Bab 17

Romance Series 16038

17

Mercedes-Benz model C-class berwarna merah menyala menyusuri jalan dengan penuh bergaya.Sesekali ada sahaja mata yang mencuri pandang melihatkan keunggulan mewah.Pasti ada yang memasang hajat untuk memiliki kenderaan mewah sebegitu.Pemilik kenderaan seakan tidak puas menyaksikan ketangkasan enjin 2.0L beraksi.Gauman enjin berdentum pantas meninggalkan kenderaan lain.

Sebaik tiba ke destinasi,kenderaan berhenti di kawasan parking yang tersedia.Linda keluar dari perut kereta Mercedes kegemarannya.Pasti tunang kesayangan terkejut melihat kehadirannya.Dia mula mengatur langkah menuju ke pejabat Adam Harris.

"Maaf Cik Linda,Tuan Adam tiada.Dia sudah keluar setengah jam yang lalu."Suzie memberitahu Linda.Berubah wajahnya,jika tadi mood gembira kerana ingin bertemu dengan tunang tetapi hampa.Silap dia juga tidak cuba merisik kabar dengan setiausaha Adam.Linda merungus terus melangkah pergi meninggalkan Suzie terpinga-pinga tanpa sebarang pesanan.

"Hello,I nak jumpa U malam ni.Tempat biasa."Kata Linda kepada seseorang sebaik sahaja masuk kedalam keretanya.Sesudah itu,telefonnya dilemparkan disisi.Enjin kereta dihidupkan dan dia mulai meninggalkan pejabat Adam Harris dengan rasa hampa.

Tidak mengapa Adam,aku akan pastikan kali ini pasti kita akan berkahwin.Linda nekad dengan keinginannya.Kali ini dia akan pastikan tiada lagi halangan untuk dia bersatu dengan Adam Harris.

Dari kecil dia mengenali Adam.Dia akui mula menyukai Adam sejak meningkat usia remaja,hatinya sudah diserahkan kepada Adam tanpa lelaki itu sedar.Linda akui dia sangat terluka saat Adam memilih Ayu Safirah sebagai teman hidup.Hatinya memberontak,pedih,sakit bagai dihiris pisau yang tajam.Sejak itu dia bangkit menanam tekad untuk menjadi milik Adam.Rancangan diatur dengan rapi.Hingga saat ini,tiada siapa yang tahu punca sebenar kematian Ayu Safirah.Senyuman terukir bangga dengan segala usaha.Linda meneruskan pemanduan sambil mengimbas segala detik yang dilalui SWAT kejatuhan Adam Harris selepas pemergian Ayu.Lakonan simpati Linda sudah mampu melayakkan diri menerima anugerah pelakon hebat.

Layanan Datin Suri terhadapnya umpama bonus buatnya.Semakin jarum menyulam sulaman kepalsuan hingga tidak nampak sebarang cela perbuatannya.Dia begitu yakin,kini Adam sememangnya ditakdirkan untuknya.

******

Aku adalah Adammu,
Ku dambakan cinta ini,
kau takdir yang takkan kulepaskan.

Aku adalah hawamu,
kau pimpinlah jiwa yang menanti,
hamparan bahagia...

Adam tersenyum mendengar bait lagu Takdir Tercipta nyanyian Hafiz dan Adira.Lirik lagu seakan tertuju padanya.Aku Adam dan Damia adalah Hawaku.Bisikan hatinya berbicara tanpa mempedulikan segala janji yang pernah terucap sebelum ini.Kedengaran telefonnya berbunyi,Adam bangkit dari pembaringan melihat nama diskrin telefonnya.

"Hello Suzie,"Panggilan dari setiausaha tidak mampu dibiarkan,Pastinya ada hal penting Suzie hubungi.

"Baik,saya akan terus kesana.Maklumkan kepada Encik Bakri supaya tidak lewat lagi."Kata Adam sebelum menamatkan panggilan.Jam tiga perjumpaan dengan Encik Bakri.Perutnya terasa penuh.Air tangan Damia diakui memang berjaya mengikat perutnya.Makin bulatlah wahai perut.Kata Adam sambil mengusap-usap perutnya.

Adam berjalan keluar dari bilik mencari kelibat Damia.Di dapur kosong tiada siapa.Pasti sudah masuk ke bilik.Langkah diatur menuju ke kamar Damia.Bunyi ketukan tiga kali,pintu kamar dibuka.Damia yang telah siap bertelekung berdiri di depannya.

"Jom kita solat bersama."Pelawa Adam.Damia akur namun dalam hati mula rasa curiga.Kenapalah dua tiga hari ini dia baik semacam je ni.Damia mengekori Adam menuju ke bilik utama merangkap bilik Adam Harris.

"Mia ambil sejadah dalam kabinet tu,abang ke tandas ambil wudhuk."Ujar Adam.
"Baik abang."Balas Damia perlahan.Masih kekok dengan panggilan baru untuk si suami.Dia mengambil dua helai sejadah dan menghamparkannya.Sementara menunggu imam yang satu,Damia duduk di tikar sejadahnya sambil meneruskan bacaan zikir.

Hari itu,buat kali pertama mereka bersolat berjemaah setelah beberapa bulan bergelar suami isteri.Buat diri Damia,ianya suatu perasaan yang sukar digambarkan.Indah sekali dari saat takbir diangkat hinggalah ke akhir.Mendengar bacaan suami jiwanya tenang.Setenang air laut.Damai.

Bagi Adam pula,saat indah ketika mengimamkan solat bersama Ayu kembali dirasai.Cuma kini makmumnya bukanlah Ayu Safira tetapi Siti Damia.Perasaan yang hampir sama.Tenang dan mendamaikan.Bagaimana jika bersama Linda kelak?Adakah sama perasaan ini.Adakah aku ditakdirkan memiliki lebih rasa cinta?Adam terus memohon petunjuk kepada Pencipta.Mohon agar diberikan jawapan bagi setiap kemelut yang dihadapinya.

Share this novel

Suria Razak
2020-06-17 08:06:42 

Next chapter plisss


NovelPlus Premium

The best ads free experience