.Mungkin saat ini dia masih mampu tidur lena,malam nanti tiada siapa dapat jangka.
Damia merasakan sesuatu melingkari pinggangnya,perlahan-lahan dia membuka mata.Alangka terkejutnya dia melihatkan Adam Harris sedang lena sementara tangan kanan memeluk pinggangnya.Macam mana aku boleh tidak sedar mamat ini balik?Dia mengutuk dirinya sendiri.Dia cuba menahan nafas,bergerak perlahan-lahan memboloskan dirinya dari pelukan Adam.Namun semua usahanya hambar,pelukan Adam Harris terlalu kemas,semakin Damia cuba menjauh,semakin dekat tubuhnya dengan suami.Damia hampir menangis diperlakukan begini.
Adam sebenarnya telah tersedar dari tidur sewaktu Damia cuba bergerak tadi.Sengaja dia berbuat demikian,suka melihat wajah isterinya yang bertambah cantik diusik begitu.Akhirnya Damia mengaku kalah.Dia mengumpul tenaga cuba untuk bersuara.Serentak itu juga,matanya membulat.bibirnya terasa hangat.Tidak pernah diperlakukan demikian.Otomatik tubuhnya kaku.Airmata mulai bertakung.
Mata hitam Adam Harris menatap anak mata Damia.Dia tahu Damia terkejut dengan tindakannya,namun dia sendiri tidak mampu menahan gelora jiwa melihat bibir mungil isterinya.Dia keasyikan hanyut dalam gelora asmara yang semakin mengganas.Namun melihatkan airmata Damia,jiwanya yang bergelora beransur tenang.
"Mia jangan menangis please".Adam kalut.Tubuh Damia dipeluk erat.Dia mengusap rambut isterinya.Terasa tubuh itu kesejukan,menggigil.Pasti Damia ketakutan diperlakukan begitu.Adam!kenapalah kau rakus sangat ni?.Marahnya didalam hati.Tersedu-sedu Damia.
******
Sebaik sahaja tiba di rumahnya,Linda segera menyegarkan diri.Gelora mudanya semakin membuak-buak menahan rindu kepada Joe.Malam ini pastinya lebih indah saat bertemu denganmu Joe.Jika Adam sepertimu,mampu membuatkan aku bahagia,pastinya akulah wanita yang terbahagia di dunia ini.Linda mengelamun sendirian dibiliknya.
Bunyi ketukan pintu menghentikan lamunan yang panjang.Argh!apa lagi mummy ni!.Linda membuka pintu,seperti sangkaannya Datin Qaira sudah siap sedia didepan mata.
"Kenapa ni mummy?"
"Jom kita pergi rumah Datin Suri.Mummy sudah bagitahu kita hendak datang."
"What?.Ala mummy je yang pergi ok.Linda malas.Bukannya Adam ada kat sana."Pura-pura merajuk gaya Linda.Hakikatnya dia sudah ada rancangan sendiri.
"Eh,siapa cakap Adam Harris takde."Balas Datin Qaira.Berubah wajah Linda,matanya bersinar.
"Betul ni mummy?".Berkali-kali dia menanyakan soalan itu pinta kepastian dari Datin Qaira.Hingga naik rimas dibuatnya.
"Sudahlah,mummy nak pergi,Linda malas kan,stay dekat rumah je.Bye."Katanya sebelum melangkah pergi.Linda menjerit kegembiraan.Walaupun dia marahkan sikap Adam yang acu tak acu terhadapnya,dia akui rindunya semakin menebal untuk Adam Harris.
Keretanya bergerak meninggalkan kediaman menuju ke villa Datin Suri.Sempat dia bermesej dengan Joe akan kelewatan perjumpaan mereka malam ini.Almaklumlah hendak berjumpa dengan bakal suami,tak kan sekejap pula kan.Bungkusan hadiah untuk Adam Harris telah dibungkus rapi,bagaimana dengan reaksi Adam nanti.Hati Linda bernyanyi ,gembira bahagia dirasai disegenap liang romanya.
******
Sebaik sahaja selesai solat asar,Damia bingkas bangkit namun tangannya dipegang oleh Adam Harris.Dia cuba berpaling,hatinya masih panas.Dibuli seteruk itu oleh si suami pembuli.Adam mengusap lembut jari jemarinya.Ala,tolonglah hati jangan mudah sangat cair.Pujuk Damia.Sentuhan lembut Adam semakin melemahkan kubu pertahanan yang dia bina.
"Mia,abang minta maaf atas keterlanjuran abang.Abang tidak mampu menahan diri."Adam mula bersuara.Kata-kata yang keluar dari mulut Adam menyentak hati kecil Damia.Kini dia pulak yang merasa bersalah.Seketika dia lupa siapa Adam untuknya.Tidak salah apa yang Adam lakukan.Itu hak suami yang perlu dilunaskan oleh isteri.Aduh!!!apa yang aku dah buat ni.Damia semakin gelisah.Dia mengeluh kecil.
"Mia,abang tahu abang memang berhak ke atas dirimu,tetapi abang tidak akan dapatkan dengan paksaan.Abang mohon maaf,cuma jika abang tidak mampu menahan diri,abang akan berikan sikit-sikit macam tadi."Kata Adam sambil tersenyum nakal memandang Damia.
Hantu!Damia mengutuk dalam hati.Bunyi telefon Adam memecah kesunyian di kamar mereka.Setelah selesai menjawab panggilan,Adam bersiap-siap.Damia sudah dapat meneka kemana suaminya hendak pergi.
"Malam ini,Mia makan dulu jangan tunggu abang tau."Kata Adam sebelum meninggalkan Damia sendirian.Fuh!!!.Damia menarik nafas lega.Sekurang-kurangnya beberapa jam ini hidupnya tenang seketika.Jika malam ini,Adam tidur di rumah orang tuanya pun dia rela.Bimbang jika adegan tadi berulang kembali.Seram sejuk dirinya.
******
Share this novel